Al-Maunah – Pengorbanan Pasukan Keselamatan Negara

969

Antara kejadian yang menjadi tragedi buat rakyat Malaysia adalah satu kejadian di mana terdapat satu golongan ekstrimis yang pada dasarnya merupakan satu kumpulan yang mempunyai objektif untuk mengajar ilmu persilatan dan perubatan Islam. Akan tetapi, sifat narsisis dan delusion ketua kumpulan ini menyebabkan pengakhiran yang dahsyat serta meng0rb4nkan 2 orang yang tidak bersalah.

Awal beberapa sebelum kejadian, di sebuah rumah sewa yang terletak Kati Perak, sekumpulan lelaki telah mula merancang sesuatu atas sebab tidak berpuas hati dengan pemerintahan dan undang-undang di Malaysia yang tidak mengikut undang-undang Islam sebetulnya.

Mereka telah mendapatkan 3 buah kenderaan 4×4 jenis Mitsubishi Pajero dan telah dicat bewarna hijau beserta dengan pemasangan nombor plat palsu yang menjadikan kenderaan tersebut sama dengan kenderaan yang digunakan oleh tentera.

Mitsubishi Pajero – Carlist.my

Tanggal 2 Julai 2000, 3 buah pajero yang menggunakan bernombor plat bermula dengan huruf Z (menunjukkan kenderaan milik tentera) menghampiri sebuah kem tentera Kuala Rhui pada jam 2.50 pagi. Pengawal kem tersebut tidak mengesyaki apa-apa memandangkan ketiga-tiga pajero tersebut memuatkan 15 orang anggota yang memakai seragam lengkap celoreng tentera bersama dengan insignia yang menunjukkan mereka sebagai pegawai atasan di dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketibaan mereka diberitahu atas tujuan melakukan pemeriksaan mengejut kepada stor simpanan senjata dan pengawal yang bertugas (berpangkat LLP) membenarkan mereka masuk, dan turut menghulurkan bantuan mereka untuk mengangkat beberapa senjata beserta peluru ke dalam kenderaan tersebut. Jam 4.15 pagi, mereka menghampiri Kem Batalion 304 Rejimen Askar Wataniah yang terletak berhampiran dan menggunakan modus operandi yang sama.

Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said

Setelah mereka beredar, para pengawal yang membenarkan mereka masuk dan mengambil senjata tersebut mengesyaki sesuatu yang tidak kena dan menghubungi Pegawai Memerintah kem tersebut, dan daripada situlah mereka baru sedar bahawa mereka baru sahaja dirompak oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali. Hal ini segera diberitahu kepada Panglima Medan Tentera Darat iaitu Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said (Lt Gen Zaini) yang berada di Kuala Lumpur pada jam 8.15 pagi.

Bukit Jenalik – Orang Perak

Beliau terus diterbangkan ke tempat kejadian menaiki sebuah helikopter dan tiba pada jam 11.00 pagi. Kes ini pada masa yang sama berada dibawah bidang kuasa Polis DiRaja Malaysia yang dengan pantas membuat sekatan ke jalan-jalan besar di sekitar kem tempat kejadian.

Pada masa yang sama, beberapa penduduk kampong yang terletak di Sauk terdengar bunyi tembakan bertalu-talu daripada bahagian sebuah bukit yang bernama Bukit Jenalik, Ada beberapa laporan juga dibuat akibat penampakkan beberapa anggota berpakaian seragam tentera di sana, iaitu menjadi sesuatu yang agak pelik kerana lokasi mereka yang tidak pernah menjadikan kawasan tersebut sebagai tempat latihan menembak. Para ibu bapa yang hairan kerana tembakan tersebut didengari di kawasan yang terletak di belakang sebuah sekolah rendah segera melaporkan pada balai polis.

Korporal Raju Sagadevan

Dua orang pertama yang respon terhadap panggilan tersebut adalah Korporal Raju Sagadevan (Kpl Raju) dan Korporal Dollah yang tiba dengan sebuah kereta peronda (Proton Waja). Korporal Dollah ditinggalkan di dalam kereta manakala Kpl Raju meminjam sebuah motosikal milik jenis Honda Ex-5 milik penduduk kampung di situ yang bernama Baharin Itam Talib (yang menghantar anaknya ke pondok bas yang terletak berdekatan Sekolah Kebangsaan Jenalik) untuk membuat rondaan dan menyelidik kawasan yang dilaporkan itu memandangkan kawasan tersebut berbukit dan agak mustahil bagi sebuah kenderaan peronda untuk mendakinya.

