Al-Kisah Rendang Yang Menyatukan Seluruh Nusantara

0
1294
views

Secara teknikal, rendang adalah sejenis sajian yang dimasak sehingga ‘pecah minyak’.

Setahu aku, istilah ‘pecah minyak’ dalam memasak rendang hanya wujud di dalam cooking realm of Malay world sahaja.

Istilah dan definisi memasak sehingga ‘pecah minyak’ ini hanya wujud di dalam masakan Nusantara semata-mata.

Mereka mungkin dapat menghampiri maksud ‘pecah minyak’ dengan menggelarnya sebagai ‘oily’ tetapi itupun di dalam konotasi negatif dan bukan menepati istilah literal pengertian dan maksud sebenar ‘pecah minyak’ masakan kita.

Malah, hatta juri (atau bukan) Inggeris di dalam Masterchef sekalipun tak dapat merungkai keanehan, misteri, buat reverse engineering, decode apatah menghargai keunggulan masakan Melayu yang satu ini. Pecah kepala dia, bhai.

Kerana itulah rendang dapat menyatukan dan membawang seantero Malaysia, Indonesia dan Brunei melawan keegoan ilmu masakan Inggeris di dalam #MasterchefUK.

Ia amarah yang datang sama seperti betapa bengkeknya orang Itali bila orang Amerika meletakkan nenas di atas pizza, atau bebola daging di dalam spagetti.

Malah masakan Inggeris jika diteliti tidaklah ‘se-adventurous’ atau ada letusan rasa yang signifikan seperti masakan Melayu dan banyak masakan Malaysia. Bosan.

Kau cubalah ‘mushy peas’ atau ‘jellied eels’ Inggeris yang sedap (sangat), sesuai dengan ‘palate’ juga mata kita.

Gambar adalah ‘jellied eels’ atau belut dalam agar-agar, deemed as an authentic and traditional English cuisine, especially for Londoners (katanya).

Kembang tekak mak nok. Kalau crispy, mungkin ok lah kot.

Selain ‘pecah minyak’, satu lagi aspek teknikal kulinari dunia Melayu yang tidak terdapat di dalam perbendaharaan kata Inggeris ialah ‘rendang’.

Kita mungkin mengenali rendang sebagai nama masakan, tetapi rendang sebenarnya juga adalah teknik masakan yang boleh digunakan di dalam pelbagai jenis masakan Melayu, menggunakan pelbagai bahan.

Kata kerja ‘merendang’ boleh juga digunakan untuk maksud menggoreng tanpa minyak seperti merendang biji kopi, merendang bertih, merendang kelapa, merendang kacang dan lain-lain bahan.

Merendang ini selalunya sebahagian dari proses persiapan bahan masakan bagi tujuan mengeringkan air di dalam bahan dan menaikkan aroma selain mengukuhkan struktur bahan masakan itu sebelum digunakan untuk membuat masakan lain.

Merendang bahan masakan ini akan memberikan rasa ‘smokiness’ kepada bahan-bahan tersebut, juga memberikan tekstur berbeza dari bentuk asal selain memastikan bahan tersebut tahan lebih lama untuk digunakan pula dalam beberapa masakan lain.

Malah, rendang juga disebut dalam banyak kesusteraan Melayu klasik sebagai contoh di dalam Hikayat Amir Hamzah yang membuktikan ia adalah eksotika kulinari Melayu sejak 1500-an lagi seperti berikut;

…Buzurjumhur Hakim pun pergi pula ke kedai orang merendang daging kambing, lalu ia berkata: “Beri apalah daging kambing…” (10:4)

… kambing rendang ini barang segumpal.” Sahut orang merendang itu, “Berilah harganya dahulu.” Maka kata Khoja Buzurjumhur, (10:7)

Dan di bawah pula ialah resepi rendang dipetik dari buku resepi Jawa berusia 82 tahun, cetakan 1936 di dalam bahasa Jawa, diambil dari Twitter @potretlawas