Alam Semesta Yang Menakjubkan

0
655
views

Cuba anda amati betul-betul gambar ini.

Amati setiap penjuru di dalam gambar ini. Amati setiap titik-titik di dalam gambar ini.

Jika anda ingin tahu setiap titik-titik yang ada dalam gambar ini bukanlah bintang-bintang atau planet-planet, akan tetapi setiap titik yang anda lihat di dalam gambar ini adalah sebuah galaksi. Setiap daripada galaksi ini pula terkandung berbillion-billion bintang.

Kotak merah di bawah hujung kiri pula menunjukkan keluasan kawasan bagi gambar galaksi-galaksi ini.

Imej ini telah diambil oleh Teleskop Angkasa Hubble dengan jarak waktu diantara 24 September 2003 sehingga 16 January 2004. Imej kawasan kecil ini dipanggil Hubble Ultra-Deep Field (HUDF), dan kawasan imej yang diambil ini terletak di buruj Fornax.

Menurut ahli astronomi, dianggarkan, sekurang-kurangnya SERATUS BILLION galaksi di dalam alam semesta yang dapat diperhatikan dari bumi (observable universe). Bayangkan pula ruang alam semesta yang belum dapat dicapai oleh manusia.

Waqaf Saham

Sungguh hebat bukan, alam semesta yang sungguh luas dan menakjubkan.

…………

Sekarang, cuba anda bayangkan pula akan kekuasaan yang menciptakan alam semesta itu.

Bagaimana?

Masihkah kita ingin mendabik dada di atas muka bumi yang halus ini?

………….

“Sesungguhnya Tuhan kamu ialah Allah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, lalu Dia bersemayam di atas ‘Arsy. Dia menutupkan malam kepada siang yang mengikutinya dengan cepat, dan (diciptakan-Nya pula) matahari, bulan dan bintang-bintang (masing-masing) tunduk kepada perintah-Nya. Ingatlah, menciptakan dan memerintah hanyalah hak Allah. Maha Suci Allah, Tuhan semesta alam.”
(Surah Al-‘A`rāf / Tempat yang tertinggi, 7:54)

“Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?”
(Surah ar-Rahman / Yang maha pemurah)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.