Moving Forward As One

Aghori: Aliran Agama Yang Senggama Dengan Mayat

5,342

Setakat tahun 2020, populasi negara India adalah seramai 1.38 billion orang. Jumlah tersebut mewakili 17.7% penduduk dunia, sekali gus meletakkan India sebagai negara kedua paling ramai penghuni di belakang China.

Menurut bancian tahun 2011, kira-kira 79.8% (atau 966.3 juta orang) daripada mereka beragama Hindu, 14.23% (172.2 juta orang) beragama Islam, 2.3% beragama Kristian dan 1.72% beragama Sikh.

Setiap agama yang disebutkan di atas mempunyai aliran-aliran yang tersendiri di India. Misalnya aliran Brelwi dan Baha’i bagi agama Islam. Sementara bagi agama Hindu pula, ada satu aliran yang disebut sebagai Aghori.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Aghori secara harfiah membawa maksud “yang tidak gentar” atau “yang tidak mendiskriminasi”. Kedua-dua maksud tersebut secara sekilas merumuskan intipati aliran Aghori itu sendiri, iaitu tidak gentarkan kem.at.ian dan tidak membezakan antara baik dan buruk.

Tambahan, ‘aghori’ juga merupakan nama lain bagi dewa Shiva yang menjadi sembahan utama penganut Aghori selain dari Kali si dewi kemu.sna.han dan kem.at.ian.

Aliran Aghori sering dikembalikan asal-usulnya kepada seorang sadhu (pertapa) yang bernama Baba Keenaram. Baba Keenaram dilahirkan sekitar tahun 1601 Masehi di kampung Ramgarh, Varanasi dalam sebuah keluarga berkasta kshatriya.

Sepanjang usianya yang menjangkau 170 tahun, Baba Keenaram sempat mewariskan beberapa hasil penulisan – namun hanya lima sahaja terselamat; iaitu Viveksa, Unmuniram, Ramgita, Ramrasal, dan Gitavali.

Baba Keenaram bukan sekadar dihormati sebagai salah seorang guru rohani terulung di Varanasi, akan tetapi beliau turut diangkat sebagai avatar (jelmaan) Shiva oleh penganut Aghori. Candinya di Varanasi bahkan dianggap sebagai tempat paling keramat dan pusat aliran Aghori bergiat.

Kali dan Shiva yang menjadi sembahan penganut Aghori

Walaupun asal-usulnya dikaitkan dengan Baba Keenaram yang hidup pada kurun ke-17 Masehi, aliran Aghori sebenarnya merupakan kesinambungan daripada aliran Kapalika yang tumbuh pada kurun ke-7 Masehi hingga kurun ke-13 Masehi.

Nama ‘kapalika’ adalah derivasi daripada perkataan ‘kapala’ yang bermaksud ‘tengkorak’. Sememangnya, tengkorak cukup signifikan dalam kedua-dua aliran tersebut dan ia menjadi sebab mengapa aliran Aghori dig.eru.ni dan diping.girkan oleh komuniti besar Hindu.

Disebabkan itu juga, kalau bukan di Varanasi, penganut Aghori hanya boleh dijumpai di kawasan-kawasan terpencil seperti gua-gua dingin di Himalaya, hutan-hutan tebal di Bengal, dan gurun panas di Gujarat.

Cuma apa yang pasti, penganut Aghori ini ibarat burung hering; di mana ada m.aya.t manusia, di situ ada mereka.

