Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Kehebatan Raja Philip I yang berjaya menyatukan hampir seluruh Macedonia dan Yunani di bawah sebuah pemerintahan yang sama, dan merefomasikan tentera Macedonia menjadi salah satu senjata menakutkan zaman silam diwarisi kepada anaknya, Alexander III yang kemudian akan dikenali sebagai Alexander The Great atau Alexander yang agung.

Anak muda kelahiran Pella, Macedonia yang dididik oleh ahli falsafah agung bernama Aristotle yang mengajarkan tentang falsafah, dan cara pemidato yang ampuh, atau ketika dididik di bawah Lenoidas yang menghalang segala bentuk kemewahan, dan juga ilmu sebagai jeneral perang ampuh dibawah didikan Lysimachus menjadikan Alexander seorang yang sangat hebat menunggang kuda, berperang, dan seumpama dengannya.

Tidak hairanlah pada usia 12 tahun sahaja, Alexander sudah mampu menjinakkan seekor kuda liar bernama Bucephalus yang di mana jeneral-jeneral perang ayahandanya tidak mampu untuk jinakkan. Pada usia 16 tahun ketika ayahnya sedang dalam misi peperangan, Alexander sendiri telah memangku jawatan raja ayahnya.

Pada waktu ini jugalah betapa pemberontakan berlaku di Thebes. Pada usia semuda itu, pemberontakan berjaya dipatahkan makanya Alexander sendiri menubuhkan sebuah kota atas namanya sendiri di tapak pemberontakan itu, Alexandropolis – yang pertama dinamakan atas namanya sebelum berpuluh lagi di masa hadapan.

Kisah penaklukan Alenxader The Great menakluk dunia dikatakan bermula kononnya Alexander menuju ke tempat pemakaman Achilles, wira ketika Perang Troy di mana dari belah ibunya, mendakwa berkeruturunankan Alexander. Sampai sahaja ke makam Achilles, Alexander menyampaikan salamnya untuk Achilles.

Selepas itu, didatanginya sebuah kuil Dewi Athena yang dikatakan berjiran dengan makam Achilles, sebelum mengambil perisai yang pernah digunakan Alexander sebagai senjatanya. Namun, siapa tahu bahawa keagungan yang bakal diciptakan oleh Alexander terkemudiannya adalah lebih agung dari legenda Achilles, pahlawan kebal yang hanya mampu dibunuh andai diserang dibahagian tumitnya.

Penaklukan terawal Alexander adalah berkiblatkan timur pada Parsi yang ketika itu dibawah pemerintahan Darius III.

Tidak jauh dari muka bumi Achilles mencipta namanya, Alexander mengalahkan Parsi dalam Pertempuran Granicus. Separuh dari Anatolia (Turki moden hari ini) jatuh ke tangan Alexander. Kemudian, Alexander menghala ke selatan lalu menawan Sardes dengan lebih mudah sebelum berhadapan dengan tiga kota Yunani di bawah Parsi iaitu Miletus, Mylasa dan Halicarnassus yang begitu gigih bertahan daripada Alexander. Ini memaksa raja Parsi, Darius III keluar dari persemayamannya dan memimpin tentera untuk bertemu dengan Alexander di medan perang.

Ada juga legenda melibatkan kisah Alexander menakluk dunia. Kononnya, dari Halicarnassus, Alexander menemui sebuah simpulan yang dinamakan Simpulan Godian. Kononnya siapa yang dapat membuka simpulan ini, dialah yang akan menakluk seluruh Asia. Cabaran itu disahut oleh Alexander, namun beliau tidak mampu pada percubaan pertama. Pada percubaan kedua, Alexander terus memancung tali itu sehingga putus dengan pedangnya.

Selebihnya adalah sejarah di mana Alexander berjaya memperbudak-budakkan sebuah empayar agung yang sudah bertahan sejak zaman Cyrus The Great lagi. Pelbagai pertempuran berlaku untuk Alexander menjadi raja Parsi. Banyak juga kota yang lahir dan tumbuh dari penaklukan Alexander, antaranya yang terkenal ialah Iskandariah yang nanti di bawah pimpinan dinasti jeneral kanan Alexander iaitu Ptolemy akan jadi sebuah kota agung ilmu, setanding Baghdad di Abbasiyah pada masa hadapan, atau Athens di Yunani pada waktu silam.

