Kaum perempuan memainkan peranan penting dalam perkembangan biologi wanita. Namun lumrah perkahwinan sepanjang zaman telah memasyhurkan suatu doktrin iaitu: suami keluar cari kerja; isteri duduk rumah jaga anak. Jangankan Islam, bangsa-bangsa beragama lain pun menunjukkan sejarah yang sama. Amerika Syarikat misalnya pernah mengimarahkan ideologi kebebasan bagi wanita untuk bekerja (dan sekarang kesamarataan gaji bagi pekerjaan sama).

Namun sejarahnya sangat kaya dengan amalan yang dicerca sebagai patriarki anti-wanita (misogynistic patriarchy). Tidak perlu menjelajahi jauh – sekitar 1970-an, wanita Amerika tidak boleh mendapat konsultasi doktor tanpa ditemani suami. Jadi dengan amalan berzaman, masyarakat berpendapat bahawa sangatlah semulajadi bagi wanita untuk menjadi surirumah. Ataupun sekadar “budak pejabat” bagi gadis-gadis sunti yang perkahwinan mereka ialah tarikh persaraan.

Suatu persoalan boleh diajukan: bila amalan sebegini dimulakan?

Agama Islam menetapkan bahawa “lelaki ialah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan. Dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan nafkah sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu yang taat kepada Allah dan suaminya, memelihara kehormatan diri ketika ketiadaan suami.” (sebahagian daripada Qur’an 4:34).

Agama Kristian menetapkan bahawa perempuan yang tua perlu “mengajar perempuan-perempuan muda supaya belajar menyayangi suami dan anak-anak, menjaga kehormatan dan kesucian diri, menjadi surirumah yang baik, dan menjadi hamba (konteks taat setia) kepada suami supaya tiada siapa mencemarkan ayat-Nya.” (Kitab Titus 2:4-5)

Agama Judaisme pula menetapkan bahawa perempuan ialah akeret habayit yang bagaikan tiang seri sebuah rumah. Dan perempuan dipertanggungjawabkan untuk menubuhkan suasana ketuhanan dalam setiap rumahtangga, bersama suami berdasarkan undang-undang dan hukum-hakam Taharat Hamischpachah (Dubov, 2007).

Jadi tiga agama Ibrahim yang begitu tua mempunyai lumrah bahawa suami-isteri memainkan peranan simbiosis – seorang pencari rezeki; seorang penjaga rumahtangga. Namun ketiga-tiga agama ini masih membenarkan isteri bekerja (tertakluk kepada syarat semasa, dimana Islam melonggarkan bab keizinan suami yang tidak bertanggungjawab pada masa kelaparan).

Namun masyarakat jauh sebelum lahirnya agama Judaisme yang dibawa Nabi Musa (as) mengamalkan tatacara kehidupan yang berbeza. Ketika zaman prasejarah, komuniti manusia dibentukkan berdasarkan prinsip kesamarataan. Lelaki dan perempuan menyertai aktiviti buruan bersama, dimana kedua-dua jantina ini mempunyai pengaruh untuk menentukan tempat tinggal dan pasangan hidup. Penemuan saintifik ini mencabar tanggapan sosial bahawa kesamarataan jantina ialah inovasi moden. Sebaliknya apa yang berlaku sekarang ialah manifestasi silam (Devlin, 2015).

Kesamarataan jantina ini memainkan peranan penting untuk kemandirian hidup berdasarkan konteks kemasyarakatan. Jadi dalam kehidupan prasejarah, lelaki tidak semestinya keluar bekerja (memburu) dan perempuan pula duduk rumah jaga anak. Sebaliknya kedua-dua jantina memainkan peranan dalam aspek buruan dan penjagaan anak. Amalan kehidupan mereka pula lebih khusus terhadap keluarga ibu, bapa dan anak (konteks duda/janda, poligami dan ipar duai agak kejanggalan). Maka tidak peliklah apabila agama-agama Ibrahim membenarkan isteri bekerja dengan hanya galakan supaya bersuri di rumah.

