Ahli-Ahli Politik Yang Menghisap D4Dah

977

Tiada siapa yang terkecuali daripada kesalahan, biarpun kecil atau besar. Dalam dunia politik pula, kesalahan terbahagi kepada dua – jen4y4h dan moral. Kalau ikut minat orang, kesalahan-kesalahan moral memang senang tular. Apa-apa yang mengaibkan semestinya disertai ramai untuk dibahan kalau boleh sampai kiamat. Itu belum lagi pasal persepsi atau fitnah jahat yang kadangkala tidak membataskan pun penyertaan sosial. Tidak perlu melihat terlalu jauh – depan mata pun kadang jelas.

Jadi kalau ingin masuk politik dengan sejarah orang ketiga, penyalahgunaan d4d4h dan tingkah laku, pandai-pandailah. Bill Clinton sendiri mengaku pernah mencuba marijvana semasa belajar di Universiti Oxford. “Saya tak suka. Saya tak menghisap (tarik nafas). Dan saya tak pernah cuba lagi (kemudian).” Seperti biasa, pengakuan ini ditunggang banyak pihak termasuk Barack Obama: “waktu muda, saya menghisap (tarik  nafas)… itulah masalahnya.”

Pengakuan Clinton boleh juga jadi asbab ramai ahli politik dunia buka pekung sendiri. Kesannya dirasai sekarang. Apabila jawatan-jawatan penting dalam Parti Konservatif United Kingdom ditandingi, ramai dalam kalangan calon dipersoalkan moral mereka (Stubley, 2019). Antaranya ialah Setiausaha Alam Sekitar Michael Gove yang menyesal dengan perbuatannya 20 tahun lepas (Binding, 2019). Jadi Sky News membuat liputan khas tentang (1) pengakuan, (2) tidak menafi dan (3) tidak menghisap (sekadar mencuba).

Didapati ramai mencuba semasa muda: Boris Johnson (k0k4in, 19 tahun), Jeremy Hunt (g4nj4, semasa muda), Rory Stewart (opivm, 31 tahun), Esther McVey (k0k4in, semasa muda), Andrea Leadsom (g4nj4, tidak diketahui), Dominic Raab (g4nj4, di universiti), Matt Hancock (g4nj4, semasa belajar) dan ramai lagi.

Namun sedar atau tidak, kebanyakan yang bersuara ini mengakui kesilapan dibuat semasa muda. Hanya Rory Stewart sahaja yang mencuba opivm sebagai pegawai penj4r4 dalam lawatan ke Iran untuk mengkaji langkah pencegahan penyalahgunaan opivm di United Kingdom. Sungguhpun begitu, tetap ada juga ahli-ahli politik yang dib3rk4s semasa berkhidmat dalam karier politik. Nama yang paling popular dalam topik ini ialah Jack Tarpley Camp Jr, seorang hakim daerah Utara Georgia.

Beliau mempunyai karier yang sangat berjaya. Dilantik pada 20 April 1988 dengan pencalonan daripada Ronald Reagan, Camp Jr. menumpahkan jasa kepada perkhidmatannya. Sebagai hakim, beliau menangguhkan hvkvman m4ti terhadap Larry Lonchar yang ingin menderma organnya. Cuma Lonchar meminta jika boleh dim4tikan secara suntikan, bukannya r3n4jtan. Beliau juga menguruskan kes pengundian yang mana Setiausaha Negara Karen Handel ingin menggugurkan hak mengundi bagi 50,000 pengundi berdaftar.

Pada Oktober 2008, selepas 20 tahun berkhidmat, George W. Bush mengesahkan kenaikan pangkatnya sebagai hakim senior seperti pendahulunya Charles Allen Moye Jr. Namun dua tahun kemudian, hidupnya berubah terus apabila Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) menyerbu rumahnya atas dua tuduhan penyalahgunaan: (1) d4d4h dan (2) senj4t4. Tuduhan d4d4h pun banyak juga seperti k0k4in, g4n4, hydr0c0done dan r0xic0d0ne.  Malah Camp Jr. juga dituduh mempunyai hubungan sulit bersama seorang penari tiang yang mendapatkannya bekalan d4d4h tersebut.

Kariernya yang berwarna-warni berakhir begitu sahaja dengan hina dan nista. Daripada dua kes ini, timbul juga tuduhan-tuduhan lain. Beliau didakwa pernah memberi komputer riba milik kerajaan kepada penari tersebut. Dan akhirnya beliau dipaksa bersara (Reuters, 2010).

RUJUKAN:

Binding, L. (2019 June 8). Michael Gove: Tory leadership candidate ‘deeply regrets’ taking (ditapiskan). Retrieved from (Request Link).

Reuters. (2010, November 19). Federal judge pleads guilty to helping (ditapiskan) buy (ditapiskan). Retrieved from (Request Link).

Stubley, P. (2019, June 8). Tory leadership contenders join long list of politicians to admit past (ditapiskan) use. Retrieved from (Request Link).

Ruangan komen telah ditutup.