Moving Forward As One

Alam Semesta Kita Mungkin Flat

2,108

Geng bumi rata sentiasa mendakwa bumi itu rata walaupun dakwaan tersebut dibuktikan sebagai salah. Tetapi bila berbicara tentang alam semesta itu sendiri, usah terkejut sekiranya alam semesta ciptaan Ilahi ini sebenarnya rata.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Teori ini bagaikan memberi nyawa baru kepada geng bumi rata tetapi sebenarnya tidak. Dari segi geometri alam semesta, alam semesta berbentuk rata secara tiga dimensi. Anggaran bentuk alam semesta dibuat dengan mengambil kira sifat-sifat pelbagai komponennya: jirim biasa, jirim gelap, radiasi elektromagnet dan tenaga gelap.

Sekiranya jumlah ketumpatan semua komponen menghasilkan nombor tepat yang dipanggil ketumpatan kritikal, maka alam semesta ini rata. Namun begitu, jika nilai yang dihasilkan lebih rendah atau lebih tinggi daripada nilai ketumpatan kritikal, maka geometri alam semesta akan membentuk bentuk yang berbeza.

Rajah 1: Analog 2D untuk alam semesta terbuka, rata dan tertutup. Sumber: Pasukan Sains NASA/WMAP.

Andainya nilai ketumpatan alam semesta lebih rendah daripada ketumpatan kritikal, maka bentuk alam semesta seperti pelana dalam bentuk dua dimensi. Menerusi alam ini, dua garisan selari bukan saja tidak akan bertemu antara satu sama lain tetapi semakin menjauh antara kedua-duanya. Alam ini dikenali sebagai alam terbuka (open universe).

Manakala jika nilai ketumpatan alam semesta lebih tinggi daripada ketumpatan kritikal, maka ia berbentuk sfera dalam bentuk dua dimensi. Ini bukan bermakna alam semesta ini berbentuk bola gergasi tetapi ia lebih kepada metafora bagi memahami kerumitan geometri empat dimensi yang digunakan bagi menerangkan bentuk alam semesta. Alam ini pula dikenali sebagai alam tertutup (closed universe).

Jadi, apa sebenarnya bentuk alam semesta mengikut para saintis? Mereka merasakan ia lebih hampir kepada bentuk rata kerana nilai komponen alam sekitar lebih hampir dengan nilai ketumpatan kritikal. Begitupun, terdapat pelbagai masalah fizik yang perlu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kesimpulan ini diambil.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Pertama, saintis masih lagi belum mengetahui perihal tenaga gelap dan jirim gelap yang mempengaruhi geometri alam semesta. Kedua, sekiranya alam ini mempunyai nilai berhampiran dengan nilai ketumpatan kritikal, ini bermakna ia mencapai nilai tersebut semasa peristiwa Big Bang berlaku.

RUJUKAN:

Carpineti, A. (2021). The Earth Is Not Flat But The Universe Might Be. IFLScience.

Ruangan komen telah ditutup.