Sarjan Mohamad Shah Ahmad – Harian Metro

15 minit kemudian, seorang lagi pegawai polis, Sarjan Mohamad Shah Ahmad (Sjn Shah) tiba dengan menunggang sebuah motosikal scrambler untuk menyertai Kpl Raju. Tujual asal Sjn Shah adalah untuk mengajak Kpl Raju keluar daripada situ memandangkan agak bahaya untuk dia berseorangan mendekati kawasan di mana beberapa orang pengganas yang baru sahaja merompak senjata api milik tentera ini.

Mereka memusingkan kembali motosikal untuk beredar daripada kawasan tersebut, malangnya, belum sempat mereka turun daripada bukit tersebut, tak semena-mena mereka dibedil beberapa das tembakan yang tidak mengenai mereka. T3mb4k4n tersebut merupakan tembakan rambang bertujuan untuk mengelakkan kedua-dua anggota polis itu daripada turun semula.

Gambar Motosikal jenis Ex-5 yang dipinjam Kpl Raju – Orang Perak

Seorang lelaki memakai seragam tentera dan beserban menghampiri mereka sambil menengking “Mengapa kau masuk kawasan latihan sulit tentera ni!”. Kpl Raju dan Sjn Shah didorong ke atas oleh lelaki tersebut sambil mengacukan senapang karbin M16 daripada belakang.

Mereka mengarahkan dia untuk berjumpa dengan ketua mereka yang bernama Mohamed Amin b Mohamed Razali (Amin). Setibanya ke tempat perkumpulan pengganas ini, orang yang mengambil mereka sebagai tebusan itu menjerit dan mengatakan mereka telah berjaya menangkap musuh.

Mohamed Amin b Mohamed Razali

Setelah beg duit Sjn Shah dan Kpl Raju diambil, mereka mendapati kad kuasa PDRM dan Amin terus menuduh mereka sebagai tali barut kerajaan. Setelah mereka meletakkan kedua-dua anggota dalam posisi meniarap, 2 das tembakan dilepaskan betul-betul berdekatan dengan telinga Sjn Shah.

Beberapa minit kemudian, seorang lagi lelaki bernama Jaafar bin Puteh, iaitu penduduk kampung berdekatan yang sedang berjalan mencari buah Durian yang gugur di kebunnya yang terletak berhampiran lokasi ini ditahan. Amin mengarahkan ketiga-tiga tebusan ini menggali lubang yang bakal dijadikan sebagai kubur mereka.

Military Radio – Pic Click

Pagi hari kedua barulah Amin menghubungi Jeneral Zaini melalui radio yang digunakan oleh tentera. Amin tidak mendedahkan identitinya, tetapi meletakkan permintaan (demand) untuk Jeneral Zaini ikuti iaitu supaya Perdana Menteri sewaktu itu, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad untuk meletakkan jawatan serta-merta dalam tempoh 24 jam serta inginkan undang-undang Islam diimplimentasikan secepat mungkin untuk negara Malaysia. Belum sempat pertanyaan ditujukan, Amin memutuskan panggilan tersebut.

Sekolah Kebangsaan Jenalik

Sewaktu itu, Jeneral Zaini sudahpun bertindak pantas meletakan kordon (kepungan) di sekitar kawasan tersebut dengan kekuatan serama 2000 askar daripada tentera darat. Sekolah Kebangsaan Jenalik dijadikan markas operasi hadapan di mana operasi besar-besaran bernama Operasi Subuh /Operasi Khas 304 yang merupakan operasi gabungan kedua-dua unit ATM dan PDRM.

Antara yang terlibat adalah Pasukan Pengurusan Krisis yang diketuai oleh Dato’ Hj. Samsuddin bin Abd. Hamid, SAC II Abd. Hadi bin Mahmood, ASP Abdul Razak bin Mohd Yusof (ASP Razak) dan juga Lt Jeneral Datuk Zaini sendiri.

