Suatu masa dahulu, sewaktu zaman kegemilangan Tamadun Islam, kita dapat melihat bahawa umat Islam tidak pernah mendikriminasikan ilmu. Ketika itu, mempelajari ilmu seperti sains dan matematik langsung tidak dipanggil mempelajari ilmu barat. Bahkan umat Islam tekun meneliti setiap helaian ilmu dari tamadun yang lebih awal daripada mereka.

Dari Rom yang pernah suatu dulu megah memayungi seluruh eropah, Yunani yang kaya dengan falsafah agung mereka, Mesopotamia yang agung dengan ilmu-ilmu perubatan mereka, sehingga ke Mesir Purba yang memiliki ilmu matematik yang mengkagumkan, ketika itu kita tidak pernah bias dalam menuntut ilmu-ilmu yang lahir daripada tamadun sebelum mereka, dan mengembangkan lagi tradisi ilmu itu.

Ayuh, saya bawa kalian untuk mengenali salah seorang tokoh ilmuwan Islam yang tidak kurang hebatnya dalam sejarah. Kalau saya sebut nama Abu Raihan Al-Biruni, pasti kalian tidak akan mengenalinya. Tetapi kalau saya menyebut nama Al-Biruni, rata-rata daripada kita pasti mengenali tokoh hebat ini.

Kepada sesiapa yang belum kenal, kita akan mengembara bersama menyelami tokoh hebat ini. Yang sudah kenal, mari kita ulang kaji sedikit sejarah tokoh hebat ini. Al-Biruni untuk pengetahuan kalian ialaj seorang ahli ekonomi, ahli fizik, penulis ensiklopedia, ahli falsafah, ahli sejarah, ahli farmasi dan seorang pengembara. Hebatkan tokoh genius umat Islam ini? Mari, kita buka sedikit lagi helaian hidup beliau.

Diceritakan bahawa ketika berusia 17 tahun lagi, beliau telah mengkaji mengenai garis lintang dalam bidang astronomi. Apabila menginjak usia 22 tahun, kartografi dijadikan kaedah untuk membuat unjuran belahan bumi dan usia 27 tahun pula, dia sudah menghasilkan banyak buku mengenai astro lab atau alatan yang digunakan oleh ahli astronomi, buku mengenai sistem perpuluhan, buku kajian bintang dan buku sejarah. Sepanjang riwayat hidupnya, lebih daripada 120 buah buku dihasilkan oleh Al-Biruni. Selain itu, bersama dengan guru beliau iaitu Abu Nashr Manshur, Al-Biruni telah menghasilkan 25 buah buku mengenai ilmu astronomi dan matematik.

Antara kajian beliau ialah mengenai alam semesta seperti membincangkan bahawa alam semesta tidak akan kekal dengan pembuktian berdasarkan ilmu-ilmu sains. Al-Biruni juga menulis mengenai siang dan malam dan beliau membuktikan panjang siang dalam setahun di kurub. Beliau telah mencipta sejenis alat untuk mengukur masa dan waktu di siang hariserta menulis buku mengenainya iaitu Ta’bir al-Mizan wa Taqbir al-Azman Bukunya Tanqih al-Tawarikh pula membincangkan tentang tarikh. Tasawwur Amr al-Fajr wa al­Shafiq fi Jihat al-Gharb wa al-Sharq pula membincangkan tentang terbitnya fajar.

Di dalam bukunya yang bertajuk, Qanun al-Mas’udi adalah antara bukunya yang terakhir yang membincangkan perkara di atas dengan lebih terperinci. Siang dan malam, bulan dan tahun, bulan serta matahari, juga pene­rangan terperinci mengenai perbezaan takwiin, maklumat tambahan (baru) mengenai kalendar orang India, mengubah takwin Sakkala kepada takwin Hijrah semuanya tercatat kemas dalam bukunya.

Al-Biruni adalah antara orang terawal yang membuat kesimpulan bahawa cahaya lebih laju daripada bunyi. Beliau membidas Aristotle yang mengatakan langit tidak mempunyai graviti. Al-Biruni harus dipuji kerana ulasan beliau tentang trigonometri sfera dalam kitab Qanun Al-Masudi sepanjang 10 bab.

Al-Biruni, turut digekar sebagai Bapa Geodesi kerana jasanya dalam pengembangan ilmu bumi. Beliau juga merupakan Bapa Indologi kerana kerajinan beliau mengkaji mengenai sejarah, budaya dan agama masyarakat di India. Ahli geografi agung ini tahu tentang banjaran gunung di India yang dikenali sebagai Himalaya. Dalam bukunya India, beliau membincangkan peranan kawasan pengunungan dalam menyumbang hujan lebat dan melindungi sebahagian daerah Kashmir. Dia juga telah menguasasi aritmetik orang India.

Beliau juga digelar Bapa Antropologi, apabila menjadi orang pertama yang melopori bidang kajian budaya masyarakat. Dan ilmu antropologi inilah yang admin sering seru agar dipelajari oleh para ustaz kita kerana hari ini, mereka seperti kurang ilmu ini sehingga membabi-buta melabelkan budaya dan adat Melayu dengan pelbagai tohmahan.

Hari ini, para saintis, pelajar sains dan pekerja makmal harus berterima kasih kepada Al-Biruni kerana beliau telah mencipta pelbagai peralatan di makmal seperti Pynometer. Kehebatan Al-Biruni ini mendapat pujian para ilmuwan yang lahir pada zaman atau selepas beliau. Al-Sabra menobatkan Al-Biruni sebagai ilmuwan tersohor dalam sejarah dunia manakala George Sarton iaitu bapa Sejarah Sains Barat mengangkat kedudukan Al-Biruni bahawa beliau salah seorang daripada ilmuwan terhebat sepanjang zaman!

Senang cerita, Al-Biruni ialah lambang bahawa Islam tidak pernah bias menuntut ilmu. Buktinya, dia mengkaji segala sumber ilmu yang pernah wujud dan mengembangkannya lagi. Antara contohnya, beliau tidak segan menguasai Aritmetik orang India.

Wahai orang Islamku terutama Melayu di Malaysia, ingatlah jangan sesekali bias dalam menuntut ilmu. Tuntulah ilmu walau yang mengajarkan anda itu seorang Yahudi sekalipun!


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply