Algojo – Kerjaya ‘Terkotor’ Zaman Pertengahan Eropah

1,473

Dalam apa-apa zaman, dari zaman kerajaan awal sehingga kini, termasuk Zaman Pertengahan Eropah sekalipun, terdapat beberapa pekerjaan yang tidak diingini, seperti pengutip najis, budak suruhan, tukang kutip lintah, dan sebagainya. Namun hampir semua pekerjaan buruk tersebut tidak dapat dibandingkan dengan pekerjaan sebagai algojo, atau tukang hukum bvnuh. Ianya boleh dikatakan pekerjaan terburuk zaman pertengahan Eropah.

Tak kiralah dimana saja mereka ditempatkan, sama ada di mahkamah diraja atau di kawasan mundur, tugas mereka cuma satu, iaitu menghukum bvnuh pesalah dengan cara yang kerajaan telah tetapkan. Tak kiralah siapapun, dari rakyat marhaen hingga kerabat diraja, mereka akan jalankan tugas mereka dengan penuh saksama.

LATAR BELAKANG

J3n4yah dan kejahatan sentiasa wujud dalam kalangan masyarakat pada mana-mana zaman sekalipun, akibat penguatkuasaan undang-undang yang lemah atau kurang diterapkan di mana-mana kawasan yang dihuni manusia, seperti Eropah, Asia, Timur Tengah, dan sebagainya.

Kejadian buruk seperti mencvri, mer0mp4k, membvnuh, merog0l, menipu, dan segala bentuk kesalahan amat berleluasa terutamanya ketika awal zaman pertengahan Eropah. Namun, keadilan akan muncul jua di tempat di mana kezaliman berada. Cuma cara pengadilannya agak ganas dan tanpa belas kasihan, dimana ianya bertujuan bagi mengekalkan kemasylahatan masyarakat setempat.

Kebiasaannya, para penjenayah yang didakwa akan dihukum m4ti. Cara-cara pesalah dihukum bergantung kepada taraf sosial mereka, sama ada para hamba, rakyat marhaen, bangsawan, panglima, atau kerabat diraja, semakin tinggi taraf pesalah tersebut, semakin kuranglah penyeksaaan yang mereka alami ketika hukuman m4ti dijalankan.

Zaman berlalu dan masa berubah, sedikit demi sedikit, kemunduran bertukar menjadi kemajuan. Begitu jua dengan peluang pekerjaan yang baru, dimana semestinya seseorang perlu melakukannya. Sesuatu kerja mesti dijalankan oleh seorang manusia yang bernyawa. Begitu jualah adanya dengan pekerjaan sebagai algojo, atau tukang hukum bvnuh.

DUGAAN ALGOJO SEMASA ZAMAN PERTENGAHAN EROPAH

Kerjaya sebagai seorang algojo bukanlah mudah ketika mana-mana zaman sekalipun. Mencabut nyawa seseorang yang telah dijatuhi hukuman m4ti memerlukan ketekadan yang tinggi bagi si tukang hukum bvnuh, dimana mereka seolah-olah menjadi pemisah kepada alam dunia dan alam barzakh, kebaikan dan kejahatan, & penerimaan dan penolakan.

Keperluan pengisian jawatan pegawai kerajaan bagi masyarakat sekitar Eropah tengah dan barat seawal abad ke 13 mula meningkat bagi memenuhi keperluan bagi pelaksanaan hukuman m4ti terhadap para pesalah, dimana bandar-bandar besar sekitar England, Jerman, dan Perancis amat memerlukan algojo yang mahir bagi melaksanakan tugas yang diberi oleh kerajaaan.

Catatan dokumen rasmi terawal telah menyebut berkenaan tukang hukum bvnuh ialah pada tahun 1202, yang bernama Nicolas Jouhanne yang memakai gelaran ‘la Justice’, dimana beliau dilantik menjadi vicomte, dan algojo rasmi bandar Caux di wilayah Normandy. Sejak itu, jawatan tersebut telah diperkenalkan ke seluruh bandar dan ibu negara di sekitar Eropah Barat.