Jam 11 malam hari kedua, komado daripada unit Grup Gerak Khas (22nd GGK) diturunkan dalam operasi yang bertujuan untuk membuat reconnaissance (tinjauan) tentang keadaan dan bilangan musuh. 5 orang daripada komando ini mulai membuat peninjauan dan hasilnya mereka mendapati terdapat 30 orang pengganas yang berada di atas Bukit Jenalik.

Malangnya, pada pagi hari ke-3 operasi, 2 orang daripada ahli GGK ini dapat dilihat oleh salah seorang pengganas bernama Jemari Jusoh. Dia melepaskan tembakan, dan seorang daripada 2 orang komando itu terkena tembakan tetapi berjaya melarikan diri manakala seorang lagi ditangkap dan dibawa menemui Amin.

Koperal Matthew anak Medan

Pelbagai soalan ditanyakan kepada komando tersebut iaitu Koperal Matthew anak Medan (Kpl Matthew) tetapi dia hanya mendiamkan diri tanpa menjawab apa-apa soalan yang ditanyakan. Berang dengan tindakan Kpl Matthew, Amin mengarahkan Jemari menyeksanya dengan menembak satu demi satu kakinya disusuli dengan satu tembakan di belakang, m3m8unuhnya serta-merta. Sjn Shah dan Kpl Raju diarahkan untuk mengembumikan jasad milik mendiang ketika itu.

Seketika kemudian, satu t3mb4k4n dilepaskan (tidak diketahui oleh siapa) mengenai seorang p3ngg4n4s bernama Abu Bakar. T3mb4k4n tersebut menyebabkan Amin berang dan marah. Dia menghampiri pokok di mana Kpl Raju, Sjn Shah dan Jaafar diikat dan melepaskan 2 das tembakan kepada Kpl Raju.

Kpl Raju maut serta-merta apabila tembakan itu mengenai bahagian kepalanya dengan jarak dekat (point blank). Dia mengarahkan Jaafar dan Sjn Shah untuk mengebumikannya di dalam lubang yang mereka telah gali sambil berkata, selepas ini adalah giliran Sjn Shah pula. Keadaan menjadi diam seketika.

Hanya selepas itulah seorang lelaki menghampiri Sekolah Kebangsaan Jenalik dengan tujuan untuk menyampaikan maklumat tentang kumpulan yang pada sketika itu masih lagi menjadi tanda tanya kepada semua. Lelaki tersebut adalah adik kepada salah seorang pengganas yang digelar sebagai Al-Ma’unah yang terlibat dalam insiden ini.

Penampilan lelaki ini seterusnya memudahkan pihak berkuasa mengesan dan mencari saudara-mara terdekat dalam usaha untuk melancarkan satu peperang4n dan taktik psikologi untuk melemahkan mental kesemua p3ngg4n4s yang terlibat.

Gambar -Facebook @BukuPRamlee

Speaker utama sekolah itu dihalakan ke arah tempat persembunyian pengganas ini, dan lagu yang bertemakan kekeluargaan dan kasih sayang dimainkan sepanjang malam. Antara lagu pilihan mereka adalah lagu Getaran jiwa dan Di Mana Kan Ku Cari Ganti oleh Allayarham P Ramlee. Tak semena-mena beberapa das tembakan rambang dilepaskan kearah padang sekolah malam tersebut, menunjukkan bahawa strategi yang dicadangkan oleh SAC II Abdul Hadi ini menunjukkan kesan.

Jam 2.00 pagi hari ke-4 kejadian, keluarga dan waris terdekat pengganas di bawa ke sekolah tersebut. Mereka disuruh untuk memujuk dan merayu suami atau ayah mana-mana yang terlibat untuk menyerah dan pulang ke rumah. Mengikut Sjn Shah semasa dia menceritakan pengalamannya, antara ayat yang melekat di mindanya adalah suara seorang kanak-kanak perempuan yang membahasakan dirinya sebagai adik merayu ayahnya untuk pulang

“Ayah, marilah pulang ke rumah. Ayah tiada nanti siapa nak hantar adik ke sekolah? Ibu tak kerja ayah. Ayah, meyerahlah”.

