Aidiladha adalah perayaan kedua yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia pada setiap tahun yang bersempena pengorbanan Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail atas dasar patuh kepada perintah Allah SWT. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Aidiladha” ditakrifkan sebagai “hari besar bagi umat Islam yang dirayakan pada 10 Zulhijah setiap tahun Hijrah”. Maksud “Bahasa” menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua adalah “sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran”. Artikel ini membincangkan tentang sebutan dan makna “Aidiladha” dalam pelbagai bahasa di seluruh dunia.

Bahasa Arab mengenali perayaan tersebut sebagai ʿīd al-ʾaḍḥā. Bahasa yang dikenali sebagai “al-ʻarabiyyah” itu mempunyai istilah tersebut yang membawa maksud “Pesta Pengorbanan”.  Perkataan berkenaan berasal daripada kata dasar “ʿīd” dan “ʾaḍḥā” yang masing-masing bermaksud “Perayaan, Pesta ataupun Cuti” dan “Pengorbanan Haiwan ataupun mangsa”. Justeru, “ʿīd al-ʾaḍḥā” secara harfiahnya bermaksud “Perayaan Pengorbanan Haiwan”.

Bahasa Melayu mengenali perayaan tersebut sebagai “Hari Raya Korban”. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Raya” ditakrifkan sebagai “Besar” manakala “Korban” adalah bermaksud “Amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin”.

Bahasa Mandarin mengenali perayaan tersebut sebagai “gǔ ěr bāng jié (古尔邦节/古爾邦節)”. Bahasa yang dikenali sebagai Guānhuà (官话/官話), Pǔtōnghuà (普通话/普通話), Guóyǔ (国语/國語) dan Huáyǔ (华语/華語) itu mempunyai istilah tersebut yang membawa maksud “Sambutan Korban”. Perkataan “gǔ ěr bāng (古尔邦/古爾邦)” merupakan kata dan sebutan pinjaman daripada bahasa Uighur iaitu “Qurban”.

Bahasa Tamil mengenali perayaan tersebut sebagai “perunāḷ (பெருநாள்)”. Bahasa yang dikenali sebagai “Tamiḻ (தமிழ்)” itu mempunyai istilah tersebut yang membawa maksud “Hari Besar”. Perkataan “perunāḷ (பெருநாள்)” adalah gabungan daripada perkataan “peru (பெரு)” dan nāḷ (நாள்)” yang masing-masing bermaksud “Besar” dan “Hari”. Justeru, nama perayaan dalam bahasa berkenaan membawa maksud “Besar Hari”.

Bahasa Belanda mengenali perayaan tersebut sebagai “Offerfeest” [ˈɔ.fərˌfeːst]. Bahasa yang dikenali sebagai “Nederlands” itu mempunyai istilah yang merupakan terjemahan makna (Calqued) daripada bahasa Arab. Perkataan berkenaan merupakan gabungan daripada “Offer” dan “Feest” yang masing-masing bermaksud “Pengorbanan” dan “Sambutan”.

Selain itu, Bahasa Romania mengenali perayaan tersebut sebagai “Sărbătoarea Sacrificiului”. Bahasa yang dikenali sebagai “limba română” itu mempunyai istilah yang membawa maksud “Sambutan Pengorbanan”. Istilah tersebut berasal daripada kata dasar “Sărbătoare” dan “Sacrificiu” yang masing-masing membawa maksud “cuti, sambutan, perayaan dan keraian”  dan “Pengorbanan”.

Di samping itu, Beka Melayu mengenali perayaan tersebut sebagai “Hari Raya Semahan”. Bahasa Melayu secara ringkasnya adalah Bahasa Melayu tanpa dipengaruhi oleh bahasa-bahasa asing yang tidak serumpun. Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “Semahan” ditakrifkan sebagai “Sajian berupa makanan, binatang dan sebagainya yang disediakan untuk orang halus dan sebagainya dengan pelbagai tujuan”.

