Ahli Arkeologi Dedahkan Slip Gaji Tentera Rom

3,657

Pra-tempah hanya di Shopee

Setiap kali mendengar berita penemuan artifak arkeologi sesebuah tempat, ia dilihat sebagai petunjuk kepada sejarah kawasan yang dikatakan. Dalam konteks ini, seorang sejarawan berkongsikan slip gaji seorang ten-tera Rom semasa berkhidmat di bumi Palestin atau lebih tepat Per-ang Rom-Yahudi Pertama. Dan ia sungguh mengejutkan, bagi khidmatnya, si as-kar langsung tidak mendapat sedikit pun sebagai ganjaran perkhidmatannya.

Ahli arkeologi Joanne Ball berkongsikan imej slip gaji as-kar Rom tersebut dalam satu ciapan Twitternya pada 2019. Menerusi slip ini, as-kar yang dikenali sebagai Gaius Messius merupakan antara individu yang terlibat dalam kempen pengepungan Masada dengan gaji sebanyak 50 denarri. Tetapi selepas menolak wang gaji untuk makanan, kelengkapan pertem-puran dan keperluan tunggangannya (kuda dan keldai), gajinya habis di situ saja.

Pengepungan Masada ialah antara kempen terakhir Per-ang Rom-Yahudi Pertama yang berlaku pada akhir 72 hingga awal 73 Masihi. Petempatan lama ini terletak 12 batu dari Aradin dan menghadap kawasan Laut Ma-ti. Kawasan ini menjadi pilihan saki-baki pemberontak Yahudi kerana kedudukannya telah diperkukuhkan sebagai kubu pertahanan semasa era pemerintahan Herod the Great antara 37 hingga 31 SM.

Kubu Masada.

Lokasi ini menjadi lokasi terakhir untuk mereka bertahan selepas Baitulmaqdis jatuh ke tangan pihak Rom pada 70 Masihi. 8,000 ten-tera Rom dipimpin Lucius Flavius Silva mengepung Masada selama berminggu-minggu untuk memaksa 960 orang Yahudi mengangkat bendera putih. Selepas berjaya menembusi pertahanan kota, 960 orang memilih mengambil nyawa mereka sendiri daripada menjadi hamba kepada orang Rom.

Tetapi perihal yang menimpa Gaius Messius ini sama sekali berbeza dengan penemuan slip gaji ten-tera paling tua pernah direkodkan dalam sejarah. Slip gaji ini ialah tablet cuneiform berusia 5,000 tahun dari Mesopotamia. Tablet tersebut mengandungi imej kepala manusia makan dari sebuah mangkuk dan meneguk minuman dari sebuah bekas berbentuk kon.

Infografik dari The Sun yang meringkaskan isi slip gaji tersebut.

Apabila mereka menganalisis tablet tersebut, mereka menemui cak-aran-cak-aran sebagai bukti bilangan bir diberi kepada setiap pekerja. Tetapi amalan pembayaran unik ini tidak terhad kepada Tamadun Mesopotamia semata-mata. Tamadun Mesir Purba turut melakukan perkara sama dengan pekerja-pekerja yang terlibat dalam pembinaan piramid dibayar antara empat hingga lima liter bir setiap hari.

RUJUKAN:

Cowie, A. (2021). Ancient Pay Slip Shows That This Roman Soldier Slaughtered for Nothing. Ancient-Origins.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.