Nama penuhnya adalah Hajjaj bin Yusuf bin Abu Uqail bin Mas’ud Ats-Tsaqafi. Ibunya pula bernama Al-Fari’ah bin Yusuf binti Hammam bin Urwah bin Mas’ud Ath-Tsaqafi. Dia lahir di kota Tha’if pada tahun 660 M. Imam Adz Dzahabi mengulas mengenai peribadi mengenai Hajjaj iaitu:


“Al Hajjaj, Allah memusnahkannya di bulan Ramadhan tahun 95 Hijrah dalam keadaan tua, dan beliau adalah seorang yang z*lim, bengis, naashibi (pembenci Ahlul Bait), keji, suka menumpahkan d4rah, memiliki keberanian, kel4ncangan, tipu daya, dan kel!cikan, kefasihan, ahli bahasa, dan kecintaan terhadap Al Quran.

Aku (Imam Adz Dzahabi) telah menulis tentang sejarah hidupnya yang buruk dalam kitabku At Tarikh Al Kabir, mengenai pengepungannya terhadap Ibnu Az Zubair dan Ka’bah, serta perbuatannya melempar Ka’bah dengan manjaniq, penghinaannya terhadap penduduk Al Haramain (dua tanah haram), penguasaannya terhadap ‘Iraq dan wilayah timur, semuanya selama 20 tahun.

Juga pep3rangannya dengan Ibnul Asy’ats, sikapnya melambat-lambat (melalaikan) shalat sehinggalah Allah mem4tikannya, maka kami menc3lanya, dan kami tidak mencintainya, sebaliknya kami membencinya karena Allah.” (Siyar A’lam An Nubala’, 4/343)

Beliau menghafal Al-Quran dan pernah berguru dengan sahabat Nabi SAW seperti Ibn Abbas. Beliau memulakan kehidupannya sebagai guru Al-Quran di Tha’if namun kemudian berpindah ke Syam kerana cita-citanya yang tinggi di dalam urusan pemerintahan.

Di sana beliau terlibat dengan pasukan t3ntera pemimpin Bani Umayyah iaitu Abdul Malik bin Marwan ketika berlaku konflik p3rang saudara Islam diantara Abdul Malik melawan Sayyidina Abdullah bin Zubair yang telah saya bahaskan di dalam artikel saya mengenai Khalifah Abdul Malik bin Marwan.

Ketika gerakan ketent3raan Abdul Malik meny3rang wilayah kekuasaan Abdullah bin Zubair di Iraq Hajjaj mula menunjuk sifat kepahlawanannya dan ketangkasannya di dalam berp3rang. Oleh sebab itu, setelah menang di Iraq, Abdul Malik telah memberikan kepercayaan kepada Hajjaj untuk meny3rang Abdullah bin Zubair di Makkah.

Maka Abdul Malik menghantar 20, 000 pasukan yang dipimpin oleh Hajjaj ibn Yusuf untuk mara ke Hijjaz. Pasukan Hajjaj kemudian menuju ke Thaif. Di Thaif Hajjaj menghantar tent3ranya untuk bertempur dengan pasukan Ibn Zubair di Arafah yang berakhir dengan kemenangan tent3ra Hajjaj.

Kemudian pasukan Hajjaj terus mengepung Abdullah bin Zubair yang berlindung di Makkah. Hajjaj mula memasang majaniq (alat pelempar batu) untuk meny3rang pasukan Ibn Zubair yang berlindung di Kaabah. Lemparan Majaniq yang berterusan menyebabkan Ibn Zubair mulai melemah.

Ketika itu pengikut Ibn Zubair temasuk anak-anaknya sendiri mula meninggalkan Ibn Zubair meminta keamanan daripada Hajjaj.

Ibn Zubair mula berkata kepada ibunya:

’Ibunda, aku sudah ditinggalkan orang sehingga anak-anaku dan anggota keluargaku meninggalkanku. Yang tetap berjuang denganku hanya sedikit. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa melainkan bersabar dan itu tidak lama. Kelompok itu (Bani Umayyah) akan memberiku dunia jika aku menyerah. Apa pendapatmu ibu.’’

