Moving Forward As One

Ahli-Ahli Politik US Sedang Berpaling Dari Israel

2,968

PayLater by Grab

Walaupun Dunia Arab membenci Anwar Sadat kerana berdamai dengan Israel dengan perjanjian sendiri, tiada siapa boleh menafikan realiti sebenar. Beliau merupakan pemimpin Arab terakhir yang berper.ang dengan Israel.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Selepas tahun 1973, Israel sudah tidak berper.ang dengan mana-mana negara Arab lagi, melainkan dengan Lubnan yang berskala sangat kecil iaitu bersama kumpulan seperti SSNP, LCP, Amal Movement dan PLO sendiri.

Bermakna sudah 48 tahun sejak semboyan antara-negara berbunyi. Tempoh ini sudah cukup untuk mewujudkan satu arus pemikiran baru, oleh kerana ada dua generasi yang tidak melihat Dunia Arab kalah. Ini yang sedang berlaku sekarang ini.

Anak muda pada zaman Anwar Saddat, Gamal Abdel Nasser dan Hafez al-Assad sudah tua pada hari ini dan tidak begitu aktif dalam politik. Kalau bukan kerana Kebangkitan Dunia Arab, ramai pemimpin Arab mesti terdiri daripada generasi dinosaur.

Generasi per.ang seperti Abdul Rahman al-Jumayli, Gamal Abdel Nasser dan Salah Jadid membesar pada ketika Israel belum wujud.

Manakala Abdel Fattah el-Sisi, Barham Salih dan Hamad al-Khalifa mendapat kuasa dalam keadaan Israel sudah ada. Ini menimbulkan perbezaan dari segi cara diplomasi.

Malah pemimpin-pemimpin Arab sebelum ini mengisytihar per.ang pun bukan semata-mata untuk membebaskan Palestin. Skop per.ang demi Palestin hanyalah sandaran atau sampingan semata-mata. Namun… silap besar kalau sesiapa sangka Timur Tengah boleh aman.

Memahami Naratif Normalisasi Demikian Hari

Apabila Bahrain dan UAE secara mengejut menormalisasikan hubungan dengan Israel, ramai dalam kalangan Dunia Islam bersuara seolah-olah Arab sudah menjual diri. Siri normalisasi ini tidak mengejut pun, kerana Raja Abdullah I sejak tahun 1948 lagi menggunakan dasar luar negara yang seakan-akan sama seperti normalisasi.

Inilah realiti di lapangan, iaitu negara Arab mempertimbang normalisasi tetapi takut menjadi buangan dalam kalangan Liga Arab seperti dialami Raja Hussein dan kemudian Anwar Sadat.

Mungkin realiti ini sudah berubah sejak kebelakangan ini, ekoran generasi pelapis yang semakin ramai hidup dalam keadaan “Israel ada”.

Kalau China dan Taiwan boleh hidup bersebelahan, tidak pelik Dunia Arab hidup dengan Israel sebagai jiran yang dipulau. Entahnya ada yang mahu bekerjasama lagi. Ini menimbulkan tanda tanya tentang aspirasi pembebasan Palestin.

Tetapi Dunia Arab tidak mahu fikir tentang persoalan ini… kerana mereka sedang berdepan dengan persoalan lebih besar: kebangkitan Iran dan Turki.

Sekarang Dunia Arab tahu, Israel tidak mungkin boleh dihalau. Tetapi Israel takkan mampu mengambil mana-mana tanah di Mesir, Jordan, Syria atau Lubnan. Kerana Israel tidak mampu mengubah fikiran rakyatnya.

Tambah pula, Israel perlu menjaga hubungan dengan Dunia Barat seperti ditekankan David Ben-Gurion dalam leteran panjang sampai Yitzhak Rabin pengsan 36 jam. Tetapi Iran terletak bersebelahan dengan Iraq yang sudah kehilangan pengaruh susulan pendµdµkan Amerika Syarikat yang sangat lama.

Pada masa yang sama, Iraq juga perlu menghadapi Turki dari utara… begitu juga dengan Syria yang berper.ang saudara hampir 10 tahun.

Dengan erti kata lain, Arab mempunyai mµsµh baru yang lebih kuat. Untuk mengekalkan kepentingan sendiri, Arab sanggup membuat sabo.taj terhadap negara Qatar. Jadi untuk membuka buku baru, buku lama mesti ditutup. Sebab itulah ada normalisasi demikian hari.

Buku Lama Mungkin Dibuka Kembali

Apabila dihimpit dengan krisis politik, Benjamin Netanyahu telah menyebabkan sebuah kemelut keselamatan yang sangat besar. Tindakan Israel di Masjid al-Aqsa tiada kaitan pun dengan Sheikh Jarrah. Namun Israel nekad mencetuskan kekacauan, hingga mengundang ser.angan roket daripada Gaza.

Taktik ini tidak berlaku secara kebetulan… kerana Netanyahu sudah berada di ambang kejatuhan, kerana Yair Lapid dan Naftali Bennett bakal mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Mansour Abbas. Jadi tidaklah melampau untuk berkata yang Netanyahu sengaja mewujudkan konf.lik ini.

Avigdor Lieberman daripada Parti Yisrael Beiteynu menyatakan, “operasi ten.tera adalah untuk membaiki pendapat umum tentang Netanyahu. Selagi mana mandat ada pada (Yair) Lapid, (Benjamin) Netanyahu akan cuba melanjutkan (kemelut Gaza).” (Eldar, 2021). Lapid pula berkongsi pandangan sama, “api menya.mbar tepat pada masanya untuk Netanyahu.” (Hauser Tov, 2021).

Namun Dunia Islam takkan boleh duduk diam melihat Masjid al-Aqsa dilakukan sedemikian rupa. Negara-negara Islam tidak mempedulikan kemelut politik Israel. Tetapi Israel berdepan dengan masalah baru di peringkat antarabangsa. Ramai dalam kalangan rakyat Amerika Syarikat bera.pi menentang tindakannya di Palestin.

Dan Joe Biden sekarang sa.kit kepala kerana akar umbi Parti Demokratik, seperti Alexandria Ocasio-Cortez yang bersuara sangat lantang terhadap Israel (Al Jazeera, 2021).

Sepertimana Arab berubah, begitu juga Amerika Syarikat… dengan generasi pelapis tidak melihat Israel dihimpit mµsµh. Ocasio-Cortez belum dilahirkan lagi pada ketika Per.ang Yom Kippur berlaku. Jadi, Israel tidak boleh berper.ang dengan Dunia Arab lagi.

Ketika pentadbiran Golda Meir, pihak White House memberi amar.an supaya jangan sesekali berani memulakan per.ang di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, jika Dunia Arab berper.ang, ini mungkin akan mengukuhkan lagi ukhwah antara Barat dan Israel.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Sebaliknya, Dunia Arab perlu mengikuti jejak Turki dalam langkah diplomasi (sekalipun lambat mendapat hasil). Kerana jelas sangat sekarang… kerana Dewan Perwakilan Amerika Syarikat sendiri sudah membunyikan “Israel ialah negara apar.teid”.

RUJUKAN:

Al Jazeera. (2021, Mei 16). US legislator AOc calls Israel an ‘(ditapiskan) state’.

Eldar, A. (2021, Mei 16). How the (ditapiskan) plays into Netanyahu’s hands. Al-Jazeera.

Hauser Tov, M. (2021, Mei 16). Lapid suggests political considerations are behind Israel’s Gaza operation. Haaretz.

Ruangan komen telah ditutup.