Bagi mana-mana masyarakat ketika itu, pekerjaan sebagai seorang algojo amat dipandang hina dan sepi. Ianya berbeza dengan hukuman bvnuh yang dijalankan oleh orang ramai terhadap seseorang pesalah, dimana ianya dilihat tidak menyalahi undang-undang, tetapi sekiranyaa hukuman itu dilaksanakan oleh individu yang dilantik, ianya tiba-tiba dia dilihat sebagai sebuah p3mbvnuh.

Begitulah dugaan yang dihadapi oleh para algojo. Mereka hanya menjalankan tugas, tetapi masyarakat menganggap mereka sebagai seorang yang bermasalah, pendosa yang tidak dapat menebus dirinya, malah lebih ringkas, seorang pembvnuh. Orang ramai menganggap penghukum bvnuh sebagai seorang yang mengambil nyawa secara suka-suka atas arahan atasan, dan gagal memahami apa yang berada di sebalik pemikiran dan tugas seorang algojo.

Petikan berikut merupakan antara contoh terbaik berkenaan pandangan orang ramai terhadap algojo, yang telah diriwayatkan oleh seorang penulis dan ahli politik terkenal, Joseph de Maistre:-

“This head, this heart, are they made like ours? Do they not have something odd or foreign to our nature? On the exterior he (the executioner) is made just as we are; he is born, like us; but he is an extraordinary being… Is he a man?”

Terjemahan oleh penulis:-

“Akal ini, hati ini, adakah ianya serupa dengan kita? Apakah mereka mempunyai sesuatu sifat yang ganjil atau asing dari kita? Secara luaran, dia (algojo) serupa saja dengan kita; dia dilahirkan, seperti kita; namun dia seorang yang luar biasa… apakah dia manusia?

PANDANGAN ORANG RAMAI TERHADAP ALGOJO

Kebanyakan masyarakat zaman pertengahan Eropah bukan saja menghina, malah mengasingkan para algojo dari kalangan mereka. Sungguhpun upah yang diterima mereka lumayan, mereka terpaksa menanggung derita hidup bersendirian dan menghabiskan hidup mereka jauh dari masyarakat. Bagi orang ramai, pekerjaan mereka yang seolah-olah bebas m3mbvnuh orang, sudah menjadi alasan kukuh bagi penghinaan dan pengasingan golongan algojo.

Para penghukum bvnuh dan keluarga mereka biasanya menetap di pinggir bandar, jauh dari penduduk bandar. Mereka wajib memakai sebuah tanda khas yang mampu dikenal pasti orang ramai tentang pekerjaan mereka, malah kubur mereka diasingkan dari tanah perkuburan masyarakat setempat.

Golongan algojo bukan saja dipandang hina oleh masyarakat zaman pertengahan Eropah, malah juga oleh masyarakat feudal Jepun, dimana mereka merupakan kelas terendah Jepun; kasta Burakumin. Bagi kerajaan Uthmaniah pula, jawatan tersebut diisi oleh golongan Gypsi Roma, dimana mereka amat digeruni atas sebab hati kering mereka dalam m3nyeks4 dan menghukum para pesalah.

Ketika mereka tidak melaksanakan hukuman bvnuh dan menerima upah darinya, mereka juga perlu melakukan kerja-kerja lain bagi menyara hidup mereka dan keluarga, iaitu pekerjaan yang… tidak dipandang baik, seperti mengutip cukai dari para pelacur dan peminta sedekah, knacker iaitu pembuang bangkai binatang atau menyembelih binatang yang tua, sakit, hampir m4t1, dan binatang yang tidak sepatutnya berada di dalam kawasan perbandaran.

Ganjaran yang diterima mereka agak banyak walaupun kerja ini dianggap buruk. Dengan menjadi knacker, mereka boleh mengambil daging, tulang, taring, kulit, dan apa-apa saja dari binatang yang mereka uruskan. Ada juga yang mengambil upah mengutip najis, membersihkan tandas, dan apa jua pekerjaan yang dianggap hina oleh masyarakat mereka.