Maka Ibunys Asma’ binti Abu Bakar berkata:

‘’Anakku demi Allah, engkau lebih mengetahui tentang dirimu sendiri. Jika engkau tahu bahawa engkau berada di pihak yang benar maka teruskanlah. Para pengikutmu sudah terbvnuh kerana membelanya. Jangan membiarkan dirimu menjadi tawanan sehingga diperhamba Bani Umayyah.

Namun jika engkau inginkan selama dalam perjuanganmu hanyalah dunia maka engkau adalah seburuk-buruk hamba! Engkau telah membinasakan dirimu sendiri dan orang-orang yang terbvnuh bersamamu.

Jika engkau menjawab bahawa dirimu berada di pihak yang benar tetapi ketika pengikutmu berkurangan engkau pun melemah bererti itu bukan sikap orang yang merdeka dan bukan pula orang yang beragama, lagi pula berapa lama lagi sisa umurmu di dunia ini? Kem4tian adalah lebih baik.’’

Maka Abdullah bin Zubair menjawab:

‘’Demi Allah, inilah pendapatku dan inilah yang aku perjuang sehingga ke saat ini. Aku tidak pernah tunduk kepada dunia dan aku tidak ingin hidup kekal di dalamnya. Hanya sahaja aku ingin mengetahui pendapatmu ibuku. Semoga ibu mempercerah mata batinku. Lihatlah ibu, hari ini aku akan m4ti terbvnuh. Maka janganlah terlalu bersedih. Serahkanlah urusan kepada Allah.’’ (Tarikh ath-Thabari 6/188).

Kemudian Ibn Zubair terus keluar daripada kediaman ibunya dan berp3rang sehingga terbvnuh pada hari itu juga setelah dikepung selama 6 bulan. Kemudian Hajjaj meny4libnya dan mencampaknya ke perkuburan bukan Islam. Tamatlah pemerintahan Khalifah Abdullah bin Zubair selama 9 tahun.

Tamatlah juga usaha para salaf untuk mengembalikan sistem pemerintahan Khulafa’ Rasyidin. Kekallah sistem Monarki di dalam dunia Islam. Kini Abdul Malik sudah menjadi Khalifah yang sah dan dominan pada tahun 692 M . Bani Umayyah telah mencapai kemenangan di dalam p3rang saudara ini.

Setelah itu Khalifah Abdul Malik telah melantik Hajjaj menjadi gabenor Iraq pada tahun 694 M. Hajjaj telah mentadbir Iraq selama 20 tahun. 10 tahun di zaman Khalifah Abdul Malik dan 10 tahun di zaman anaknya Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik.

Hajjaj telah mentadbir Iraq dengan sangat keras bahkan ketika awal menjadi gabenor Hajjaj memaksa penduduk Iraq membantunya memerangi kelompok Khawarij sehingga sesiapa tidak mematuhinya akan dihukum pancvng.

Kekerasannya ini menyebabkan penduduk Iraq menjadi gerun dan terpaksa menyahut seruannya dalam memerangi kelompok Khawarij sehingga berhasil menumpaskan mereka.

Namun ada penduduk Iraq berasa dendam kepada Hajjaj kerana penduduk Iraq dipaksa berusaha keras melawan khawarij sedangkan tent3ra Syam hanya hidup bersenang lenang di ibu kota Damsyik.

Hajjaj turut bertanggung-jawab menegakkan kestabilan di Iraq dengan menumpaskan beberapa siri pember0ntakan akan tetapi yang paling utama adalah gerakan pember0ntakan Ibn Asy’ats.


Gerakan Pember0ntakan Ibn Asy’ats

Pember0ntakan Ibn Asy’ats adalah sebuah gerakan yang unik kerana sebelum ini kebanyakkan pember0ntakan yang dilakukan terhadap Bani Umayyah mempunyai kaitan dengan ideologi iaitu Khawarij dan Syiah. Namun pember0ntakan ini dilakukan atas sebab rasa tidak suka dan kebencian terhadap Hajjaj.

