Ahli-ahli arkeologi terkesima dengan sebuah penemuan luar biasa yang bahagian selatan al-Wakrah, Qatar – iaitu sisa runtuhan dan tinggalan petempatan Islam kurun ke-7 yang terpelihara dengan baik. Pentarikhan radiokarbon yang dilakukan mendapati rumah-rumah di petempatan berkenaan dibangunkan pada tempoh antara tahun 600 hingga 630M dan ianya dihuni selama 100 tahun.

Penemuan ini, yang berjarak hanya 1 kilometer dari pantai, dilakukan pada 6 bulan yang lalu (Januari 2013). Namun, signifikasi yang dimiliki petempatan ini tidak dapat dikesan dengan serta-merta memandangkan terlalu sedikit bahagiannya yang timbul dan kelihatan di permukaan tanah. Justeru, kerja-kerja ekskavasi perlu dilakukan bagi mengenal pasti struktur berkenaan.

Setelah gundukan pasir dan puing-puing yang tebal dibuang, sosok fizikal petempatan purba tersebut mula jelas kelihatan, mendedahkan tiga buah ruangan besar yang salah satunya dipecahkan menjadi sebuah bilik peribadi yang lebih kecil. Dinding-dindingnya diperbuat daripada kepingan batu-batuan pantai dan lumpur yang rata. Proses ekskavasi yang teliti turut berjaya menemukan beberapa buah perdiangan yang mengandungi sejumlah serpihan tembikar, tulang ikan dan cengkerang.

“Bahan bukti ini membantu kami untuk memahami hidangan yang dimakan oleh penghuni petempatan ini dan bagaimana mereka menyediakan hidangan. Kesemua bahan yang dinaikkan ini telah pun dibersihkan agar kami dapat membawa pulang walau sekecil-kecil artifak sekalipun, termasuklah tulang ikan-ikan kecil dan moluska-moluska laut,” jelas Fatima Merekhan, seorang anggota Qatar Museums Authority (QMA).
Menariknya, petempatan ini berdiri di tepi pantai tersebut secara tunggal tanpa ada petempatan-petempatan jiran, memandangkan tiada bukti penemuan runtuhan struktur lain di kawasan tersebut.

“Tapak-tapak dari zaman ini tersangatlah jarang (ditemukan), tidak hanya di Qatar akan tetapi di seluruh rantau Teluk,” ujar Faisal al-Naim, Ketua Jabatan Barangan Antik di QMA. Penemuan ini menambahkan lagi kefahaman terhadap warisan negara itu di samping berupaya membantu ahli-ahli arkeologi untuk melindungi tapak-tapak yang memiliki signifikasi sejarah dari dicabuli pembangunan pesat dan projek-projek infrastruktur berskala besar yang dijalankan di Qatar.

RUJUKAN:

April Holloway. (16 Julai 2013). Archaeologists Discover Rare Seventh century Islamic dwelling in Qatar. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/news-history-archaeology/archaeologists-discover-rare-seventh-century-islamic-dwelling-qatar-00657


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.