Sebenarnya agama menyembah Dewa-Dewi asalnya datang dari rumpun yang satu. Mungkin datangnya daripada agama Samawi namun dipesongkan oleh pihak-pihak tertentu bagi kepentingan peribadi. Jadi, tidak hairanlah jika ajaran Dewa-Dewi ini mempunyai persamaan dengan ajaran Agama Lama. Ajaran menyembah Dewa-Dewi ini popular pada zaman selepas banjir besar iaitu pada zaman selepas kedatangan nabi Nuh.

Agama menyembah Dewa-Dewi mempunyai dua jenis. Yang pertama, ajaran yang menyembah sesama manusia sebagai dewa atau dewi. Manusia ini disembah adalah kerana ketokohan mereka. Mungkin manusia ini merupakan seorang Rasul, orang Soleh atau Raja-Raja bagi bangsa tersebut.

Sebagai contoh, ada tamadun purba menyembah seorang watak lagenda bagi kaum mereka sebagai Dewa. Watak ini disembah kerana kepintarannya yang teramat sangat sehingga didewa-dewakan sebagai Tuhan. Apa yang mengejutkan, watak lagenda ini mempunyai kisah hidup yang mirip dengan nabi Idris. Sememangnya nabi Idris yang hidup sebelum zaman banjir besar ini merupakan seorang tokoh yang terkenal.

Mana tidaknya, nabi Idris merupakan manusia pertama yang menjadi Raja atas muka bumi ini. dia memiliki kepandaian dalam bidang astrologi, kejuruteraan, matematik, perubatan dan pelbagai ilmu lagi sehingga Malaikat Maut pun ingin berkawan dengannya.

Selain itu antara nabi lain yang peribadinya turut didewa-dewakan ialah nabi Nuh sendiri. Dalam agama Dewa-Dewi (polytheisme), terdapat Tuhan Besar dan Tuhan-Tuhan Kecil. Dalam tamadun Babylon, mereka menyembah satu watak yang digelar Tuhan Kecil. Dalam ajaran kaum Babylon ada menceritakan bagaimana watak Tuhan Kecil yang bernama Ziusudra menyelamatkan nenek moyang mereka daripada azab Tuhan Besar dalam peristiwa banjir besar

Cerita ini adalah plagiat daripada kisah benar yang telah berlaku pada zaman dahulu dimana nabi Nuh diutuskan lalu diarahkan membina bahtera untuk menyelamatkan orang mukmin yang dimuliakan ketika itu. Setelah masa berlalu, keturunan Ahli Bahtera ini mula menyimpang daripada ajaran nabi Nuh. Namun, bagi mengekalkan kemulian bangsa masing-masing, kisah benar ini dijadikan modal untuk membuktikan kemulian bangsa mereka.

Mereka mengubah suai serta menokok tambah kisah ini agar keturunan mereka bertambah bangga dengan susur galur nenek moyang mereka. Cerita-cerita ini dicatat, dihafal dan dipahat agar menjadi kebanggaan serta buat tatapan generasi seterusnya. Namun setelah kepupusan bangsa ini, hanya catatan-catatan inilah yang tersisa buat tatapan umat kemudian hari agar mendapat iktibar serta mengambil pelajaran darinya.

Dalam kajian para saintis dan sejarawan, setiap tamadun awal pasti mempunyai kisah-kisah tersendiri berkaitan banjir besar bagi memuliakan bangsa mereka. Plot dan jalan ceritanya hampir sama kecuali kawasan, nama watak serta lain-lain perwatakan peribadi cerita itu. Ini kerana mereka menggunakan kisah benar ini bagi memuliakan bangsa mereka dengan mengubah sedikit struktur asas kisah ini agar bertepatan dengan kehendak bangsa tersebut.

Oleh sebab itulah muncul pelbagai versi mengenai kisah banjir besar ini. Kaum Babylon, Sumeria, Assyria, Farsi, Greek dan kaum yang lain masing-masing dengan versi yang tersendiri. Kadang-kadang watak nabi Nuh dinamakan sebagai Ziusudra, Utnapishtim, Atrahsas dan sebagainya. Begitulah kisah agung ini dimanipulasi oleh pelbagai pihak demi kepentingan masing-masing.

Bagi memuliakan kawasan penempatan mereka, mereka mendakwa bukit yang terbesar dikawasan merekalah merupakan tempat bahtera tokoh itu berlabuh sesudah tamatnya amukan banjir tersebut. Maka bukit itu dimuliakan sebagai tempat kediaman para dewa dan lain-lain dongeng lagi. Sebagai umat Islam, kita wajib mempercayai versi yang terkandung dalam al-Quranlah merupakan kisah yang sebenar-benarnya.