Isunya bermula di wilayah Sijistan (Afghanistan) apabila rajanya yang bernama Ratbil berbangsa Turki enggan membayar Jizyah kepada negara Islam. Maka Hajjaj telah mengarahkan Pasukan Bani Umayyah yang dipimpin oleh Abdullah bin Abu Bakar at-Tsaqafi untuk meny3rang kawasan Sijistan.

Namun Raja Ratbil ini licik telah meracunkan seluruh sumur-sumur di kawasan perjalanan t3ntera Islam ke sana. Strateginya ini menyebabkan hampir kesemua tent3ra islam men!nggal dunia.

Kekalahan ini menimbulkan rasa dendam di dalam diri Hajjaj, maka dia telah mempersiapkan pasukan tent3ra dengan sangat rapi dan dilengkapi dengan persenjataan yang lengkap serta diberi pakaian yang sangat berkualiti. Maka pasukan ini digelar Ath-Thawawis (Pasukan Burung Merak).

Maka Hajjaj telah melantik Abdurrahman bin Muhammad bin Asy’ats seorang ketua suku Kindah dan datuknya merupakan panglima utama Sayyidina Ali di dalam memerangi Muawiyah sebagai ketua pasukan elit ini.

Tindakan Hajjaj ini membingungkan kerana Hajjaj dan Abdurrahman mempunyai hubungan yang tidak baik sebelum ini. Hajjaj pernah berkata ‘’setiap kali aku ingin bertemu Ibn Asy’ats pasti aku ingin membunvhnya.’’ (Tarikh Ath-Thabari 6/327). Abdrrahman juga dikatakan pernah terang-terangan mengatakan ingin menjatuhkan kedudukan Hajjaj.

Maka Abdurrahman bersama pasukannya seramai 40 000 mara menuju ke Sijistan. Abdurrahman kini lebih berhati-hati daripada panglima sebelumnya. Namun Abdurrahman telah membuat strategi sepertimana yang dinyatakan di dalam Tarik hath-Thabari iaitu:

‘’Setiap kali Abdurrahman memasuki kota-kota di Sijistan, dia akan menempatkan petugas di sana bersama sejumlah pasukan. Di samping itu dia membangunkan penjabat pos untuk menghubungkan komunikasi diantara kota yang didudukinya.

Dia juga menempatkan pasukan pengintip untuk mengawasi perkembangan musuh dan menempatkan gudang-gudang persenjataan bagi kawasan yang berpontensi untuk dis3rang.

Ketika Abdurrahman sudah memasuki banyak wilayah di Sijistan dan mengambil banyak lembu, kambing dan berbagai ghanimah (harta rampasan p3rang), dia pun melarang pasukan untuk maju lebih jauh di negeri itu.

Dia berkata, ‘’Tahun ini kita cukup mendapatkan semua ini daripada negeri mereka, sehingga kita menguasai dan mengenali medannya. Dengan demikian kaum muslimin berani menempuh jalan-jalannya. Tahun depan kita akan memasuki daerah berikutnya sehingga setiap tahun kita selalu mengurangi bumi mereka.

Pada akhirnya kita meny3rang mereka di pusat pembendeharaan dan istana mereka, di hujung negeri dan benteng-benteng mereka. Kita pun tidak meninggalkan negeri mereka sebelum Allah membinasakan mereka.’’  (Tarikh Ath-Thabari 6/327).

Abdurrahman yang berasa yakin dengan kebijaksanaan strateginya memaklumkan kepada Hajjaj akan perkara ini. Namun Hajjaj tidak suka akan strategi Abdurrahman ini. Hajjaj bahkan memanggil Abdurrahman sebagai lemah, malas, tidak pandai berstrategi. Hajjaj membalas surat dengan berkata:

‘’Amma Ba’du. Suratmu sudah kuterima dan aku memahami apa yang kau ceritakan. Suratmu itu adalah surat orang yang suka akan gencatan senjata dan ingin berehat melalui pendamaian. Padahal musuhmu hanyalah musuh yang sedikit, remeh dan dan sudah pernah mengalami s3rangan pasukan Muslim yang pemberani dan teguh.
Keperluan mereka pada Islam sangatlah besar.

