Shaikh Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi merupakan seorang ahli hadith yang masyhur pada zamannya (1897-1982). Beliau dikenali sebagai syaikhul hadith dalam kalangan ulama’ ketika itu. Dilahirkan di bandar Kandhla, daerah Muzaffarnagar di Uttar Pradesh, India, ulamak ahlu sunnah bermazhab Hanafi.

Beliau dibesarkan dalam suasana tarbiah dan keilmuan oleh ayahnya. Sikap zuhud pada dunia diajar sejak kecil lagi hingga beliau membesar dengan sifat-sifat yang cukup mulia dan disenangi. Beliau menghafaz keseluruhan al-Quran semenjak usia kanak-kanak lagi dan berguru dengan ayahnya, Shaikh Muhammad Yahya al-Kandahlawi.

Beliau mempelajari kitab Sahih Bukhari dan Sunan Ibn Majah dari gurunya Shaikh Khalil Ahmad Saharanpuri. Beliau melazimi gurunya yang dihormati itu serta membantu gurunya dalam menyiapkan kitab “Bazlul Majhud” syarah Sunan Abu Daud ketika umurnya 19 tahun.

Beliau telah mula mengajar Sahih Bukhari seawal usia 20 tahun di Madrasah Mazahirul Ulum di India dan juga Sunan Abi Daud hingga dia digelar Syaikhul Hadith. Beliau kemudiannya berterusan mengajar di situ hingga diangkat menjadi guru besar di madrasah. Kehidupan hariannya padat dengan aktiviti keilmuan, penulisan dan ibadah.

Beliau bukan sahaja pakar dalam Hadith malahan dalam Ilmu Fiqh. Karangannya kitab Awjaz al-Masalik syarah Muwatta’ Imam Malik menunjukkan keilmuannya dalam bidang hadith dan Fiqh Mazhab Maliki. Beliau mengarang dan menyiapkan kitab ini di Masjid Nabawi, Madinah semasa safarnya di Tanah Hijaz pada tahun 1927. Beliau pergi ke tanah Hijaz beberapa kali dan melazimi ulamak di sana serta wafat pada ziarahnya yang kelima pada tahun 1982.

Beliau juga seorang yang hebat dalam bidang Tasawwuf. Beliau merupakan Mashaikh Tariqat Chistiyyah yang mengamalkan zikir secara jahar (kuat), serta menjalankan penyucian diri dari segala kekotoran dan keburukan.

Beliau telah mengarang puluhan buku yang merupakan sumbangan besar dalam ilmu Islam. Buku-bukunya merangkumi 4 buku dalam buku Tafsir dan Tajwid, 44 buah kitab dalam bidang Hadith dan Ilmu-ilmunya, 6 kitab fiqh, 24 kitab sejarah, 4 kitab aqidah, 12 kitab tentang Zuhud dan Hati, 3 buku Bahasa Arab , Nahw dan Mantiq serta 6 buku tentang kegiatan haraki zaman moden. Kitab-kitab ini terdiri dari Bahasa Arab dan Bahasa Urdu dan banyak yang telah diterjemah ke bahasa lain seperti Bahasa Melayu.

Antara kitabnya yang masyhur dan digunakan di seluruh dunia ialah kitab Fadhail Amal yang merangkumi hadith-hadith berkaitan kelebihan solah, al-quran, zikir dan puasa. Beliau memberi penerangan dengan laras bahasa yang bersesuaian untum sasaran pembacanya iaitu orang awam yang tidak berlatar belakang kan ilmu. Maka, bukunya itu banyak memberi manfaat kepada masyarakat di seluruh dunia. Buku ini telah diterjemah di pelbagai bahasa oleh penterjemah dari negara-negara lain dan dibaca mengikut bahasa terjemah tersebut bagi memudahkan pemahaman masyarakat awam.

Beliau merupakan antara ilmuwan yang memberi sumbangan besar dalam aktiviti tarbiyah Jemaah Da’wah Tabligh yang berpusat di India. Kitabnya, Fadhail Amal dijadikan suatu amalan pembacaan harian di rumah-rumah dan di masjid-masjid seluruh dunia. Beliau merupakan datuk saudara kepada Amir Jemaah Tabligh ketika ini, Maulana Muhammad Saad.

Beliau amat mencintai dan menghormati baginda Rasulullah SAW. Hal ini ditunjukkan melalui karangan-karangan beliau seperti Fadhilat Selawat dan kekerapan beliau ke Tanah Hijaz bagi mendapat keberkatan dalam penulisan dan aktiviti keilmuannya.

Beliau wafat pada tahun 1982 di Tanah Hijaz dan dima*amkan di perkuburan Baqi’.

RUJUKAN:

1) Abd Aziz Abd Hamid (2002). Aap Beti. Kuala Lumpur, Pustaka Habib.

2) Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya (1980). Awjaz al-Masalik fi Syarh Muwatta’ Imam Malik. Beirut, Lubnan.

3) Motala, Yusuf (2011). Quṭb al-Aqṭtāb Shaykh al-Ḥadīth Muḥammad Zakariyyā Muhājir Madanī”. Manifestations of Prophet Muhammad’s Beauty: The Hearts of Allah’s Saints. London, Azhar Publication.

4) Shaharanpuri, Muhammad Syahid (1973). Tarikh-i Mashaikh Chishti.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin (Hadith) dari Universiti Sultan Azlan Shah. Sangat berminat dalam penulisan isu-isu semasa.

Comments are closed.