“Hakikat bahawa umat Islam di Malaysia yang begitu konsisten dan seragam dalam pemakaian manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam akidah secara tidak langsung menyumbang kepada kestabilan politik, masyarakat dan perpaduan ummah”, kata Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Shukor Husin.

Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang bersidang pada 5 Mei 1996 telah membuat beberapa ketetapan yang berkaitan dengan Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) sebagai mazhab yang diiktiraf sebagaimana berikut (Kertas kerja JKF bil. 2/102.2012):

  1. Menetapkan bahawa umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
  2. Menyokong dan menerima cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan negeri-negeri bagi peruntukan dengan nyata bahawa agama bagi Persekutuan dan Negeri-negeri hendaklah agama Islam berasaskan pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
  3. Memperuntukan pindaan kepada semua Undang-undang dan Hukum Syarak bagi menyelaraskan takrif hukum syarak atas undang-undang Islam seperti berikut: Hukum Syarak atau Undang-undang Islam bererti undang-undang Islam yang berasaskan kepada pegangan Ahli Sunah Waljamaah dari segi akidah, syariah dan akhlak.
  4. Memperakukan bahawa ajaran Islam yang selain daripada Ahli Sunah Waljamaah adalah bercanggah dengan hukum syarak dan undang-undang Islam dan demikian penyebaran apa-apa ajaran yang lain daripada pegangan Ahli Sunah Waljamaah adalah dilarang.
  5. Menetapkan bahawa semua umat Islam di negara ini adalah tertakluk kepada undang-undang Islam hukum syarak yang berasaskan pegangan ajaran Ahli Sunah Waljamaah sahaja.
  6. Menetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunah Waljamaah adalah diharamkan.

Autoriti

  1. Perkara 3, Perlembagaan Persekutuan Malaysia memperuntukkan bahawa Islam adalah agama Persekutuan, namun agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
  2. Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan, kebebasan beragama tertakluk kepada Fasal 4: ‘Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.
  3. Perkara 11 ini hanya memberikan kebebasan untuk menganut apa-apa kepercayaan, kefahaman dan agama, tetapi tidak boleh menyebarkan sebarang mazhab dan ajaran yang bertentangan dengan Sunni kepada orang Islam. Ini bermakna sebarang penyebaran agama selain Islam mazhab Sunni adalah dilarang. Sekatan ini meliputi ajaran dan mazhab yang bertentangan dengan Sunni.
  4. Johor menerusi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, memasukkan ‘Islam Ahli Sunah Waljamaah al-Asya’irah wa al-Maturidiah’ sebagai mazhab rasmi negeri.
  5. Melaka menerusi seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Melaka) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut seksyen 33(6), Enakmen Pentadbiran, Hukum Syarak (Melaka) 1991, menegaskan; (i) Adalah ditetapkan bahawa umat Islam di Negeri Melaka hendaklah mengikut Undang-Undang Islam dan ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak; (ii) Adalah diperakukan bahawa ajaran Islam selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah bercanggah dengan Hukum Syarak dan dengan yang demikian penyebaran apa-apa ajaran lain selain pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah dilarang; (iii) Adalah ditetapkan bahawa penerbitan, penyiaran dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan sebagainya dalam dan dengan apa-apa cara yang lain yang berkaitan dengan ajaran yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
  6. Perak menerusi Seksyen 39, Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perak 1992, meletakkan Islam bermazhab Shafie sebagai mazhab negeri.
  7. Negeri Sembilan menerusi Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H, merujuk Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai kelompok majoriti umat Islam yang berpegang dengan ajaran Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan: Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi, Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali, Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
  8. Terengganu menerusi Seksyen 26 (3) Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam 1986 menetapkan; (i) Umat Islam di negeri Terengganu hendaklah hanya mengikut ajaran Islam yang berasaskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi aqidah, syariah dan akhlak. (ii) Penerbitan-penerbitan dan penyebaran apa-apa buku, risalah, filem, video dan lain-lain berhubung dengan ajaran Islam yang bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah diharamkan.
  9. Kelantan menerusi Enakmen 4 Tahun 1994, Enakmen Majid Agama Islam Dan Istiadat Melayu Kelantan 1994, Bahagian II – Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan , Jamaah Ulama, Seksyen 37 telah memperuntukkan rujukan yang mesti diikuti; (1) Semasa mengeluarkan fatwa di bawah seksyen 36, Majlis atau Jamaah Ulama’ hendaklah pada lazimnya mengikut qaul muktamad Mazhab Shafie. (2) Jika Majlis atau Jamaah Ulama’ berpendapat bahawa qaul yang muktamad dari Mazhab Syafie boleh membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Majlis atau Jamaah Ulama’ bolehlah dengan keizinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan mengikut qaul dari mana-mana Mazahab Islam yang muktabar, kecuali dalam perkara-perkara yang bersangkutan dengan akidah, maka qaul Ahli Sunnah Wal Jamaah hendaklah diikut. Orang yang bukan dari golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah juga tidak layak menjadi anggota Majlis Agama Islam.
  10. Kedah menerusi Enakmen Jenayah Syariah Kedah memperuntukkan Seksyen 9 dan 11 iaitu sekiranya ada orang berdakwah dan menyebarkan ajaran yang menyalahi fatwa bukan sahaja Syiah, malah yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam iaitu fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. mereka boleh dikenakan tindakan.
  11. Selangor menerusi Seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Negeri Selangor 1989 menetapkan bahawa mana-mana orang Islam adalah dilarang berpegang dengan ajaran dan fahaman Syiah kerana ianya bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Larangan ini meliputi mengajar, mengamalkan atau menyebarkan ajaran tersebut, kecuali untuk amalan individu itu sendiri.
  12. Kuala Lumpur menerusi Seksyen 26 Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang- undang Islam (Wilayah Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) 200620 dinyatakan bahawa setiap guru yang telah diberikan tauliah kebenaran untuk mengajar agama terikat dengan syarat untuk tidak mengajar atau berdakwah apa-apa ajaran yang bertentangan dengan Ahli Sunnah. Selain itu, para guru juga tidak dibenarkan menghina perkara khilafiah yang terdapat dalam empat mazhab dalam Ahli Sunnah yang muktabar.
  13. Mahkamah Syariah menerusi Seksyen 2 Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993, menyatakan Hukum Syarak’ iaitu ‘Undang-undang Islam mengikut mana-mana mazhab yang diiktiraf dalam Islam.