Sedarlahlah, wahai putera Ibu Abdurrahman, ketika engkau berhenti meny3rang musuh itu dengan t3nteraku sahaja bererti engkau berderma kepada pihak yang seharusnya dis3rang kau Muslim.

Menurutku gagasan yang engkau dakwa sebagai tipu daya itu bukanlah tipu daya. Engkau hanya bergagasan seperti itu kerana engkau lemah dan miskin strategi p3rang. Jadi laksanakanlah perintah yang kuberikan, masuklah negerimu sejauh-jauhnya, hancurkanlah benteng-benteng mereka, bvnuhlah para perwira mereka dan tawanlah keluarga mereka.’’

Jawapan Hajjaj itu menimbulkan rasa marah kepada Abdurrahman kerana merasakan usahanya tidak dihargai bahkan direndah-rendahkan oleh Hajjaj. Bahkan daripada satu sisi kita dapat melihat karekter Hajjaj merupakan seorang yang tidak suka perkara yang melambatkan dan dia inginkan hasil yang pantas.

Hajjaj bukan sahaja merendahkan Abdurrahman bahkan menghantar surat untuk mengugutnya jika tidak mematuhi arahan Hajjaj untuk bergerak pantas dengan akan memecatnya dan diganti oleh adiknya Abdurrahman iaitu Ishaq.

Abdurrahman kemudian berasa terpvkul sehingga berbincang dengan pasukan t3nteranya akan hal ini dengan berkata:

“Wahai t3nteraku, aku memberikan kalian nasihat, menginginkan maslahat bagi kalian, dan memperhatikan segala ha bermanfaat bagi kalian. Strategi ini sudahku berbincang dengan orang bijak pandai dan berpengalaman diantara kalian.

Mereka juga menyukai strategi ini dan memandangnya sebagai keperluan bagi kalian baik cepat atau lambat. Aku sudah menulis surat kepada amir kalian, Hajjaj. Dia membalas surat dengan menganggapku lemah.

Dia juga memerintahkanku supaya mengerahkan kalian memasuki wilayah musuh kalian. Padahal disanalah, kawan-kawan kalian binasa. Aku hanyalah seeorang t3ntera diantara kalian. Aku maju jika kalian maju. Akupun enggan jika kalian enggan.’’

Mendengar perkara itu pasukan t3ntera terus menyokong Abdurrahman dengan berkata:

‘’Tidak! Kami enggan mematuhi musuh Allah. Kami tidak mahu mendengarkannya atau mematuhinya.’’ (Tarik hath-Thabari 6/335).

Maka t3ntera Iraq telah mebai’at Abdurrahman untuk member0ntak terhadap Hajjaj dan menghalaunya daripada Iraq lebih-lebih lagi mereka sudah lama menyimpan perasaan benci kepada Hajjaj. Abdurrahman juga mendapat sokongan daripada Ulama fiqh yang masyhur seperti Said bin Jubair, Amir bin Syuhrabil asy-Sya’bi dan Hassan Al-Basri.

Maka Abdurrahman bersama pasukan t3nteranya berpatah balik ke Iraq untuk memerangi Hajjaj setelah berdamai dengan Raja Ratbil. Menurut perjanjian itu sekiranya Abdurrahman Berjaya menumpaskan Hajjaj, Raja Ratbil tidak perlu membayar jizyah.

Sekiranya pasukan Abdurrahman tumpas Raja Ratbil harus memberikan perlindungan kepadanya. Abdurrahman bersama t3nteranya telah mara ke Basrah dan menghalau Hajjaj sehingga hajjah berundur ke Kufah.

Kejayaan pasukan Abdurrahman menyebabkan masyarakat menyahut seruannya untuk menghapuskan Hajjaj sehingga pasukan Abdurrahman berjumlah 100 000 t3ntera.

