Alkisah Olimpiad Linguistik Antarabangsa

174

Olimpiad Linguistik Antarabangsa ataupun dalam bahasa Inggeris, “International Linguistics Olympiad (IOL)” secara ringkasnya merupakan sebuah pertandingan bertulis yang berkaitan dengan bahasa. IOL adalah salah satu daripada dua belas (12) Olimpiad Sains Antarabangsa yang dipertandingkan sejak tahun 2003 untuk pelajar sekolah menengah. Setiap tahun, pertandingan ini telah mengumpulkan pasukan ahli bahasa muda dari seluruh dunia untuk menguji minda mereka dalam pertandingan ini.

Pertandingan IOL terbahagi kepada dua bahagian iaitu kategori individu dan berpasukan. Pertandingan dalam peringkat individu mengandungi lima (5) soalan yang merangkumi bidang teori, matematik dan aplikasinya seperti fonetik, morfologi, semantik, sintaks dan sebagainya. Kesemua soalan tersebut perlu diselesaikan dalam masa enam jam. Setiap jawapan dalam pertandingan itu mesti mengandungi ulasan yang jelas.

Olimpiad Linguistik Antarabangsa telah diadakan buat pertama kalinya di Borovets, Bulgaria dari 6 hingga 12 September 2003. Alexandra Petrova, Boris Turovsky dan Eddin Najetovic yang berasal dari St. Petersburg, Moscow dan Belanda telah memperoleh pingat emas dengan 93, 90 dan 88 markah masing-masing.

Penyelesaian yang dilakukan Alexandra Petrova, Maria Shkapa, Margarita Borovkova, Jana Kuřetová dan Ivaylo Grozdev yang berasal dari St. Petersburg, Moscow, Latvia, Republik Czech dan Bulgaria masing-masing telah diiktiraf sebagai yang terbaik dalam kesemua soalan.

Turutan soalan yang terdapat pada tahun tersebut berkaitan dengan Transcendental Algebra, Arabic Arithmetic, Basque Dates, Bahasa Adyghe dan Bahasa Perancis. Pautan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2003-indiv-prob.en.pdf” dan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2003-indiv-sol.en.pdf” masing-masing adalah soalan dan contoh jawapan pada tahun tersebut.

Olimpiad Linguistik Antarabangsa telah diadakan buat kali kedua di Moscow, Rusia dari 31 Julai hingga 2 Ogos 2004. Ivan Dobrev, Alexander Piperski dan Ralitsa Markova yang berasal dari Bulgaria, Moscow dan Bulgaria masing-masing telah memperoleh pingat emas dengan 88, 84 dan 82 markah masing-masing.

Penyelesaian yang dilakukan Taisija Šantare dan Natalja Hartšenko yang berasal dari Latvia dan Estonia masing-masing telah diiktiraf sebagai yang terbaik dalam empat daripada lima soalan. Turutan soalan yang terdapat pada tahun tersebut berkaitan dengan Bahasa Kayapo, Latin dan Inggeris, Lakhota, Chuvash dan Armenia. Pautan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2004-indiv-prob.en.pdf” dan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2004-indiv-sol.en.pdf” masing-masing adalah soalan dan contoh jawapan pada tahun tersebut.

Olimpiad Linguistik Antarabangsa telah diadakan buat kali ke-15 di Dublin, Jerman dari 31 Julai hingga 4 Ogos 2017. Samuel Ahmed,  Przemysław Podleśny, Liam McKnight, Ruei Hung Alex Lee, Zdravko Plamenov Ivanov, Simeon Hellsten, Brian Xiao, Valentin Rumenov Dimov, Elena Keskinova dan Theodor Cucu yang berasal dari United Kingdom, Poland, United Kingdom, Taiwan, Bulgaria, United Kingdom, Amerika Syarikat, Bulgaria, Bulgaria dan Romania masing-masing telah memperoleh pingat emas dengan 92.1, 88.4, 86.2, 80.9, 80.4, 78.7, 78.2, 78, 78 dan 75 markah masing-masing. Penyelesaian yang dilakukan Daniel Vedeneev yang berasal dari Rusia telah diiktiraf sebagai yang terbaik dalam kesemua soalan. Turutan soalan yang terdapat pada tahun tersebut berkaitan dengan Bahasa Birom, Abui, Kimbudu, Khom dan Madak.