Mengikutnya, ahli p3ngg4n4s yang mendengar kata-kata itu menangis. Akan tetapi, Amin berkata dan mengugut kepada ahli kumpulannya, ‘Andai kata sesiapa yang menyerah dan melarikan daripada sini, aku akan m3m8unuh mereka. Jika kau nak m471 syahid, kau harus patuh pada arahan aku tanpa mempersoalkan apa-apa langsung!”. Saat itu sebenarnya telah menunjukkan bahawa Amin sudah mulai hilang kawalan terhadap pengikutnya, Sebelum itu, mari kita baca sedikit tentang bagaimana Amin ini berjaya memperdaya pengikutnya sehingga ke tahap ini.

Gambar -Al Ma’unah – Executedtoday

Pada asalnya, kumpulan bernama Persaudaraan Ilmu dalam Al Ma’unah ini mempunyai objektif lebih kepada pembelajaran ilmu persilatan, perubatan islam dan kerohanian seseorang.itu. Persatuan ini bukanlah sesuatu kultus (cult) dan kumpulan ini didaftarkan serta dikenali ramai.

Masalah awal timbul apabila Amin dianggap sebagai seorang bomoh yang kuat. Wajahnya pernah muncul di hadapan majalah berkaitan seni mempertahankan diri, dan dia dipercayai boleh berjalan atas air serta terbang ke atas tiang elektrik dengan mudah.

Daripada situ, Amin mulai berkata mengenai fasa-fasa pembelajaran, dan untuk seseorang mendapatkan ilmu setinggi dia, terdapat 7 fasa perlu mereka lalui, dan tidak boleh mempersoalkan apa arahan yang keluar daripada mulutnya.

Dia menganggap dirinya sebagai wali, dan untuk mendapatkan ilmu bernama ‘rahsia dalam rahsia’ ini, seseorang itu harus mengikuti fasa terakhir yang ketujuh, iaitu dalam fasa ini, dia mengatakan bahawa pihak tentera Malaysia akan berlatih bersama mereka. Pengikutnya dikatakan terpedaya dengan hal ini, dan terlibat dalam kes rompakan senjata terbesar di Malaysia ini.

Baik, sambung semula kepada peristiwa ini, pada hari tersebut, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Polis Negara Tan Sri Norian Mai mengadakan sidang media besar-besaran mengenai perkembangan kes ini.

Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad kemudiannya menghubungi pegawai-pegawai tertinggi yang berada di ibu pejabat operasi iaitu Sekolah kebangsaan Jenalik dan memberi masa 24 jam untuk menyelesaikan krisis ini. Hal ini bermaksud, mereka sudah menghampiri fasa di mana para tentera akan terpaksa melancarkan serangan besar-besaran sekiranya keadaan menjadi semakin lama dan berlarutan.

Pada malam ketiga dan keempat, salah satu strategi yang dirancang oleh pihak tentera dan polis, iaitu peperangan psikologi dilancarkan secara terus menerus. Strategi ini adalah di mana mereka melepaskan ratusan tembakan bertubi-tubi ke udara. Tembakan mesingan dan suar api menerangi kegelapan malam. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk menakutkan para p3ngg4n4s dan mengikut kepada testimoni salah seorang tebusan iaitu Sjn Shan, teknik ini berkesan.

Para pengganas lari lintang pukang, dan bersembunyi di balik kenderaan Pajero yang diletakkan di situ. Taktik ini menyebabkan mereka tidak dapat berehat dan tidur malam, menekan lagi perasaan mental. Akibat daripada kekurangan waktu rehat, kesilapan demi kesilapan dilakukan secara berterusan oleh para pengganas.

Kesan psikologi tidak cukup tidur – Quora.com

Pada pagi hari ke-5, perkembangan kes menjadi semakin baik. Sewaktu itu, komando daripada divisyen pasukan khas Polis DiRaja Malaysia yang diketuai oleh ASP Abdul Razak Mohd Yusof (ASP Razak) di bawah pasukan Vat 69 diberi tugas untuk pemantauan (recon) di mana adakah penggunaan gas pemedih mata sesuai dengan bentuk muka bumi dan kontur di situ.

Walau bagaimanapun, gas tersebut tidak sesuai memandangkan keadaan berbukit akan menyebabkan gas yang dibaling ke atas mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk jatuh bergolek semula ke bawah. Satu lagi tugas lain yang diberi oleh ASP Razak adalah untuk memperketakan ladi kordon bagi memintas mana-mana pengganas yang ingin menyerah diri.

