Tak sah dalam kehidupan kita, air mata akan keluar. Tidak kiralah sama ada ia air mata ketawa, kesedihan atau keinsafan. Malah, ia dikatakan mengandungi unsur magis dalam filem magis seperti siri Harry Potter.

Tetapi, apakah kita tahu air mata sebenarnya boleh menghasilkan tenaga elektrik? Ini bukan dongengan, ya. Ini berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh Institut Bernal, Universiti Limerick pada tahun 2017.

Berdasarkan kertas kajian yang dibentangkan, salah seorang penyelidik iaitu Aimee Stapleton mendapati air mata penuh dengan kristal lisosom. Bahan ini banyak didapati dari putih telur burung hinggalah air liur dan susu haiwan mamalia.

Kristal-kristal ini boleh menjana tenaga elektrik jika diletakkan di bawah tekanan. Ciri ini yang dipanggil piezoelektrik yang mempunyai persamaan dengan bahan lain seperti kuartza. Ia berfungsi dengan menukar tenaga mekanikal kepada tenaga elektrik dan sebaliknya.

Menurut Stapleton, walaupun bahan yang berunsur piezoelektrik banyak didapati di persekitaran kita, keupayaan menjana elektrik dari protein sebegini masih tidak diketahui.

Untuk mengetahui bagaimana tenaga elektrik boleh dihasilkan daripada kristal sebegini, boleh lihat video ini:

Tambahnya, memandangkan lisosom merupakan bahan berasaskan biologi, ia bersifat bukan toksik. Ini sekaligus membolehkan ia diaplikasikan dalam banyak perkara seperti penyalut elektroaktif dan anti-mikrob untuk implan-implan perubatan.

Bahan-bahan piezoelektrik banyak digunakan dalam peralatan elektronik seperti mesin imej ultrabunyi dan sonar lautan dalam. Malangnya, kebanyakan bahan ini mengandungi unsur toksik seperti plumbum.

Sebaliknya, kristal lisosom dianggap sesuai digunakan kerana bukan bersifat toksik. Dengan penemuan kristal itu dalam air mata manusia, ia boleh membawa kepada inovasi bagaimana ia boleh dihasilkan.

Penemuan kristal lisosom ini juga turut membuka banyak kemungkinan penghasilan tenaga alternatif menggunakan bahan bio bukan toksik. Dari situ, ia boleh diaplikasikan untuk peralatan elektronik bio-perubatan yang fleksibel.

RUJUKAN:

Galeon, Dom. (2017). Your Tears Can Produce Electricity, A New Study Shows. Futurism. https://futurism.com/your-tears-can-produce-electricity-a-new-study-shows


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Bachelor of Business Admin (Human Resource) dari UNITAR yang meminati sejarah sejak 11 tahun. Ketika ini merupakan saudagar simkad Tone Excel. Harapan terbesar ialah melihat saudara seagama dan sebangsa kembali bersatu di bawah satu panji dan terus maju bersama. Tanpa perpaduan, manusia tidak akan ke mana-mana, malah tidak akan dapat membina sebuah tamadun yang gemilang seperti mana yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang lepas. Dan sejarah adalah saksi bahawasanya perpaduan kunci penting dalam membina sebuah tamadun yang gemilang.

Comments are closed.