Kemudian, Bahasa Magyar ataupun Hungary mengenali perayaan tersebut sebagai “Áldozati ünnep”. Bahasa yang dikenali sebagai “magyar nyelv” itu mempunyai istilah yang membawa maksud “Sambutan Pengorbanan”. Istilah tersebut berasal daripada kata dasar “Áldozat” dan “ünnep” yang masing-masing bermaksud “pengorbanan ataupun mangsa” dan “pesta, sambutan ataupun cuti”.

Seterusnya, Bahasa Sepanyol mengenali perayaan tersebut sebagai “Fiesta del Cordero”. Bahasa yang dikenali sebagai “Castellano” ataupun “Español” itu mempunyai istilah yang membawa maksud “Pesta Biri-biri”. Istilah tersebut terdiri daripada tiga perkataan iaitu “Fiesta”, “del” dan “Cordero” yang masing-masing bermaksud “Pesta”,  “of the” dan “Biri-biri”.

Akhir sekali, Bahasa Yoruba mengenali perayaan tersebut sebagai “Ọdún Iléyá”. Bahasa yang dikenali sebagai “Èdè Yorùbá” itu mempunyai istilah yang membawa maksud “Sambutan Pengorbanan”. Untuk pengetahuan semua, bahasa ini dituturkan di Nigeria, Benin dan Togo iaitu tiga negara yang terletak di benua Afrika.

Kesimpulannya, itu adalah antara “Aidiladha dalam pelbagai bahasa”. Dalam Islam; amalan ziarah-menziarahi, bersedekah, berzikir dan kesederhanaan adalah antara amalan yang dianjurkan untuk menyambut perayaan ini. Dalam sudut bahasa, terdapat 7 111 bahasa sedang dituturkan pada hari ini. Kesemua bahasa tersebut membawa pola pemikiran penuturnya dan andainya pupus mana-mana bahasa, kita tidak mampu memahami isi hati dan pemikiran penuturnya.

RUJUKAN:

Amalan Yang Dianjurkan Untuk Menyambut Hari Raya Aidiladha. Retrieved August 9, 2019 from http://www.jelitasara.com/blog/?p=2839

How Many Languages? Retrieved August 9, 2019 from https://www.ethnologue.com/guides/how-many-languages

?dún iléyá 2018: Àwòrán tó j? arimaleel? ni Yidi. Retrieved August 9, 2019 from https://www.bbc.com/yoruba/afrika-45256596

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved August 9, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=semahan

La fiesta del cordero – EcuRed. Retrieved August 9, 2019 from https://www.ecured.cu/La_fiesta_del_cordero


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2023 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Kurban Bayrami vagyis az Áldozati ünnep | Türkinfo. Retrieved August 9, 2019 from https://turkinfo.hu/kultura/hagyomanyok/kurban-bayrami-vagyis-az-aldozati-unnep/

Sarbatoarea Sacrificiului (?Eid al-Adha) | New Muslim Guide. Retrieved August 9, 2019 from https://newmuslimguide.com/ro/your-pilgrimage/1715

Offerfeest: 11 augustus 2019 – beleven.org. Retrieved August 9, 2019 from https://www.beleven.org/feest/offerfeest

What Is Ramadan And Why We Celebrate It? Retrieved August 9, 2019 from https://www.vikatan.com/spiritual/gods/127585-what-is-ramadan-and-why-we-celebrate-it

Chinese English Pinyin Dictionary. Retrieved August 9, 2019 from https://chinese.yabla.com/chinese-english-pinyin-dictionary.php?define=gu+er+bang+jie

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved August 9, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=korban

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved August 9, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=bahasa

Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Retrieved August 9, 2019 from http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=aidiladha

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim AS. Retrieved August 9, 2019 from http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/11/kisah-pengorbanan-nabi-ibrahim-as.html

Share.

Aku adalah orang biasa yang meminati bahasa dan aplikasinya. Semoga penyampaian ilmu ini membawa manfaat kepada semua pihak sama ada secara langsung mahupun sebaliknya. Mohon permana keampunan jika ada sebarang salah dan silap. Cogan kata yang menjadi pegangan hidup adalah “Had Bahasaku Had Duniaku” ataupun “Batas Bekaku Batas Banuaku” dalam Bahasa Melayu Asli (Beka Melayu).

Comments are closed.