Konsep keluarga sebenarnya lahir daripada naratif moden jua. Tanggapan moden tentang cara hidup prasejarah dihantar antarabangsa dengan cetusan daripada Charles Darwin. Dalam teori berkaitan pilihan jantina, Darwin membentangkan bahawa wanita merupakan aset pelaburan besar untuk menjaminkan masa depan (melahirkan anak). Jadi untuk menyara anak-anak ini, mereka memerlukan pasangan yang boleh mengurniakan makanan dan tempat teduh (Knight, 2008). Namun lelaki pula menuntut jaminan kesucian wanita supaya tidak membanting tulang membesarkan benih orang.

Berdasarkan naratif ini, seorang perempuan hanya cenderung untuk melahirkan anak apabila mempunyai akses kepada sumber alam. Bagaikan pengikatan Kontrak Jantina, Darwin tidak menahan diri untuk mengungkap suatu adjektif berkontroversi. Untuk melahirkan anak, perlu ada hubungan sy4hw4t. Hari ini sesiapa yang memberikan izin hubungan sedemikian demi akses sumber digelar pel4cvr. Disebabkan itulah Darwin dengan selamba mengatakan, “ibu anda seorang pel4cvr.”

Namun pendapat Darwin tidak semestinya betul (atau hanya betul dalam keadaan tidak menyeluruh). Berdasarkan pandangan pakar antropologi bernama Mark Dyble dari Universiti Kolej London, cara hidup sebegini hanya timbul selepas kedatangan pertanian dalam sejarah biologi. Apabila manusia belajar menjana sumber sendiri, barulah konsep darjat muncul.  Kejadian ini juga mempunyai asbab saintifik. Tekanan sy4hw4t wanita tidaklah sedahsyat lelaki.

Dalam sebuah buku, Lewis Wolpert pernah menulis bahawa, “lelaki sentiasa memikirkan s3ks manakala hanya 20% wanita sahaja berkongsi pemikiran sama.” Kesimpulan buku tersebut yang berkaitan dengan topik ini ialah lelaki lebih bersy4hw4t secara biologi.

Penjelasan mudah bagi teori ini boleh dilihat dengan menggunakan p0rn0gr4fi. Dalam kalangan remaja dan dewasa, semua tahu jantina mana lebih mudah ter4ngs4ng. Jadi teori lemah sy4hw4t ini membuatkan wanita hanya memilih lelaki berkualiti kerana tidak berada dalam keadaan terdesak.

Maka apabila bercakap tentang darjat seorang wanita untuk dibandingkan dengan lelaki, agama tidak seharusnya dipersalahkan – kerana elemen tersebut sudah lama menakluki manusia. Islam diturunkan pada abad ketujuh, 600 tahun selepas Kristian melengkapkan Judaisme yang turun 3,800 tahun lalu. Adat-adat Hinduisme pula boleh diteliti lebih daripada 4,000 tahun dahulu. Pertanian yang menandakan permulaan konsep darjat telahpun diamalkan sejauh 23,000 tahun dahulu (Universiti Tel Aviv, 2015).

Agama tidak menarik perempuan supaya duduk melutut kepada lelaki. Sebaliknya agama hanya menarik perempuan (dan lelaki) supaya menunduk sujud kepada Tuhan yang berfirman supaya wanita taat kepada suami yang wajib taat kepada-Nya.

RUJUKAN:

American Friends of Tel Aviv University. (2015, July 22). First evidence of farming in Mideast 23,000 years ago: Evidence of earliest small-scale agricultural cultivation. ScienceDaily. Retrieved from https://www.sciencedaily.com/releases/2015/07/150722144709.htm

Devlin, H. (2015, May 14). Early men and women were equal, say scientists. Retrieved from https://www.theguardian.com/science/2015/may/14/early-men-women-equal-scientists

Dubov, N.D. (2007). What is the Role of the Women in Judaism? Retrieved from https://www.chabad.org/library/article_cdo/aid/1802936/jewish/Woman-in-Judaism.htm

Knight, C. (2008). Early Human Kinship Was Matrilineal. Oxford: Blackwell, pp. 61-82


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.