Ahmad Syah Baba: Pengasas Negara Afghanistan

762

https://bit.ky/kombowww

Ahmad Shah Abdali, telah lahir pada tahun 1722. Mengenai tempat kelahiran beliau, para ahli sarjana berbeza pendapat, sama ada beliau lahir di Herat, Afghanistan ataupun di Multan, Pakistan. Perbezaan pendapatan ini bersandarkan pendapat dan hujah-hujah yang tersendiri.

Menurut pendapat pertama, bapa Abdali merupakan seorang gabenor Herat, yang menyebabkan keyakinan mereka bahawa beliau dilahirkan di Herat. Pendapat yang lain pula, sebelum kelahiran Abdali, bapanya merupakan tahanan Parsi dan telah dipenjarakan. Setelah beliau dibebaskan, beliau memilih untuk mengembara ke Multan, Pakistan atas faktor kerana adanya ahli keluarga di sana.

Apabila mendapat seruan p3r4ng men3nt4ng Parsi, maka, bapa Abdali telah meninggalkan salah seorang dari para isterinya untuk terus menetap di Multan dan mereka beranggapan isteri yang dipilih itu ialah anak perempuan Alozakai, Zarghuna Ana.

Menelusuri zaman kanak-kanak, Abdali telah membesar di bawah asuhan bondanya setelah kematian bapa beliau. Abdali agak aktif dalam bidang politik setelah beliau menjangkau usia remaja. Ibunya telah membuat keputusan untuk menyerahkan anaknya kepada gabenor Herat pada ketika itu. Tibanya Abdali di Herat, beliau telah dihantar ke sebuah wilayah Herat iaitu di Sabzawar. Pada tahun 1732, Abdali dan abangnya telah di tangkap oleh pemerintah Kandahar semasa melarikan diri ke kawasan tersebut.

Beberapa tahun kemudian, Kandahar telah dit4w4n oleh tentera Nadir Syah. Abdali dan abangnya dibebaskan dan peristiwa inilah yang telah menjadi titik tolak pertemuan dan keakraban antara Nadir Syah dan Ahmad Shah Abdali yang juga dikenali sebagai Ahmad Shah Duranni ataupun Ahmad Khan Duranni.

Pada tahun 1947, Nasir Syah telah m4ti dibvnuh oleh para pengawalnya ketika beliau sedang tidur. Kerajaan yang berada di bawah tampuk pemerintahan Nadir Syah secara langsung menjadi porak-peranda. Menyedari perkara ini, orang-orang Afgan dengan segera telah memisahkan diri mereka dari pengaruh pemerintahan Iran yang dipimpin oleh Nadir Syah dan memilih Ahmad Duranni sebagai ketua dari kalangan mereka.

Pemilihan ini bukanlah bersandarkan populariti dan karisma Duranni semata, tetapi pengalaman beliau yang telah banyak mengikuti dan mempelajari ilmu-ilmu pep3r4ngan daripada Nadir Syah selain sering disegani akan kegagahan beliau di medan pert3mpuran. Kepercayaan yang telah diberikan oleh bangsanya ini, tidaklah disia-siakan oleh Ahmad Duranni.

Di bawah tampuk pemerintahan Ahmad Duranni,  beliau banyak memberikan tumpuan kepada penstrukturan kekuatan negeri yang diperintah. Hasil dari penstrukturan inilah membawa kepada beberapa siri kejayaan men4klvk beberapa buah negeri dan India. Luasnya kekuasaan pemerintahan Duranni ini hingga ke Lautan Kaspia di sebelah barat dan di persempadan India di timur.

Nama Ahmad Duranni mula mendadak dikenali apabila beliau berjaya memenangi pep3r4ngan di Patan. Pasukan tent3r4nya telah berhadapan dengan t3nt4ra kaum Mahrata yang beragama Hindu. Tanggal keramat, 6 Januari 1761, meletusnya pert3mbungan tersebut.

Seramai 60 000 tentera pimpinan Ahmad Duranni telah berhadapan dengan 80 000 tentera Mahrata. Pert3mpuran ini diakhiri dengan kemenangan besar tentera Islam Afgan. Kemaraan tentera Ahmad Duranni tidak terhenti di situ.

Delhi pula dit4klvknya sehingga Sultan Monggol ketika itu, meneruskan pemerintahannya atas belas ihsan dari kekuasaan Afgan. Kashmir, Kind dan Punjab juga dit4klvk, sehingga gentarlah sekalian raja di India pada masa itu, baik yang Islam, apatah lagi yang Hindu.

Di sebalik kehebatan kekuasaan Afgan dalam pep3rangan, aspek pembangunan tidaklah dilupakan. Kandahar telah dipilih dan dijadikan sebagai pusat pemerintahan. Kasihnya baginda terhadap rakyat yang tiada belah bahaginya terserlah, sehinggakan rakyat lebih gemar memanggilnya sebagai Baba (Ayah) berbanding Raja.

Makanya, terpahatlah di fikiran dan menjadi sebutan rakyat jelata, memanggil baginda dengan nama Ahmad Syah Baba. Pada tahun 1773, mangkatlah seorang pemerintah Islam yang dijuluki sebagai Pengasas Afghanistan.

Kaitan Bangsa Afgan Dan Iran  

Menurut Hamka, bangsa Afghanistan dan Iran, mempunyai darah yang sama iaitu darah dari bangsa Parsi. Namun begitu, disebabkan perbezaan mazhab yang dianuti, bangsa Afgan  merasakan mereka lebih menyerupai bangsa Turki yang berdarah Tauran.

Umumnya, bangsa Afghanistan berpegang kepada Mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang dibawa oleh Imam Hanafi, yang juga serupa dengan orang Turki. Di samping itu, bangsa Afgan juga terkenal dengan sifat kepahlawanan dan gagah berani dalam pert3mpuran.

RUJUKAN:

Hamka. (2018). Sejarah umat Islam (2016 ed.). Selangor: PTS Publishing House.

Biography of Ahmad Shah Durrani. (2018, December 04). Retrieved September 20, 2020, from https://www.afghan-web.com/biographies/biography-of-ahmad-shah-durrani/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.