Gambar – ASP Abdul Razak Mohd Yusof

Di dalam temubualnya bersama History Channel, ASP Razak menceritakan bahawa pada pagi itu, 2 orang daripada pengganas yang merupakan tukang masak kumpulan itu melarikan diri. Dengan pantas dia dipintas oleh skuad ASP Razak yang membuat kordon dengan rapat. Hal ini merupakan satu berita baik memandangkan apabila beberapa orang menyerah diri, tindakan ini akan disusuli oleh ramai lagi orang lain.

Juga, keadaan ini menunjukkan bahawa Amin semakin hilang pegangannya kepada orang bawahannya, di mana dia terpaksa mengugut untuk membunuh mana-mana orangnya yang ingin melarikan diri. Pada jam 1.30 petang, pergerakan ASP Razak yang menghampiri tempat utama musuh secara senyap dan taktikal gagal dikesan oleh mana-mana p3ngganas. Ketika itu, dia sedang bersembunyi dibalik bongkah batu yang besar di sebatang sungai. Kawasan tersebut yang berada di bawah daripada kedudukan Amin, mempunyai jarak lebih kurang 50 meter.

Sedang dia memerhatikan keadaan, secara tiba-tiba seorang daripada pengganas yang terasing daripada rakan-rakan mereka turun ke sungai tersebut untuk mengambil wudhu’. ASP Razak ketika itu, disebabkan dia berada lebih kurang 3 meter sahaja daripada jarak orang berkenaan mengacukan senjatanya sebagai langkah berjaga-jaga. Lelaki tersebut, yang terkejut akan kehadiran ASP Razak mula meminta supaya dia jangan m3n3mb4k.

“Tolong jangan tembak teman, teman ni mujahideen.” katanya.

ASP Razak merendahkan senjatanya, dan bersalaman dengan lelaki tersebut. Mereka kemudiannya didekati dengan ramai lagi lelaki daripada kumpulan pengganas ini. Bimbang akan keadaan ASP Razak yang telah dihampiri dengan ramai daripada kumpulan pengganas ini, anggota daripada skuad VAT 69 mula memunculkan diri. Keadaan tidak agak tegang kerana pada awalnya, kedua-dua kumpulan ini mengacukan s3nj4t4 masing-masing ke arah satu sama lain, namun, daripada situ, satu keajaiban berlaku.

Salah seorang anggota Vat 69 bernama Zahit (dia merupakan seorang bekas komando Vat 69) mengenali salah seorang pengganas ini. Daripada situ, tak semena-mena setiap seorang daripada mereka meletakkan senjata di bawah. Mereka bersalam-salaman dan berpelukan satu sama lain ibarat ‘dah lama kenal’ (ayat daripada keterangan ASP Razak).

Selepas itu, ASP Razak meminta mereka untuk membawanya berjumpa dengan ketua mereka, iaitu Amin yang sedang berada di atas bukit bersama dengan 5 orang lagi orangnya. Setelah ASP Razak berjumpa dan bersalaman dengan Amin, tiba-tiba kumpulan ini dihampiri oleh segerombolan besar pihak tentera bersama dengan SAC II Abdul Hadi dan Lt Gen Zaini.

Bunyi enjin Armored Personnel Carrier (APC) yang menggegar bumi menyebabkan keadaan sedikit cemas ketika itu. Sememangnya, mereka telah dikepung dengan sekumpulan besar pihak tentera, dan pada masa yang sama, kedua-dua tebusan dilepaskan dan dibawa turun oleh pihak tentera.

Rundingan dan perbincangan berlaku dengan hangat, Lt Gen Zaini dan SAC II Abdul Hadi berbincang mengenai adakah tindakan Amin ini dikatakan betul-betul ‘Islam’. Sewaktu orang lain mula menyerah diri, kecuali Amin, yang mana dia meminta kebenaran untuk solat dahulu.

Permintaannya dibenarkan, tetapi sebenarnya tidak dipersetujui oleh Lt Gen Zaini kerana beliau tidak mahu Amin mempunyai masa yang lebih lama untuk berfikir memandangkan ketika itu, semua ahli kumpulan Al Ma’unah ini sudahpun menyerah diri. Selepas itu, rundingan diteruskan, dan kali ini, Lt Gen Zaini betul-betul berada di hadapan Amin.

