Al-Bara’ ibn Malik: Pencari Syahid Digeruni Umar

8,205

“Janganlah kalian melantik Al-Bara’ ibn Malik sebagai panglima kerana keberaniannya terlampau luar biasa dan aku khuatir ramai t3ntera kita akan tertewas kerana mengikutinya.”

Begitulah pesanan Khalifah Umar kepada pemimpin-pemimpin t3ntera Islam. Bukanlah kerana Umar tidak meyakini semangat juang Al-Bara’ tetapi disebabkan Al-Bara’ dikenali sebagai pahlawan yang tidak takut m4ti.

Beliau tidak gentar berdepan risiko sehingga Umar yang juga terkenal dengan keberaniannya mengarahkan supaya Al-Bara’ tidak diangkat sebagai panglima bagi mengelakkan lebih ramai t3ntera Islam gugur di medan p3rang.

Siapakah Al-Bara’ ibn Malik Al-Ansari? Kebanyakan umat Islam lebih mengenali saudara kandungnya Anas ibn Malik yang berjasa sebagai pembantu peribadi Rasulullah S.A.W dan meriwayatkan banyak hadith Baginda S.A.W. Anas hidup sehingga berusia lebih 100 tahun dan merupakan Sahabat Rasulullah S.A.W yang terakhir meninggal dunia. Ramai yang tidak mengetahui bahawa salah satu faktor Anas dapat hidup selama itu kerana jasa Al-Bara’.

Al-Bara’ berasal daripada kaum Khazraj dan beliau dikatakan adalah seorang yang amat kurus, berambut kusut-masai dan tidak terurus. Dengan penampilan sedemikian rupa, siapa sangka Al-Bara’ mempunyai semangat juang yang tiada tolok bandingnya. Untuk mengetahui sejauh mana Al-Bara’ sanggup berkorban untuk Islam, kita perlu mengikuti kisah keperwiraannya ketika pert3mpuran Yamamah.

Tidak lama selepas kew4fatan Rasulullah S.A.W, Khalifah Abu Bakar As-Siddiq berdepan dengan kemunculan nabi-nabi palsu seperti Tulaihah Al-Asadi, Sajjah dan Musailamah Al-Kadzzab. Tulaihah dan Sajjah dapat ditumpaskan tetapi cabaran terbesar adalah daripada Musailamah Al-Kadzzab yang memimpin Bani Hanifah dengan kekuatan t3ntera seramai lebih kurang 40,000 orang.

Pert3mpuran kemuncak antara t3ntera Islam dan pengikut Musailamah akhirnya berlaku di Yamamah. T3ntera Islam yang berjumlah sekitar 13,000 orang hampir dikalahkan. Antara Sahabat Rasulullah S.A.W yang syahid termasuk Salim Mawla Abu Hanifah yang dikenali sebagai seorang hafiz Al-Quran yang utama, Abu Hanifah ibn Utbah, Thabit ibn Qays, Abdullah ibn Suhail dan abang kandung Umar, Zaid ibn Khattab.

Walau bagaimana pun, komander t3ntera Muslimin Khalid ibn Walid berjaya mengubah situasi dan memaksa t3ntera musuh berundur ke dalam kota bagi mencari perlindungan. T3ntera Islam hanya dapat mengepung kota tersebut berikutan ia dikelilingi pagar yang tinggi.

Selepas satu tempoh, Al-Bara’ tampil menawarkan diri untuk melakukan misi yang amat berisiko tinggi Beliau mencadangkan supaya diberikan kebenaran untuk cuba melepasi pagar kota terbabit supaya dapat membuka pintu kota daripada dalam.

Pada ketika ini, antara 6,000 hingga 7,000 orang t3ntera musuh berada dalam kota berkenaan. Ternyata, bukan calang-calang pejuang mampu menyempurnakan misi bahaya ini.

Terdapat riwayat menyatakan Al-Bara’ memanjat masuk ke dalam kota itu, dan terdapat kisah mendakwa beliau melepasi pagar dengan bantuan t3ntera Muslimin yang menggunakan tombak mereka untuk mengangkat dan mencampak Al-Bara’ ke dalam.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Apa yang pasti, Al-Bara’ yang bertubuh kurus itu berhasil memasuki kota Musailamah dan seterusnya membuka pintu kota walaupun menerima kec3deraan teruk akibat serangan bertubi-tubi oleh musuh Islam.

T3ntera Islam merempuh masuk ke dalam kota hasil jasa Al-Bara’ dan Musailamah dapat ditewaskan oleh balingan tombak Wahsyi ibn Harb, pembvnuh Hamzah yang telah bertaubat dan masuk Islam.

Hayat nabi palsu itu kemudian dihabiskan oleh Abu Dujanah, seorang lagi Sahabat Rasulullah S.A.W yang pernah mendapat penghormatan menggunakan pedang milik Baginda S.A.W ketika P3rtempuran Uhud. Kejayaan ini tidak mungkin dicapai tanpa keberanian luar biasa Al-Bara’.

Adakah Al-Bara’ dapat menemui syahid yang dicarinya? Allah S.W.T akhirnya memberikan beliau ganjaran tersebut dalam Pert3mpuran Tustar pada tahun 20 Hijrah di era pemerintahan Khalifah Umar. Dalam pert3mpuran berkenaan, t3ntera Parsi yang berlindung di dalam kubu mereka menggunakan rantai yang telah dipanaskan untuk menghalang kemaraan t3ntera Islam.

Bayangkan kepedihan yang dilalui pejuang Islam apabila rantai panas ini dilempar dan tersangkut pada tubuh badan mereka. Salah seorang yang hampir menemui m4ut pada ketika itu adalah Anas ibn Malik. Adalah dikatakan bahawa Al-Bara’ menggunakan tangan kosong untuk mengalihkan rantai pada badan Anas hinggakan kulit dan daging tangannya hancur, menampakkan tulang pencari syahid tersebut,

Al-Bara’ ibn Malik bukan sahaja berjaya menyelamatkan saudara kandungnya, tetapi beliau juga mencapai harapannya gugur sebagai syahid di Tustar. Semoga Allah SWT merahm4ti para Sahabat dan syuhada dan mengizinkan kita sebaris dengan mereka di akhirat kelak.

RUJUKAN

Al-Basha, Abd al-Rahman., et al. 65 Manusia Langit: Perjalanan Hidup Sahabat Rasulullah. Senayan Abadi, 2005.

Qatar TV. (2012). Omar.

Artikel dikirimkan oleh Muhammad Azraiel untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.