Hal ini menyebabkan Hajjaj memohon bantuan t3ntera daripada Khalifah Abdul Malik bin Marwan. Namun Khalifah Abdul Malik mula berfikir untuk menyelsaikan isu pember0ntakan ini dengan berdiplomasi.

Abdul Malik menawarkan Abdurrahman dengan menjanjikan kekuasaanya di wilayah Khurasan atau yang lain serta BERSETUJU UNTUK MEMECAT HAJJAJ. Khalifah Abdul Malik juga bertegas jika Abdurrahman tidak bersetuju akan tawaran damai ini maka dia akan menghantar pasukan daripada Syam untuk menggempur mereka habis-habisan.

Tindakan Khalifah Abdul Malik ini menimbulkan rasa tidak puas hati dalam diri Hajjaj sehingga dia menulis surat mengingatkan Abdul Malik tentang Abdurrahman Asytar terlibat di dalam pembunvhan Khalifah Uthman bin Affan serta sikap orang Iraq yang hanya akan diam sebentar sahaja jika ditawari perjanjian damai kemudian akan member0ntak kembali.

Namun Abdul Malik tetap tegas dengan pendiriannya. Abdurrahman pada mulanya berasa tiada masalah dengan tawaran itu namun penduduk Iraq tetap menolaknya kerana mereka bukan sahaja ingin membuang Hajjaj namun mereka ingin menjatuhkan Abdul Malik bin Marwan dan Bani Umayyah.

Oleh sebab itu, Khalifah Abdul Malik telah menghantarkan bantuan daripada Syam untuk membantu Hajjaj. Maka kedua pasukan ini bert3mpur di Dar al-Jamajim pada 702 M. Pertempuran ini berakhir dengan kemenagan pasukan Hajjaj.

Abdurrahman telah melarikan diri kepada Raja Ratbil dan meminta perlindungan daripadanya. Hajjaj kemudian menggugut Raja Ratbil untuk menyerahkan Abdurahman. Jika Raja Ratbil ingkar maka Hajjaj akan mengirimkan 1 juta t3ntera meny3rangnya.

Merasakan Raja Ratbil akan memungkiri janji, maka Abdurrahman diriwayatkan membvnuh d!ri dengan terjun daripada tempat tinggi. Mayatnya kemudian diserahkan kepada Hajjaj. Pengikut Abdurrahman yang ditangkap telah dihukum bvnuh oleh Hajjaj. Maka hilanglah harapan orang Iraq untuk keluar daripada pemerintahan Bani Umayyah.

Menilai pemerintahan Hajjaj di Iraq

Setelah berjaya menghapuskan Pember0ntakan Abdurrahman ibn Asy’ats, Hajjaj berusaha meletakkan dasar-dasar pemerintahan Iraq agar penduduknya tetap taat pada Bani Umayyah.

Dalam memahami bentuk pentadbiran Hajjaj kita harus mengenal watak Hajjaj terlebih dahulu kerana wataknya inilah yang akan mempengaruhi gaya pemerintahannya. Pertama kita harus mengetahui bahawa Hajjaj adalah seorang yang sangat cerdik dan bijak.

Namun dalam masa yang sama Hajjaj juga mempunyai watak yang sangat panas baran dan keras. Disebabkan wataknya itulah Hajjaj kelihatan tidak suka menyelesaikan masalah dengan mempelajari tindakannya dengan lebih mendalam.

Menurut Hajjaj, analisis-analisis hanya membuang masa namun dia tidak sedar tindakannya hanya akan berjaya dengan pantas namun tidak dengan jangka masa yang panjang. Maka sifat panas barannya itu telah membvnuh sifat cerdiknya Hajjaj. Di dalam pentadbirannya terdapat 3 perkara yang harus diselesaikan oleh Hajjaj.

1. Menghalang segala bentuk pember0ntakan baru di Iraq

2. Membangunkan kembali ekonomi negara yang terjejas akibat pep3rangan saudara.

3. kembali membuka daerah dan perluasan kuasa yang sudah lama terhenti

Jadi mari kita lihat kepada isu pertama. Menurut sesetengah sejarawan Iraq memang harus diperintah oleh pemimpin yang mempunyai sifat yang keras kerana masyarakatnya suka member0ntak.

Maka Hajjaj berpandangan dia harus memb4ntai sesiapa yang ingin member0ntak kepada kerajaan Bani Umayyah agar masyarakat yang lainnya berasa gerun untuk melakukan perkara yang sama.

Maka Hajjaj telah membvnuh atau menghilangkan pemimpin-pemimpin yang dianggap olehnya telah menimbulkan fitnah. Terdapat juga orang yang mana diampuni oleh Hajjaj diperintahkan olehnya untuk pergi berjihad membuka daerah lain kecuali sesiapa yang memang Hajjaj meragui peribadinya.

Mereka yang dilihat mencurigakan oleh Hajjaj akan ditangkap akan diseksa dan dibvnuh secara terang-terangan untuk menakutkan orang awam. Boleh juga kita menganggap perbuatan Hajjaj hanya matlamatnya satu iaitu memadamkan api pember0ntakan yang baru.

Namun ada sejarawan menyebut bahawa angka-angka pembvnuhan Hajjaj diangkap sebagai berlebihan. Hal ini berlaku kerana Hajjaj telah membvnuh ulama-ulama zaman salaf dan musuh berpengaruh. Sikap Hajjaj menyebabkan dia dibenci oleh majoriti ulama zaman salaf sehingga mereka terus mempercayai angka-angka pembvnuhan berlebihan yang dituduhkan kepada Hajjaj.

Hajjaj sentiasa berwaspada dengan pember0ntakan kembali penduduk Iraq maka Hajjaj sentiasa memastikan agar pasukan yang berasal daripada Syam berada di sampingnya. Hajjaj memastikan pasukan Syam ini sentiasa berada di dalam keadaan bersedia dalam menghadapi sebarang bentuk pember0ntakan yang baru.

Maka Hajjaj mebangunkan sebuah kota yang dilengkapi benteng sebagai tempat tinggal tent3ra Syam bagi mengawasi penduduk Iraq. Kota ini diberi nama Al-Wasith terletak ditengah-tengah di antara Kufah dan basrah.

Penduduk Arab yang lain tidak dibenarkan tinggal di kota ini melainkan tent3ra Syam. Tindakan Hajjaj ini telah memisahkan penduduk Syam dan penduduk Iraq sehingga wujud rasa tidak mempercayai dan saling membenci diantara mereka.

Dalam masalah ekonomi pula, Hajjaj berusaha memulihkan ekonomi Iraq yang telah jatuh akibat pep3rangan dan kekurangan pekerja. Maka Hajjaj berusaha mengatur ekonomi di Iraq agar dapat menjana pendapatan negara. Hajjaj telah melihat kawasan as-Sawad memerlukan golongan petani.

Hal ini berlaku kerana golongan bukan Arab telah meninggalkan tanah itu dan berpindah ke kawasan lain. Hajjaj memandang golongan ini sebagai musuh kerana ikut serta di dalam pember0ntakan Abdurrahman bin Asy’ats. Maka Hajjaj memerintah mereka kembali menjadi petani di kawasan itu.

Namun Hajjaj turut memerintakan lengan mereka diletakkan tanda tulisan yang membezakan mereka dengan orang Arab. Kebanyakkan yang dipaksa ini adalah ulama, arkitek dan saterawan.

Hajjaj juga melihat hasil jizyah berkurang kerana ramai golongan bukan Arab telah memeluk Islam. Maka Hajjaj tetap mewajibkan mereka untuk membayar jizyah kerana menganggap iman mereka tidak kuat dan mereka memasuki agama Islam kerana ingin lari daripada jizyah.