Tiba-tiba perbincangan menjadi terlalu hangat dan panas, Amin bertindak memegang kolar baju Lt Gen Zaini sambil menaikkan senjatanya untuk menembak beliau. Satu tembakan dilepaskan daripada pihak tentera, tetapi tidak mengenai Amin, sebaliknya terkena pada orang kanannya. Lt Gen Zaini dengan pantas bertindak menolak senjata Amin ke bawah, menumbangkannya dengan posisi tangannya dipulas ke belakang. Tindakan tersebut mengakhiri segala peristiwa ini yang berlangsung selama 5 hari ini. Jam 5 petang, kesemua pengganas dibawa turun dan ditangkap.

Sampai sahaja di bawah, SAC II Hadi mengatakan bahawa melihatkan wajah-wajah mereka yang ditahan ini, mereka langsung tidak mempunyai sifat dan sikap sebagai seorang pengganas, sebaliknya, mereka ini yang rata-ratanya mempunyai kerja tetap dan harian seperti orang biasa seperti pensyarah, agen insuran, dan eksekutif di Proton. Mereka dikatakan terpesong jauh sehingga melakukan perkara sedemikian. Mereka semua didakwa atas kesalahan melancarkan perang ke atas yang Dipertuan Agong (rakyat Malaysia pertama didakwa atas kesalahan tersebut).

Amin dan 2 orang tertingginya iaitu Zahit dan Jamaludin, beserta seorang lagi orangnya bernama Jemari (yang telah m3mb8unuh Kpl Matthew) dijatuhi hukuman gantung sampai mati di penjara Sungai Buloh. Hukuman dilaksanakan pada tahun 2006 untuk keempat-empat mereka ini. 15 daripada mereka (yang terlibat dalam rompakan senjata) dijatuhi hukuman penjara seumur hidup, dan selebihnya menerima hukuman penjara 10 tahun di ISA. Jaafar Puteh, salah seorang tebusan meninggal dunia beberapa minggu selepas kejadian akibat penyakit jantung. Atas keberanian Lt Gen Zaini dan ASP Razak, mereka berdua dianugerahkan dengan pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.

Kejadian sebegini menunjukkan bagaimana teruknya sifat obsesi terhadap seseorang demi mempelajari sesuatu yang terlalu takjub dan agak mustahil untuk dipercayai. Walaupun jika kita lihat, Amin yang dikatakan mempunyai kuasa ajaib dan mistik dengan mudah ditewaskan oleh seseorang yang mempunyai latihan ketenteraan yang tinggi tanpa ada apa-apa kuasa mistik dan ajaib, di mana hal ini dikatakan agak sukar dipercayai oleh orang biasa, namun, masih ramai yang mempercayainya sehingga ke tahap sanggup melakukan jenayah dan hanya menjadi pak turut di mana pada akhirnya mendapati kesusahan akibat jenayah yang dilakukan. Orang yang mempercayainya juga bukan calang-calang orang, tetapi orang yang mempunyai pendidikan dan pekerjaan profesional daripada pelbagai bidang.

Kejadian seumpama ini menjadikan kita sebagai salah seoarang rakyat Malaysia berasa bangga dan bersyukur atas sebab kita selalu dilindungi oleh mereka yang gagah berani, dan sanggup bekorban demi mempertahankan negara. Kami di the Patriots ingin mengucapkan takziah sekali lagi kepada keluarga mangsa Kpl Matthew anak Medan dan Korporal Raju Sagadevan yang meninggal dunia ketika menjalankan tugas. Jasa dan nama anda tidak akan kami lupakan.

Juga, di kesempatan ini saya ingin sekali lagi berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat terutama sekali kepada Leftenan Jeneral Zaini bin Mohamad Said, Dato’ Hj. Samsuddin bin Abd. Hamid, SAC II Abd. Hadi bin Mahmood dan ASP Abdul Razak bin Mohd Yusof atas jasa dan usaha anda menangani tragedi ini dengan jayanya. Juga kepada semua pihak tentera dan anggota polis yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Operasi ini berakhir dengan kejayaan yang besar dan kami berbangga menjadi salah seorang rakyat Malaysia kerana dilindungi oleh pasukan keselamatan yang hebat dan elit ini. Terima kasih!.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.