Agong Pertama Tukarkan Istana Sri Menanti Jadi Sekolah Agama

788

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Sebaik sahaja selepas merdeka, DYMM SPBYDPA Tuanku Abdul Rahman, Agong pertama negara yang juga Yamtuan Besar Negeri Sembilan ketika itu berkenan menyerahkan Istana Lama Seri Menanti (gambar) dijadikan Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (SUMTNS) pada 1959.

Baginda yang juga Yamtuan Besar Negeri Sembilan ketika itu perkenan untuk menyerahkan Istana Lama Seri Menanti (gambar) dijadikan sebagai sekolah agama bagi keperluan anak-anak Negeri Sembilan dari segenap pelusuk negeri mempelajari agama secara lebih tersusun dan sistematik.

Istana 3 tingkat yang dibina tanpa sebatang paku itu kini masih tersergam indah di Seri Menanti, Kuala Pilah, pernah didiami waris raja terawal yang memerintah Negeri Sembilan, selain menjadi markas utama angkatan Yamtuan Antah dalam Perang Sungei Ujong melawan British.

Selain tingkat 1 dan 2 dijadikan kelas, tiang tinggi Istana Seri Menanti juga membenarkan ruang di bawah istana tersebut dijadikan kelas.

Anjung Tinjau di tingkat atas sekali sehingga hari ini masih menjadi larangan orang awam kerana ada menempatkan relik penting diraja.

SUMTNS ketika itu mengoptimakan setiap ruang yang ada. Ini pula sebahagian satu lagi ruang bawah istana yang dijadikan pula dewan makan para pelajarnya.

eranan Raja Melayu selaku Ketua Agama Islam sebelum dan selepas Merdeka adalah tanggungjawab yang dipikul baginda Tuanku Raja-Raja Melayu demi memelihara kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan, selain memelihara kedudukannya selaku simbol kedaulatan Islam di Malaysia.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.