Kali pertama mendengar perkataan di atas? Jangan risau, anda tidak keseorangan. Seorang anggota tentera yang menyarungkannya acapkali perbarisan juga tidak tahu ejaan sebenarnya (termasuk penulis juga). Kami hanya menyebutnya sebagai ‘agulet’ sahaja. (ketawa)

Aiguillette adalah aksesori bertali yang wajib dipasang pada uniform nombor satu (number 1 dress) bagi anggota Tentera Darat Malaysia. Aksesori berwarna kuning keemasan ini dipasang pada bahagian bahu kanan uniform, segak terletak sebagai aksesori rasmi. Aiguillette juga terpakai untuk kebanyakan uniform rasmi pegawai Tentera Darat, TLDM, TUDM mahupun PDRM.

Jangan dikelirukan pula dengan aksesori ‘lanyard’. Juga terletak pada tempat yang sama, di uniform yang berbeza pada lain acara atau kerja. Istimewanya, aiguillette ini hanya dipakai untuk acara rasmi ketenteraan seperti perbarisan diraja, perbarisan kawalan kehormat, kawalan suku dan acara-acara rejimental lain. Walaupun berbeza acara, fungsinya tetap sama sebagai aksesori wajib.

Seperti ejaan perkataannya, fungsi aiguillette ini juga sama asalnya dari Perancis. Berasal dari perkataan lama yang bermaksud jarum (yang merujuk pada besi di hujung tali), aksesori ini digunakan untuk mengikat kain, kasut dan zirah besi pada zaman medieval dahulu kala. Dihimpun benang emas dan perak sebagai lambang kemewahan, juga berfungsi sebagai alat pengikat kecemasan.

Abad ke-17 di Eropah sana, pemakaian satria bangsawan yang sarat dengan zirah dan kain tebal dari kulit haiwan menyebabkan butang kehilangan fungsinya. Maka, pada ketika itulah aiguillette ini digunakan untuk mengemaskan lagi pakaian satria – agar kemas terletak pada pemakainya.

Fungsinya juga digunakan sebaiknya oleh aide-decamp (ADC) satria tersebut sebagai ‘spare’, ataupun pengganti untuk mengikat pakaian bosnya jika terdapat kecacatan, agar bosnya kekal tampan ketika menghunus pedang ke arah musuhnya di hadapan.

Terdapat juga beberapa teori lain mengatakan, tali keemasan ini adalah lambang amaran kepada tentera Fleming di bawah penguasaan Duke Alva si Jeneral Spaniard. Dikatakan beliau mengarahkan tali itu perlu dipakai bagi ingatan kepada barisan gempur tersebut, jika sekali arahan diingkar, tali tersebut terus menjadi tali gantung mereka sebagai hukuman medan. tetapi tentera Fleming itu telah mencapai kejayaan di setiap kempennya, maka aiguillette itu terus dipakai sebagai lambang kebanggaan dan kejayaan mereka.

Selepas beberapa abad, aksesori ini diwarisi seluruh dunia, termasuk badan beruniform Malaysia melalui pengaruh British pada awal kemerdekaan sehinggalah sekarang.

Segak dipakai sang perwira,
Tali emas diikat di bahu
Hanya layak untuk mereka
Bukan kepada yang merapu.

Malangnya bagi yang tidak tahu apa-apa, aksesori kebanggaan seantero dunia ini sewenang-wenangnya dipakai sampah di luar sana. Ya, penulis sedang menuding seluruh jari kepada Farid Kamil, Zizan, dan beberapa personaliti popular di luar sana yang kosong dalam otaknya tapi hendak juga berlagak memakai uniform dan aksesori rasmi tentera pada pakaian tak senonohnya.

 Ingatan pada kalian di luar sana, tiap apa yang dipakai sang wira di Malaysia ini, punya sejarahnya. Punya fungsinya. Bukan semberono semata-mata. Semoga aksesori keramat ini kekal terhormat oleh sejagat, tersemat hebat hingga hujung hayat.

Rujukan:

  1. “How Did it Start?” Bureau of Naval Personnel Information Bulletin. 322 (January 1944): 48.
  2. Moss, James A. Officer’s Manual. 8th ed. [origin of the aiguillette] (Menasha, WI: George Banta Publishing Co., 1941): 112.
  3. “Origin of Aiguillettes.” All Hands. 615 (April 1968): 34-35.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

"Jack of all trades; master of none - but better than master of one." Anggota TDM yang masih mencari irama dalam lirik yang ingin dimelodikan di dalam bentuk tulisan keamanan. Ilmu itu pengaman, dan mengamankan.

Comments are closed.