Tidak habis untuk merungkaikan segala khazanah Islam yang telah dihilangkan dari dunia seolah ada tangan tangan ghaib yang mahu menghilangkan nama Islam itu sendiri dari peta dunia. Tanpa kehadiran Islam,  masyarakat dunia akan terus dibelenggu kejahilan dari segi agama dan  ilmu.  Sinar Islam seolah memberi pengharapan masyarakat dunia untuk kembali mencari Tuhan setelah bermula beribu ribu tahun pelbagai tamadun telah muncul dan dikambuskan tanpa jejak.

Al-Andalus atau Andalusia, sebuah kerajaan Islam yang tidak asing lagi kedengaran di telinga kita. Kehebatan kerajaan ini standing dengan kerajaan  Islam yang lain malah  ia dikatakan bayangan kerajaan Atlantis yang hilang. Semestinya menjadi sebuah kerajaan yang gemilang itu bukan sesuatu yang mudah dan seperti biasa ia tidaklah akan berkekalan kerana kesilapan manusia yang  memimpinnya.

Bermula dari 711 sehinggalah 1492, Kerajaan Kristian tidak menghentikan segala serangan kepada Islam Andalusia selepas kekalahan  mereka di Perang Guadalate. Perancangan dan plot jahat  mereka berterusan sehingga kejatuhan Kota Granada kepada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella.

Kerajaan Islam  Andalusia mempunyai beberapa fasa pemerintahan yang berbeza. Ia berlaku disebabkan rusuhan dalaman dan ketamakan  pemimpin mengikut suku bangsa masing masing yang berkeinginan untuk memerintah disertakan pulak sentimen keagamaan di hujung hujung hayat kerajaan ini. Fasa-fasa tersebut adalah:

1- Perluasan Islam Andalusia  (711-755)

2-Kerajaan Cordova (755-929) 

3- Kekhilafahan Cordova (929-1031)

4- Taifah Pertama (1009-1110)

5- Penguasaan Al-Moravid dan Al-Mohad (1085-1238)

6- Kerajaan Granada (1238-1492)

Boleh dikatakan 3 fasa pertama adalah fasa yang yang terbaik di Andalusia dengan pelbagai persilangan budaya timur dan barat dan juga kemunculan tokoh ilmuwan yang cukup dikenali malah telah terbinanya sebuah universiti yang masih kekal hingga ke hari ini iaitu Universiti Granada. 3 fasa yang seterusnya adalah bibit bibt perpecahan kerajaan Islam di Andalusia kerana semangat assabiyah yang melampau.

Apa yang menarik berkaitan Andalusia ketika zaman keemasannya adalah apabila 3 agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi boleh hidup dengan harmoni dibawah satu bumbung. Harmoni yang digambarkan ini bukan saja boleh hidup bersama, malah diberi kesaksamaan dalam pentadbiran dan cabang ilmu.

Orang Kristian dan Yahudi merasa nikmat dan kasih sayang ketika pemerintahan Islam di bumi Andalusia  walaupun di bahagian dunia yang lain 3 agama ini tetap bertelagah sehingga kini, tetapi tidak pada bumi Andalusia. Bumi Rahmah yang disebutkan Allah dalam  negara sebagai Baldatun Toyyibatun Wa Rabbun Gafhur (Negeri yang baik dan  mendapatkan  keampunan).

Kaum Yahudi yang telah ditindas dan dijadikan hamba oleh kebanyakan tamadun dunia. Mereka dijadikan hamba abdi dan tidak diberikan hak seperti bangsa lain sehinggalah Islam muncul memberi kesaksamaan. Al-Andalus telah memberi ruang kepada mereka walaupun populasi mereka di Andalusia hanya 5%.  Jews Golden Age telah diberikan kepada orang Yahudi ketika hidup di bawah pemerintahan Islam di Al-Andalus.

Konsep Kerajaan Islam Andalusia amalkan adalah toleransi tetapi tidak terlalu terbuka kepada perkara perkara yang sudah termaktub dalam Al-Quran dan Hadis. Mereka mengamalkan kesaksamaan, bukan kesamarataan. Orang Islam suku Kaum Arab dan Berber berganding bahu  membina negara sebagai memberi teladan kepada bukan Islam atau digelar majus.

Ilustrasi tentera Yahudi berperang bersama tentera Islam bawah pimpinan Muhammad IX, Sultan Nasrid Granada dalam Perang Higueruela, 1431

Pemerintah Islam  menyantuni bukan Islam dengan cara yang berbeza pada waktu yang berbeza. Tempoh yang panjang dalam toleransi terhadap bukan Islam  bermula pada 912, yang ketika itu Al-Andalus diperintah oleh Abd Rahman III dan  anaknya, Al-Hakam II di mana orang Yahudi hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan, mengabdikan diri berkhidmat sepenuh hati kepada Kekhalifahan Cordova dalam mengkaji ilmu dan meningkatkan industri perusahaan sutera dan perhambaan. Al-Andalus menjadi ‘penyelamat’ bagi orang Yahudi yang ditindas. Tidak pula sama seperti di Palestin apabila Zionis Yahudi menjarah mereka. Tiada negeri atau negara mampu menjadi penyelamat walaupun negara Islam sendiri yang berhampiran.