KELUARGA ALGOJO DAN ANTARA INDIVIDU YANG TERKENAL

Pengasingan masyarakat terhadap algojo dan keluarga mereka memaksa golongan ini bekerja sebagai tukang hukum bvnuh secara turun temurun, dan mengamalkan endogami, iaitu perkahwinan sesama mereka yang mempunyai latar belakang dan pekerjaan yang sama. Algojo lelaki akan berkahwin dengan algojo perempuan. Anak algojo akan bekerja sebagai algojo, menggantikan bapa atau ibunya yang telah bersara atau meninggal dunia. Begitulah seterusnya dalam tempoh beberapa lama, dimana mereka sudahpun mencipta komuniti mereka yang tersendiri, iaitu komuniti algojo.

Contohnya di Perancis, pekerjaan algojo dipelopori turun temurun oleh Keluarga Guillaume, yang kemudiannya diwarisi ke Keluarga Sanson dan Keluarga Desmorest. Manakala di Eropah Barat pula, kerjaya ini dipelopori oleh Keluarga Dalembourg, dimana mereka berkhidmat di Netherlands, Austria, Germany, dan Switzerland.

Berikut merupakan antara algojo yang terkenal pada zaman pertengahan Eropah:-

1) John Ketch

Algojo kelahiran England yang juga dikenali sebagai Jack Ketch, beliau sering melaksanakan tugasnya secara tidak betul. Kisahnya sebagai antara tukang hukum bvnuh terburuk dengan pelaksanaan tugas yang penuh kelalaian menyebabkan namanya sering dikaitkan dengan syaitan dan pengakhiran hayat.

Ketika beliau melaksanakan hukuman m4t1 terhadap Lord William Russell pada tahun 1683, beliau gagal memenggal William dengan sekali hayun, dan memerlukan beberapa hayunan kapak, sekaligus meny3ksa William sebelum beliau m4ti. Duke dari Monmouth, Jame Scott juga pernah menerima nasib yang sama ketika hukuman tersebut dijalankan terhadap beliau pada tahun 1685.

2) Franz Schmidt

Beliau merupakan seorang algojo dari Nuremberg, Germany, dan berkhidmat dari tahun 1578 hingga 1618, dan pernah melaksanakan sebanyak lebih kurang 400 hukuman bvnuh. Namun sebenarnya beliau tidak suka dengan kerjanya, dimana ianya diwarisi oleh bapanya, yang dipaksa menjadi algojo.

Seperti penghukum bvnuh yang lain, beliau diasingkan dari politik dan masyarakat, malah tidak diberi kerakyatan. Mujur selepas beliau bersara, Maharaja Ferdinand II memulihkan kehormatan dan memberi hak kerakyatan kepada beliau.

3) Charles-Henri Sanson

Keluarga Sanson yang menjadi algojo bagi kerajaan Perancis telah berkhidmat selama enam generasi, iaitu 150 tahun. Charles-Henri Sanson ialah keturunan keempat dan paling terkenal antara semua garis keturunannya. Beliau pernah melaksanakan hukuman m4t1 terhadap Raja Louis XVI dan 3,000 orang semasa Revolusi Perancis.

Beliau pernah menyatakan kekesalan berkenaan tugasnya yang mengambil banyak nyawa, terutamanya Raja Louis XVI. Anaknya, Henri mewarisi kerjanya selepas beliau bersara, dimana Henri pernah melaksanakan hukuman bvnuh terhadap Marie Antoinnette.

4) Giovanni Battista Bugatti

Bugatti diangkat sebagai hero Itali kerana telah melaksanakan lebih 500 hukuman m4t1 terhadap pesalah. Beliau juga pemegang jawatan algojo paling lama dalam sejarah.

Kisah beliau sebagai seorang algojo pernah dicatatkan oleh penulis, Lord Byron, dan pemuisi Itali, Giuseppe Giaocchino Belli.

5) Fernando Alvarez de Toledo

Ketika tempoh ‘Spanish Inquisition’, beliau dilantik oleh Raja Phillip untuk menjadi algojo. Beliau dikhabarkan pernah menghukum bvnuh 8,000 orang dalam masa sehari.

Beliau juga dikhabarkan pernah berbangga dengan pencapaian beliau berjaya menghukum bvnuh 18,000 orang Belanda ketika berada di Netherlands.

6) Richard Brandon

Ilustrasi Richard Bradon menghukum bvnuh Raja Charles I. Gambar diambil dari laman toptenz.net

Amalan Richard Brandon berkenaan cara beliau melaksanakan hukuman bvnuh, iaitu dengan memengg4l kepala pesalah dengan sekali hayun, telah menjadi kayu ukur bagi mana-mana algojo yang menjadi pemengg4l kepala.

Kepantasan beliau dalam memengg4l amat dihargai oleh pesalah yang dihukum. Beliau pernah memengg4l kepala Raja Charles I pada tahun 1649, dimana beliau dan pembantunya memakai topeng dan janggut palsu bagi melindungi identiti diri dari khalayak ramai.

RUMUSAN

Menjadi seorang algojo ketika zaman pertengahan Eropah bukan sesuatu yang mudah. Bukan saja realiti kerja mereka iaitu mengambil nyawa orang atas nama undang-undang, mereka juga dipulau, dihina, dan diasingkan dari masyarakat atas sebab kegagalan dari memahami perkara di sebalik tugas mereka sebagai penegak undang-undang.

Jawatan mereka sering diwariskan ke anak cucu mereka selepas mereka bersara. Oleh kerana penindasan yang teruk oleh komuniti mereka, mereka hanya berkahwin dan beranak pinak sesama mereka sahaja. Mereka juga terpaksa melakukan beberapa kerja kotor ketika mereka tidak menghukum m4t1 pesalah, dimana ianya hanya menambah kebencian masyarakat terhadap golongan algojo ini.

Itulah keadaan yang mereka perlu hadapi sebagai seorang pencabut nyawa atas arahan mahkamah atau istana, dimana mereka sendiri akan m4t1 suatu hari nanti, boleh jadi akibat dihukum bvnuh jua adanya. Tak kiralah taraf seseorang itu, tengkuk mereka sama saja bagi mana-mana bilah kapak atau pedang, ataupun tali gantung yang digunakan bagi mengambil nyawa mereka.

RUJUKAN

1) Vučković, A. (2019, Oktober 6). The Dark Life of a Medieval Ex*cuti*ner – A Cut Away from the Rest. Diambil pada 3 November 2019 dari https://www.ancient-origins.net/history-ancient-traditions/medieval-executioner-0012681

2) Cybulskie, D. (2017, November). Medieval Ex*cuti*ns: The View from the Scaff*ld. https://www.medievalists.net/2017/11/medieval-executions-view-scaffold/

3) Owen, M. (2019, Ogos 5). Finding Fantasy Inspiration in the Ex*cutioners of Medieval Europe. Diambil pada 5 November 2019 dari https://www.tor.com/2019/08/05/feeding-the-crows-finding-fantasy-inspiration-in-the-executioners-of-medieval-europe/

4) Harrington, J.F. (2013, Mei 30). What was it like to be an ex*cutioner in the 16th century?. SLATE. Diambil pada 5 November 2019 dari https://slate.com/news-and-politics/2013/05/executioners-in-medieval-europe-history-of-capital-punishment.html

5) Radford, L. (2019, Oktober 30). The 12 Most Notorious Ex**utioners In History. Diambil pada 5 November 2019 dari https://www.ranker.com/list/most-documented-historical-headsmen/lyra-radford

6) Mike Brown, M. (2014, Jun 28). 10 of the Most Merciless Ex*cutioners in History. Diambil pada 5 November 2019 dari https://www.toptenz.net/10-merciless-executioners-history.php

7) Execution Methods. (n.d.). Diambil pada 5 November 2019 dari http://www.medieval-life-and-times.info/medieval-torture-and-punishment/execution-methods.htm

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.