Suku daripada spesis vertebrata yang diancam dipengaruhi oleh ancaman manusia yang mengancam 90% habitat mereka. Menurut James Allan dari University of Queensland, spesis-spesis ini akan merosot dan pupus hasil daripada gangguan habitat mereka sekiranya tindakan tidak diambil.

Pasukan James Allan telah memetakan 5457 habitat haiwan yang terancam dalam kalangan burung, mamalia dan amfibia di seluruh dunia. Mereka membahagikan planet kepada 30 grid berkotak dan menentukan jumlah aktiviti manusia dalam setiap kotak tersebut seperti penanaman, pembinaan, pencahayaan malam, pemburuan, jalan raya dan jalan kereta api. Kemudian, analisis dibuat berdasarkan sensitiviti setiap spesis terhadap aktiviti-aktiviti ini.

Aktiviti-aktiviti manusia ini memberikan impak sebanyak 84% permukaan Bumi dan secara purata 38% spesis terancam yang terkesan. Mamalia paling terkesan dengan 53% purata untuk setiap spesis dalam kumpulan tersebut. 1/3 daripada semua spesis tidak terjejas dengan ancaman ini.

Penemuan ini tidak mengambil kira penyakit tersebar yang mudah memberikan kesan kepada populasi amfibia atau pemanasan sejagat yang memberikan kesan kepada seluruh spesis taksanomi. 5 buah negara teratas yang terjejas dengan aktiviti manusia adalah negara-negara di Asia Tenggara termasuk Malaysia, Brunei dan Singapura. Secara purata, sebanyak 120.3 spesis yang terjejas dalam setiap kotak grid di negara-negara ini dan purata global adalah sebanyak 15.6 spesis.

RUJUKAN:

  1. Allan, J. R., Watson, J. E. M., Di, M. M., O’Bryan, C. J., Possingham, H. P., Atkinson, S. C., & Venter, O. (2019). Hotspots of human impact on threatened terrestrial vertebrates. PLoS biology17(3), e3000158-e3000158.
  2. https://www.newscientist.com/article/2196246-human-activity-impacts-a-quarter-of-the-worlds-threatened-species/
  3. New Scientist Issue 3222 agress to indemnify New Scientist LtD and New Scientiest against any claim arising from incorrect or misleading translation.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.