Dalam perkomputeran dan penghantaran maklumat, semakin laju kita dapat alirkan elektrik, lebih baik. Saintis telah berjaya mengalirkan elektrik dalam femto-saat (kurang dari 0.000 000 000 000 001 saat) yang hampir dengan kelajuan cahaya.

Caranya dengan memanipulasi elektron dengan gelombang cahaya yang khas dihasilkan oleh laser ultra-laju (ultrafast laser). Mungkin perjalanan agak jauh kita aplikasikan ke dalam komputer riba masing-masing.

Namun, kejayaan ini dapat menjanjikan kepada kita langkah ke hadapan yang telah kita kecapi.

Kelajuan komponen elektronik yang dapat kita kecapi sekarang ialah sekitar 0.000 000 000 001 saat, 1,000 kali lebih perlahan dari femto-saat. Dengan keadah baru, saintis berjaya hasilkan elektrik dengan lebih laju.

Buat masa sekarang, banyak perantik elektronik menggunakan semikonduktor silikon. Cabaran yang cukup besar bagi saintis ialah untuk mencari ganti semikonduktor silikon supaya dapat meningkatkan kemajuan pranti elektronik.

Cabaran itu dapat diatasi dengan menerapkan ayunan (oscillations) cahaya yang cukup laju untuk membantu elektron mencapai kelajuan yang lebih tinggi.

Kaedah ini dapat mengatasi cabaran tersebut dan memberikan kelebihan kepada komputer generasi akan datang. Pada masa kini, saintis sedang berusaha mencari jalan untuk memastikan elektron dan cahaya dapat bekerjasama dalam pelbagai keadaan.

Namun, sains memikirkan bahawa keterbatasan tersebut dapat diatasi dengan menggunakan zarah nano plasmonik dan perantik optoelektronik – gunakan sifat nadi cahaya untuk manipulasi elektron dalam skala yang sangat kecil.

Langkah seterusnya, eksperimen dijalankan dengan pelbagai jalan menggunakan prinsip yang sama. Kaedah ini dapat menawarkan renungan untuk membangunkan komputer kuantum.

RUJUKAN:

  1. Ludwig, M., Aguirregabiria, G., Ritzkowsky, F., Rybka, T., Marinica, D. C., Aizpurua, J., … & Brida, D. (2019). Sub-femtosecond electron transport in a nanoscale gap. Nature Physics, 1-5.
  2. https://www.sciencealert.com/scientists-demonstrate-they-can-conduct-electricity-at-close-to-the-speed-of-light

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Zamir Mohyedin merupakan penyelidik di i-Made, Institut Sains, UiTM. Mempunyai kepakaran dalam bidang fizik keadaan pepejal dan fizik bahan. Telah mengarang tujuh buah buku yang berkaitan dengan fizik, falsafah dan psikologi. Salah satu buku beliau - Theoretical Mechanics - telah menjadi rujukan di UiTM. Beliau juga telah mengarang beberapa jurnal saintifik.

Comments are closed.