Pertempuran yang terkenal pula ialah Gaugamela yang menyaksikan bagaimana Alexander dengan tentera sebanyak 47, 000 orang terpaksa berhadapan dengan maksimum 120, 000 orang tentera Parsi.  Kalau Khalid Al-Walid mencapai kegemilangan kebijaksanaan dalam medan tempur ketika di Pertempuran Yarmuk, Alexander melakukannya di Gaugamela dengan taktikal dan strategi perang yang sangat ampuh dan cukup memukau dunia.

Baca mengenainya pada artikel yang pernah dinaikkan oleh TP sebelum ini (klik sini). Secara ringkasnya, dalam Gaugamela, Alexander menggunakan keupayaan mobiliti unit berkuda Yunani-Macedonia dan formasi berbentuk cangkul; yang mengagumkan melawan tentera Parsi. Kiranya proses penaklukan ke atas Parsi mengambil masa dari 334 SM di Granicus lalu berakhir di Sogdian pada 327 SM.

Alexander juga berjaya mencapai sejauh di wilayah Punjab di India. Pada awal kemasukannya, ia dipenuhi oleh penyerahan dengan rela negara-negara kota kecil India ini kepada Alexander. Namun, lawan sebenar dan setanding Alexander ialah Raja Porus dari Paurava di Sungai Hydapes. Di sini, Alexander buat pertama kalinya bertemu dengan gajah perang. Pertempuran sengit yang berlaku pada tahun 326 SM antara mereka dengan Alexander berjaya mengawal kejutan bertempur dengan gajah sebelum menang selepas kehilangan banyak tentera termasuklah kuda kesayangannya yang dijinakkan pada usia muda 12 tahun.

Kisah-kisah yang melibatkan penaklukan dan ketenteraan Alexander turut diiringi oleh plot untuk menjatuhkannya terutama ketika Alexander cuba untuk mengadaptasikan kebudayaan Parsi yang tidak disenangi oleh orang Macedonia-Yunani. Kemuncaknya, Alexander membunuh sahabat baik dan jeneral kanannya yang ketika itu sedang mabuk-mabuk, lalu memperkecilkan dan mengutuk Alexander dan kejayaannya di hadapan khalayak umum.

Namun, dalam penaklukan Parsi ini juga, Alexander menemui cinta apabila jatuh cinta pada seorang gadis jelita bernama Roxana ketika dalam percubaan menakluk Sogdian, sebuah wilayah Parsi yang masih setia pada jeneral kanan Darius iaitu Bessus. Melalui perkahwinan dengan Roxana, ia melahirkan Alexander IV, merupakan antara pewaris takhta Alexander. Bahkan tidak cukup dengan perkahwinan dengan Roxana, pada tahun 324 SM di Kota Susa di Parsi, Alexander turut mengatur perkahwinan secara besar-besaran antara orang Macedonia dan Parsi demi membentuk satu bangsa baru yang akan lebih setia dengannya. Bahkan, Alexander turut mengambil dua orang isteri.

Namun, usianya pergi meninggalkan dunia adalah sangat muda. Setahun selepas mengaturkan perkahwinan dan percubaan untuk mencipta bangsa hybrid Macedonia-Parsi, Alexander menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 32 tahun, pada ketika cita-citanya untuk menakluk Tanah Arab pula. Ada yang mengatakan Alexander mati kerana malaria dan sebab-sebab semula jadi yang lain. Ada pula mendakwa dia diracuni. Namun, Alexander akan kekal sebagai salah seorang penakluk agung yang tidak pernah kalah dalam peperangan, dan dijangka akan membina empayar yang lebih luas andai diberi usia yang panjang!

Rujukan:

All About History: Book Of Historic Leader (2014) Imagine Publishing Ltd

History.com (2009) Alexander The Great.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.