Agesilaus II – Raja Dan Komander Sparta

429

https://bit.ky/kombowww

Agesilaus II merupakan raja Sparta yang memerintah pada kurun ke-4 Sebelum Masehi. Beliau berasal dari keluarga Eurypontid, salah satu dari dua dinasti diraja Sparta (selain Agiad). Nama beliau masyhur berikutan kemenangannya ke atas Parsi di Anatolia, di samping kejayaannya dalam P3r4ng Corinthian. Namun, kekalahan Sparta di tangan Thebes dalam Pertempuran Leuctra yang berlangsung pada tahun 371 Sebelum Masehi secara efektif menamatkan dominasi Sparta di Peloponnese.

Menurut catatan sejarah, Agesilaus adalah putera kedua Archidamus II, raja Sparta yang memerintah dari tahun 477 hingga 426 SM bersama isteri keduanya, Eupolia sip uteri Melesippidas. Berikutan kemangkatan Archidamus, takhta Sparta diberikan kepada abang tiri Agesilaus yang bernama Agis II.

Agis II memerintah sehingga tahun 400 SM. Menurut tradisi Sparta, sebetulnya pewaris Agis adalah puteranya yang bernama Leothychidas. Namun ketika itu, tersebar khabar angin kononnya bapa sebenar Leothychidas adalah Alcibiades, seorang panglima dari Athen yang hidup di Sparta sebagai orang buangan. Dengan sokongan seorang panglima Sparta yang berpengaruh, iaitu Lysander (juga kekasih Agesilaus semasa muda), Agesilaus ditabalkan sebagai raja Sparta yang baru.

Lysander, panglima Sparta

Dalam karya The Life of Agesilaus oleh Plutarch, beliau digambarkan sebagai seorang raja yang mesra dengan golongan ephor dan senator, iaitu dua kumpulan dalam sistem politik Sparta yang lazimnya bertelagah dengan raja-raja kota itu. Sebagai contoh, apabila seorang warga dijadikan sebagai anggota senat, Agesilaus akan menghadiahkannya sehelai jubah dan seekor kerbau. Dengan cara yang demikian, Agesilaus berhasil meningkatkan prestij dan pengaruhnya dalam kalangan rakyat jelatanya.

AGESILAUS SEBAGAI KOMANDER SPARTA

Sebagai seorang komander tentera, Agesilaus memulakan kempen pertamanya memerangi Parsi di Anatolia dengan matlamat membebaskan negara-negara kota Yunani di sana. Pengisytiharan p3r4ng terhadap Parsi ini sebahagiannya berpunca daripada hasrat Lysander yang mahu membantu rakan-rakannya yang sebelum ini terhutang budi kepadanya dalam meraih kerusi kuasa.

Memetik Plutarch, “Kala ini, Lysander berasa teruja untuk dihantar ke Asia demi membantu rakan-rakannya di sana. Sebelum ini, beliau membantu mereka mendapatkan jawatan gabenor dan raja kota. Namun kini, disebabkan oleh kezaliman dan kekejaman mereka, mereka diusir oleh warga kota dan bahkan ada pula yang dihukum bvnvh. Oleh kerana itu, Lysander memujuk Agesilaus supaya mengisytiharkan p3r4ng.”

KONFLIK DI TANAH AIR

Kempen ketenteraan Agesilaus berjalan lancar dan beliau meraih kemenangan demi kemenangan ke atas dua satrap Parsi, iaitu Pharnabazus dan Tissaphemes. Namun, beliau dipanggil pulang ke Yunani pada musim bunga tahun 394SM berikutan berlaku sejumlah penentangan terhadap hegemoni Sparta di sana, khususnya di Boeotia. Boeotia kemudian ditewaskan di Coronea pada tanggal 14 Ogos 394SM. Menjelang waktu itu, P3r4ng Corinthia sudah pun bermula dan makanya, Agesilaus terpaksa kekal berada di tanah besar Yunani untuk melindungi Sparta.

Pertempuran antara Boeotia dan Sparta. Lukisan oleh J. Shumate

P3r4ng Corinthia melibatkan Sparta dan negara-negara kota sekuru memerangi Corinthia, Boeotia, dan Athens yang dibantu oleh Parsi, baik dari segi ketenteraan mahupun kewangan. Pada tahun-tahun awal pep3r4ngan, Agesilaus tampil unggul.

Pun begitu, kedua-dua belah pihak tidak berupaya menewaskan lawan masing-masing secara muktamad sekaligus membuatkan pep3r4ngan ini berlanjutan sehingga tahun 387SM. Pada tahun itu, perjanjian damai antara Sparta dan Parsi dimeterai. Perjanjian ini bukan sahaja menamatkan P3r4ng Corinthia, namun ia turut menjamin dominasi Sparta ke atas negara-negara kota Yunani di tanah besar Greece sambil negara-negara kota Yunani di tanah Asia pula diserahkan kepada Parsi.


Agesilaus II, pemerintah Sparta, bertemu dengan Pharnabazos si wakil Parsi

Walau bagaimanapun, hegemoni Sparta tidak bertahan lama terutama apabila berlaku ketidakpuasan hati dalam kalangan warga negara-negara kota lain. Misalnya, Thebes memberontak pada tahun 379SM dan berjaya menewaskan Sparta. Kejayaan-kejayaan ini seterusnya membolehkan warga Athens meneguhkan kekuatan mereka sekaligus membentuk Konfederasi Athens Kedua. Pada tahun 371SM, warga Thebes sekali lagi menewaskan Sparta secara muktamad dalam Pertempuran Leuctra sekaligus menamatkan kekuasaan Sparta di tanah besar Yunani.

Keadaan ini tidak menjejaskan takhta Agesilaus. Pun begitu, beliau terpaksa menjadikan pasukan Sparta sebagai tentear upahan pada tahun 367 SM, dengan harapan dapat mencukupkan dana yang diperlukan bagi memerangi Thebes. Pada tahun itu, beliau dan pasukannya diupah oleh Ariobarzanes, satrap yang memberontak terhadap kekuasaan Parsi.

Seterusnya, khidmat beliau dicurahkan kepada Teos si raja Mesir yang berhasrat mahu memerangi Parsi di Syria. Namun, firaun ini digulingkan dan Agesilaus terpaksa memihak firaun baru, iaitu Nectanebo II. Beliau dan pasukan Sparta dihantar ke Mendes untuk menggulingkan raja palsu sebelum kemudiannya dihantar pulang ke Sparta. Namun, ketika pasukannya tiba di Cyrene, Agesilaus jatuh sakit dan meninggal dunia di situ.

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (3 Januari 2017). Agesilaus II, King of Sparta and Commander of Warriors. Ancient Origins. https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/agesilaus-ii-king-sparta-and-commander-warriors-007298

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.