Larangan

(1) Enakmen No.1 (Terengganu) 1980, (2) Enakmen No. 11 (Kelantan) 1981, (3) Enakmen No, 1 (Selangor) 1988, (4) Enakmen No.10 (Perak) 1988, (5) Enakmen No, 1 (Melaka) 1988, (6) Enakmen No, 11 (Kedah) 1988,(7) Enakmen No, 5 (Pahang) 1989, (8) Enakmen No, 9 (Negeri Sembilan) 1991 dan (9) Enakmen No, 12 (Johor) 1991 telah menyatakan antara kesalahan yang berada di kesemua sembilan buah negeri ini di bawah status kesalahan akidah ialah:

  1. Menghasut orang Islam supaya mengubah kepercayaan.
  2. mendedah orang Islam berumur bawah 18 tahun kepada pengaruh agama bukan Islam.
  3. Mendekati orang Islam untuk mendedahkannya kepada apa jua ucapan atau pertunjukan mengenai agama bukan Islam.
  4. Menyebarkan risalah penerbitan berkaitan mana-mana agama selain Islam kepada orang Islam.
  5. Mengedarkan bahan cetakan mengenai agama bukan Islam di tempat awam kepada bukan Islam di tempat awam kepada orang Islam.

Rujukan:

  1. AHLI SUNNAH WAL JAMAAH DAN PEMAKAIANNYA DI MALAYSIA: ISU DAN CABARAN. https://www.researchgate.net/publication/316542878_Ahli_Sunnah_wal_Jamaah_dan_Pemakaiannya_di_Malaysia_Isu_dan_Cabaran
  2. Penetapan Mazhab Ahli Sunnah Wa al-Jamaah Sebagai Definisi Islam di Malaysia: Hak Penyebaran Agama bagi Kumpulan Agama Minoriti. http://www.ukm.my/juum/JUUM%202011/Penetapan%20Mazhab%20Ahli%20Sunnah%20Wa%20al-Jamaah%20Sebagai%20Definisi%20Islam%20di%20Malaysia%20-%20Hak%20Penyebaran%20Agama%20bagi%20Kumpulan%20Agama%20Minoriti.pdf
  3. ENAKMEN 4 TAHUN 1994. ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994. BAHAGIAN II – MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN. http://www2.esyariah.gov.my/esyariah/mal/portalv1/enakmen/State_Enact_Ori.nsf/100ae747c72508e748256faa00188094/f14791adf07321b248257393000f1d83?OpenDocument
  4. Enakmen Jenayah Syariah banteras ajaran Syiah dikuat kuasa. http://m.utusan.com.my/berita/wilayah/enakmen-jenayah-syariah-banteras-ajaran-syiah-dikuat-kuasa-1.67664
  5. Tafsiran Pegangan dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. http://fms.usim.edu.my/index.php/2017-03-14-07-37-43/kategori-fatwa/Fatwa%20Aqidah/Pelbagai/4431-tafsiran-pegangan-dan-aqidah-ahli-sunnah-wal-jamaah
  6. Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fatwa Negeri Terengganu. http://fms.usim.edu.my/index.php/component/mtree/Fatwa%20Aqidah/Pelbagai/4550-pegangan-ahli-sunnah-wal-jamaah
  7. Kewajipan Berpegang Dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Fatwa Negeri Melaka. http://fms.usim.edu.my/index.php/2017-03-14-07-37-43/kategori-fatwa/Fatwa%20Aqidah/Ajaran%20sesat/4503-kewajipan-berpegang-dengan-ahli-sunnah-wal-jamaah

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.