Hajjaj juga berusaha membaiki hasil tanah dengan mengerah golongan bukan Arab untuk membangunkan bendungan-bendungan, membuka saluran-saluran dan membaiki dua terusan nil dan Zabi. Dia juga memerintahkan lembu-lembu dia kawasan pertanian tidak disembelih untuk memberikan manfaat.

Berkenaan isu ketiga, Hajjaj telah menggerakkan kembali gerakan ketent3raan Islam yang sudah lama terhenti dengan memerintahkan dua panglima Islam yang dipercayai olehnya.

Muhammad bin Qasim ath-Tsaqafi diperintahkan untuk meny3rang wilayah di Sindh manakala Qutaibah bin Muslim disuruh meny3rang wilayah Asia Tengah sehingga ke perbatasan dengan China. Pembukaan ini mampu menjana harta yang banyak untuk negara.

Baik sekarang mari kita menilai Hajjaj daripada dua segi iaitu Arab dan Islam. Daripada sudut Islam tindakan Hajjaj ini banyak dicela oleh ulama Islam. Di sini saya tunjuk beberapa riwayat.

Kata Imam Ibnu Katsir:

“Dan adapun sang pemusnah adalah Al Hajjaj bin Yusuf Ats Tsqafi ini. Beliau seorang yang amat memusuhi, beliau amat membenci anggota keluarga ‘Ali, ini karena kecenderungannya kepada keluarga Marwan Bani Umayyah. Beliau juga seorang yang angkuh lagi bodoh, berani menumpahkan d4rah hanya karena kesalahan yang syubhah (samar).

Diriwayatkan dari beliau kata-kata yang sangat buruk, yang zahirnya adalah kufur, sebagaimana yang telah kami kemukakan. Jika beliau bertaubat darinya dan berlepas diri darinya, maka itu yang diharapkan, tetapi jika tidak, maka ia tetap dalam keadaan tersebut.

Cuma diragukan bahwa itu adalah kata-kata yang diriwayatkan dari beliau dengan berbagai penambahan, karena golongan Syi’ah sangat membencinya karena beberapa perkara. Jadi, mungkin terjadi mereka mengubah sebagian perkataannya dan menambah padanya sehingga mereka melabelnya sebagai perkataan-perkataan buruk lagi menjijikkan.”

Imam Ibnu Katsir lagi:

“Diriwayatkan kepada kami dari beliau bahwa beliau meninggalkan hal-hal yang memabukkan, banyak membaca Al Qur’an, menjauhi larangan-larangan, dan tidak dikenali sebagai orang yang pernah terjerumus dalam urusan kemaluan, walaupun dia terlalu berani dalam hal menumpahkan d4rah.

Maka Allah Ta’ala-lah yang lebih mengetahui kebenaran dan hakikat-hakikat segala urusan serta rahsia-rahsianya, serta hal-hal yang tersembunyi di dalam dada.” (Ibnu Katsir, Al Bidayah wa An Nihayah, 9/153).

Ibnu ‘Asakir meriwayatkan perkataan Asy Sya’bi

“Al Hajjaj beriman dengan kejahatan dan thaghut, serta kafir terhadap Allah Al ‘Adziim.” (Ibnu ‘Asakir, Tarikh dimasyq, 12/187. Al Bidayah wa An Nihayah, 9/157)

Imam Sufyan Ats Tsauri berkata:

“Suatu yang ajaib terhadap sahabat-sahabat kita dari ‘Iraq, mereka menamakan Al Hajjaj sebagai orang beriman?!” (Adz Dzahabi, Siyar A’lam An Nubala’, 5/44. Al Bidayah wa An Nihayah, 9/157)

Namun kita tidak boleh menafikan yang Hajjaj juga berjasa kepada agama ini dengan penyebaran agama Islam. Hajjaj juga bertanggung-jawab dalam memerintahkan agar Al-Quran diletakkan tanda baris agar masyarakat bukan Arab mudah membacanya.