Hal ini kerana ritual keagamaan mereka banyak berkisar tentang m.aya.t dan aktiviti perbomohan. M.aya.t adalah ibarat sendi utama dalam pengamalan mereka:

  • Abunya digunakan sebagai sapuan pada tubuh badan, baik untuk tujuan praktikal (menghindarkan diri dari nyamuk dan peny.aki.t) mahupun rohani (mengingatkan diri tentang kem.at.ian).
  • Tengkorak dijadikan sebagai mangkuk minuman dan perhiasan (bagi meneladani Shiva dan Kali yang memakai kalung tengkorak), di samping menjadi medium penting dalam rutin perbomohan (mereka percaya yang esensi roh si mati akan tersisa di bahagian kepala, dan ia berguna untuk tujuan penyembuhan).
  • Minyak atau cairan lemak dari m.aya.t yang diba.kar diambil sebagai penawar penyakit.
  • Daging pada mayat pula diambil sebagai sumber makanan (dimakan mentah-mentah).
Postur meditasi sebegini dikaitkan dengan dewi Kali

Selain ma.yat manusia dan bang.kai haiwan, penganut Aghori juga diketahui menelan air ke.nci.ng dan n.aji.s. Bagi mereka, tabiat tersebut bukanlah satu hal yang pelik. Sebaliknya, ia selaras dengan idea utama aliran mereka:

Iaitu, pembezaan setiap sesuatu hanya akan mengundang pers.elisi.han dan mewujudkan jurang perbezaan. Justeru demi melenyapkan jurang tersebut, penganut Aghori mengenepikan timbangan baik-buruk, termasuklah perbezaan antara daging manusia dan daging binatang.

Dalam erti kata lain, Aghori membawa idea kesamarataan ke satu peringkat seterusnya – peringkat yang terlalu ekstrim, seekstrim amalan Sokushinbutsu (memumiakan diri sendiri) dalam kalangan sami Jepun.

Di samping pemakanan, penganut Aghori juga tidak terlalu mementingkan soal pemakaian. Kalau tidak menutup celah kangkang, berjalan tanpa seurat benang pun bukan menjadi satu masalah. Bagi mereka, tabiat sebegitu memupuk hati untuk mengatasi rasa malu dan menjauhi tarikan bendawi.

Menjauhkan diri dari keduniaan sememangnya menjadi elemen penting buat aliran Aghori bagi mencapai moksha (yakni pencerahan atau keadaan bersatu dengan tuhan).

Cuma sekali lagi, pendekatan yang diambil oleh aliran Aghori adalah sangat ekstrim.

Ritual-ritual keagamaan mereka biasanya dilakukan di lokasi kre.masi (pemb.aka.ran ma.yat), atau lebih tepat di atas ma.yat. Iya, mereka ‘beribadat’ dengan bersila di atas ma.yat sambil menghisap g.an.ja atau minum a.rak (untuk mencapai keadaan sawai atau khayal).

Aghori melakukan ritual sambil duduk di atas mayat

Mereka juga ada ritual bersemenda dengan ma.yat (bahasa sopan bagi nek.rofi.lia).

Ma.yat-ma.yat ini biasanya diambil daripada sungai; bagi masyarakat Hindu yang mendominasi negara India, penye.ma.dian dilakukan dengan cara diba.kar (kre.masi). Cuma untuk keluarga miskin yang tidak mampu membiayai kos kre.masi, mereka biasanya menghanyutkan sahaja ma.yat ke dalam sungai. Ma.yat inilah yang diambil oleh penganut Aghori.

Disebabkan wujud berbagai macam keanehan dalam aliran ini, maka penganutnya dipinggirkan, dikecam, dan bahkan dijadikan sebagai label keji.jikan walaupun bagi penganut Aghori sendiri, motif di sebalik kelakuan mereka adalah sangat ringkas, iaitu mencari kesucian dalam kena.jisan.

RUJUKAN

Kabir. (10 October 2020). The Bizarre Rituals of the Aghori Ascetics of India. Medium.

Kapadia, Radha. (6 April 2021). The Bizarre Aghori People of India Eat Human Flesh of Corpses. History of Yesterday.

Mingren, Wu. (17 July 2021). The Aghori and Their Unorthodox Path to Enlightenment. Ancient Origins.

Rukmini & Singh, Vijaita. (25 August 2015). Muslim Population Growth slows. The Hindu.

Ruangan komen telah ditutup.