Orang Kristian kebanyakannya berdendam dengan pemerintahan Islam tetapi disebabkan toleransi yang diberikan, maka mereka boleh hidup dan juga menyumbang bakti kepada Kerajaan Islam. Gereja-gereja yang dibina ketika pemerintahan puak Visigoth masih lagi tersergam indah di atas bukit dan bandar, tidak pula pemerintahan Islam meruntuhkan dan menggantikannya dengan masjid atas dasar nilai sentimental yang terdapat bangunan tersebut. Ada juga yang telah digantikan atas keizinan dari paderi dari kedua dua agama dan atas faktor bangunan sendiri yang sudah lama.

Kemunculan tokoh falsafah Andalusia seperti Ibn Rushd yang dikenali sebagai Bapa Pemikiran Sekular di Eropah dan beliau adalah pengasas kepada Averroism school of philosophy dan kerja kerja beliau memberi kesan kepada kebangkitan pemikiran sekular di Barat Eropah. Selain itu, muncul juga Ibn Tufail yang menulis novel Hayy Ibn Yaqdhan yang diterjemahkan kepada bahasa Latin iaitu Philosophus Autodidactus pada 1671 yang menjadi rujukan kepada tokoh akademik dan penulis Eropah.

Dalam kerancakan bidang falsafah di Al-Andalus, orang Yahudi juga turut serta dalam menyumbang bakti kepada bidang ini. Mereka menjadikan Andalusia sebagai pusat intelektual Yahudi. Tokoh Yahudi yang menggabungkan unsur Islami dan Yahudi dalam pemikiran dan penulisan adalah Maimonides, antara tokoh yang sinonim dengan masyarakat pelbagai di Andalusia ketika itu.

Percampuran budaya begitu jelas ketika itu. Budaya Arab seperti berserban dan berjubah diaplikasikan oleh orang bukan Arab. Senibina bangunan seperti tempat ibadah telah dipengaruhi oleh pengaruh Arab dan Bangsa Moor seperti berkubah dan berlantai jubin yang mana gereja dan sinagog ketika itu hanya dibina menggunakan papan kayu. Bahasa Arab adalah lingua franca di Andalusia. Begitulah kuatnya pengaruh dan budaya yang dibawa dan dicampurkan dengan budaya Eropah.  Tulisan seni ukir di dinding istana dan rumah ibadah juga ditulis dalam bahasa Arab.

Faktor yang menjadikan Andalusia sebagai model negara rahmah adalah kerana:

1- Toleransi kepelbagaian kaum dan agama dengan tidak menidakkan hak umat Islam sebagai pemerintah dan kebanyakan rakyat

2- Memberi kesaksamaan kepada kepada bukan Islam dengan memberi kebebasan beragama tanpa menuntut hak melebihi umat Islam Andalusia

3- Tidak memilih bulu dalam menempatkan pemimpin pemimpin masyarakat

4- Pemimpin dan umat Islam berpegang teguh pada Al-Quran dan Hadis

5- Meraikan budaya intelektual dan persilangan budaya dalam kalangan rakyat Andalusia

Walaupun selepas Almoravid dan Almohad memegang tampuk pemerintahan, Andalusia telah mengalami kemerosotan kerana telah kembali mengamalkan pemerintahan fundamental Islam, tetapi segala usaha yang dilakukan sebelum itu adalah usaha untuk mengukuhkan Islam di bumi Al-Andalus.

Moga sejarah Al-Andalus menjadi contoh kepada kita dalam membentuk negara Islam yang disebut sebagai negera terbaik yang dapat mengembalikan kembali kekhalifahan Islam atau paling tidak kekuatan kesatuan Islam itu sendiri.

Wallahu a’lam.

#NastiaUmmah

RUJUKAN:

1) Prof Dr. Raghib As- Sirjani, (2013), Bangkit dan Runtuhnya Andalusia, Pustaka Al Kautsar

2) Al-Andalus. https://resources.saylor.org/wwwresources/archived/site/wp-content/uploads/2011/08/HIST3514.1-Al-Andalus.pdf


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan seorang Jurutera Mekanikal Lapangan di The Hub's Engineering Bergiat aktif dengan YADIM dan merupakan Presiden Kluster Belia di bawah YADIM iaitu Sahabat YADIM.

Comments are closed.