Daripada sudut Arab, Hajjaj telah merugikan bangsa Arab. Politiknya yang menindas dan meletakkan taraf bawah bagi golongan bukan Arab serta membebankan mereka dengan jizyah walaupun sudah memeluk agama Islam telah menimbulkan perasaan dendam dalam diri mereka sehingga mereka adalah faktor utama kejatuhan Bani Umaiyyah dengan membantu Bani Abbas di dalam revolusi mereka.

Berbeza dengan pemimpin sebelumnya Ziyad bin Abihi berusaha mengarabkan golongan bukan Arab dengan menjadikan mereka sebagai pembantunya. Anaknya Ubadillah telah meletakkan mereka di dalam pasukan unit khas yang dinamakan Muharibah (pejuang).

Umar bin Abdul Aziz ketika menjadi gabenor Madinah telah melayani bukan Arab dengan baik sehingga mereka mudah menjadi Arab. Bahkan jika anda memerhatikan wilayah yang menjadi tempat ledakan revolusi Bani Abbas adalah wilayah Hajjaj.

Wafat

Hajjaj w4fat di Wasith pada 714 M pada zaman Khalifah Al-Walid. Imam Ibnu Katsir berkata :

“Lebih dari seorang yang meriwayatkan bahwa Al Hasan (Al Bashri) ketika dikabarkan dengan berita gembira mengenai kem4tian Al Hajjaj, beliau langsung melakukan sujud syukur kepada Allah Ta’ala yang mana sebelumnya beliau bersembunyi, maka setelah itu beliau menonjolkan diri.

Lalu beliau berdoa: “Ya Allah, m4tikanlah dia dan hilangkanlah sunnahnya (kebiasaan-kebiasaannya) dari diri kami.”

Hammad bin Sulaiman berkata, “Apabila aku mengkhabarkan kepada Ibrahim An Nakha’i tentang kem4tian Al Hajjaj, beliau pun menangis karena gembira.” (Ibnu Katsir, Al Bidayah wa An Nihayah, 9/159).

Kata Al Waqidi, “Bahwa Al Hajjaj men!ggal dengan meninggalkan 300 dirham, sebuah mushaf, sebilah pedang, pelana, sekedup, dan seratus baju besi (armour) yang diwakafkan.” (Tarikh Dimasyq, 12/191. Al Bidayah wa An Nihayah, 9/159)

RUJUKAN:

1. Muawiyah bin Abu Sufyan Sakhsiyatahu wa asrahu al-dawlah Sufyaniyyah karya dr. Al-Shalabi (terjemahan Darul Al-Haq)

2. Muawiyah bin Abu Sufyan: Kebenaran di sebalik Fitnah Karya Sahrul Azmi Sidek

3. History Of The Arabs karya Philip K Hitti

4. The Great Arab C0nquest: How the Spread Of Islam Change The World We Live In karya Hugh Kennedy.

5. Daulah Umawiyah karya Prof Yusuf al-Isy ( Terjemahan Pustaka Kauthar)

7. Al-Alam al-Islami Fi Ashr al-Umawi karya Prof Abdussyafi (terjemahan Pustaka al-Kautahar)

8. Al-Khilāfāt Al-Siyasiyah Bayna Al-Sahābah karya Dr El-Mochtar al-Syanqiti (Terjemahan Islamic Rennaisance Front)

9. Tarikh Khulafa’ karya Imam Suyuthi

10. Tarikh Ath-Thabari (Terjemahan English oleh SUNY PRESS)

11. The Caliphate Of Banu Umayyah: First Phase by Ibn Kathir

12. Al Hajjaj bin Yusuf: Kez4liman dan Jasanya bagi Islam.

13. Menangkis Fitnah yang terpalit pada Bani Umayyah: Pembanteran Kegiatan Fitnah Pembenci Monarki Khilafah Pertama oleh Ibn Tuzah


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nama Diberi Muhammad Iqbal Harraz bin Mohd Yaakub. Masih lagi belajar di UiTM Rembau di dalam jurusan diploma mascomm. Sangat meminati sejarah Islam dan suka berkongsi apa yang dibaca kepada orang ramai. Berpegang kepada prinsip "yang Benar tetap Benar".

Comments are closed.