Pautan
https://www.ioling.org/booklets/iol-2017-indiv-prob.en.pdf” dan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2017-indiv-sol.en.pdf” masing-masing adalah soalan dan contoh jawapan pada tahun tersebut.

Olimpiad Linguistik Antarabangsa telah diadakan buat kali ke-16 di Prague, Czech dari 26 hingga 30 Julai 2018. Przemysław Podleśny, Liam McKnight, Swapnil Garg, Viktor Baltin, Zdravko Plamenov Ivanov, Benjamin LaFond, Diego Król, Rujul Gandhi, Pranav Krishna, Alicja Maksymiuk, Benedict Randall Shaw, Angikar Ghosal dan Andrew Tockman yang berasal dari Poland, United Kingdom, Amerika Syarikat, Bulgaria, Bulgaria, Amerika Syarikat, Poland, India, Amerika Syarikat, Poland, United Kingdom, India dan Amerika Syarikat masing-masing telah memperoleh pingat emas dengan 95.25, 87.9, 85.6, 84.8, 82, 81.4, 80, 79, 78.9, 78, 77.7, 76 dan 75.5  markah masing-masing. Yeoh Zi Song dari Malaysia telah memperoleh pingat Perak dengan 63.8 markah.

Penyelesaian yang dilakukan Przemysław Podleśny, Swapril Garg dan Angikar Ghosal yang berasal dari Poland, Amerika Syarikat dan India masing-masing telah diiktiraf sebagai yang terbaik dalam kesemua soalan. Turutan soalan yang terdapat pada tahun tersebut berkaitan dengan Bahasa Creek, Hakhun, Terêna, Bukiyip dan Akan. Pautan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2018-indiv-prob.en.pdf” dan “https://www.ioling.org/booklets/iol-2018-indiv-sol.en.pdf” masing-masing adalah soalan dan contoh jawapan pada tahun tersebut.

Kesimpulannya, itu adalah antara kisah dalam pertandingan Olimpiad Linguistik Antarabangsa. Untuk pengetahuan semua; Yongin, Korea Selatan telah dipilih sebagai tuan rumah dalam Olimpiad Linguistik Antarabangsa telah diadakan buat kali ke-17 dari 29 Julai hingga 2 Ogos 2019.

Pada bulan Mei 2019, Malaysia telah mengiktiraf pertandingan ini. Bergantung kepada kategori, yuran untuk memasuki pertandingan ini adalah bermula daripada RM 1 461.81 hingga RM 12 529.80 berdasarkan harga pada 7 Februari 2019. Tarikh pendaftaran dan pembayaran Penuh telah ditutup pada 3 Mei 2019 dan 10 Mei 2019 masing-masing. Untuk peserta yang telah berbuat demikian, 26 Jun 2019 adalah tarikh akhir kemaskini maklumat. Semoga berjaya kepada mereka yang berkenaan.

RUJUKAN:

Registration Schedule. Retrieved May 21, 2019 from  https://iol2019.com/agenda

What is the accrediation status of my country? Retrieved May 21, 2019 from https://www.ioling.org/participation/

The 16th International Linguistics Olympiad. Retrieved May 21, 2019 from https://www.ioling.org/2018/

The 15th International Linguistics Olympiad. Retrieved May 21, 2019 from https://www.ioling.org/2017/

The 2nd International Linguistics Olympiad. Retrieved May 21, 2019 from https://www.ioling.org/2004/

The 1st International Linguistics Olympiad. Retrieved May 21, 2019 from https://www.ioling.org/2004

International Science Olympiads. Retrieved May 21, 2019 from https://www.ioling.org/

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.