Ada juga kaum-kaum terdahulu yang menggunakan kisah Habil dan Qabil sebagai asas untuk memuliakan bangsa mereka. Hal yang sama juga berlaku pada peribadi dan watak Habil dan Qabil. Kisah dua beradik ini dijadikan alat untuk memuliakan kedudukan bangsa masing-masing.

Ada juga yang menyembah orang-orang soleh sebagai dewa. Walaubagaimanapun, al-Faqir akan menceritakan kisah ini pada bahagian kelima iaitu agama menyembah berhala kerana mereka menjadikan orang-orang soleh ini sebagai berhala untuk dijadikan sembahan.

Seterusnya, ajaran dewa-dewi ini wujud kerana Raja pada zaman dahulukala ingin diri mereka disembah sebagai Tuhan. Sebagai contoh, kisah raja Namrud dengan nabi Ibrahim bolehlah dijadikan bukti.

Raja Namrud yang menguasai kawasan jajahan takluk yang besar ingin dirinya dianggap Tuhan. Dia menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”. Ini kerana dia berjaya menguasai tamadun di utara, selatan, timur dan barat. Maka dia menyuruh seluruh rakyat jelata menyembah dirinya sebagai Tuhan.

Allah kemudiannya mengutuskan nabi Ibrahim untuk bertemu dengan raja Namrud lalu berlakulah peristiwa berhala dipecahkan oleh nabi Ibrahim, perdebatan mengenai ketuhanan, Perang Nyamuk dan peristiwa nabi Ibrahim dibakar dengan api yang nyaman. Kisah inilah yang menjadi bukti bagaimana agama Dewa-Dewi ini wujud. Begitu jugalah kisah Firaun di Mesir Purba mendakwa dirinya sebagai Tuhan dihadapan kaumnya sehingga Allah mengutuskan nabi Musa untuk berdakwah kepadanya.

Oleh kerana inilah wujudnya kesusasteraan pada zaman dahulukala. Syair-syair atau bacaan tertentu wujud bagi memuja serta memuliakan seseorang. Sebagai contoh epik Gilgamesh, kod undang-undang Hammurabi dan sebagainya wujud dimana watak manusia ini mempunyai sifat-sifat ketuhanan. Epik, lagenda mahupun mitos seperti inilah yang menguatkan lagi ketaksuban umat terdahulu kepada kepercayaan yang dianuti.

Seterusnya, selain menyembah manusia sebagai Dewa-Dewi, kaum dahulu kala juga menyembah makhluk ghaib sebagai Dewa-Dewi. Makhluk ghaib yang dimaksudkan termasuklah Malaikat, Syaitan, Jin dan seumpamanya. Pada bahagian Dewa-Dewi dari kalangan makhluk ghaib ini, al-Faqir hanya akan bertumpu kepada penyembahan terhadap malaikat. Al-Faqir akan menceritakan bagaimana perihal agama menyembah Dewa-Dewi dari kalangan Jin dan Syaitan pada bahagian agama menyembah Syaitan.

Para malaikat juga disembah oleh manusia pada zaman dahulu sebagai Dewa. Para rasul pada zaman dahulu diutuskan bagi menyampaikan berita gembira dan perkara-perkara ghaib. Antara perkara ghaib yang disampaikan oleh para rasul kepada umatnya adalah berkaitan wujudnya suatu makhluk yang bebas daripada dosa dan taat kepada Tuhan iaitu Malaikat.

Syaitan membisik kepada manusia ketika itu agar menghormati dan menyembah makhluk suci ini. Lalu berlakulah penyelewengan hasil tipu daya Syaitan untuk menyesatkan Bani Adam. Dewa adalah daripada kalangan Malaikat manakala Dewi daripada kalangan Bidadari. Maka timbullah cerita-cerita khayalan seperti kisah alam kayangan menurut imaginasi dan kepercayaan sesat masyarakat terdahulu.

Sebagai contoh, dalam tamadun Greek seorang Dewa yang bertugas sebagai penyampai utusan daripada Dewa (Tuhan) besar kepada Dewa (Tuhan) kecil disebut sebagai Dewa Hermes. Manakala bagi masyarakat tamadun Rom pula mengenali watak ini sebagai Dewa Mercury. Hal ini merupakan plagiat daripada kisah-kisah ghaib yang terkandung dalam risalah kenabian para rasul.

Dalam risalah para rasul, watak ini sebenarnya merupakan peribadi Malaikat Jibril AS yang ditokok tambah oleh umat tersebut. Begitu juga dengan watak para Malaikat yang lain. Namun, perlu diingatkan bahawa dongeng-dongeng masyarakat terdahulu sebenarnya merupakan tipu daya Syaitan dan sesat semata-mata. Umat Islam wajib berpegang kepada akidah yang Haq iaitu Malaikat merupakan makhluk Allah bukannya Tuhan atau Dewa.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

IBN JAWI merupakan penuntut bidang Engineering di sebuah universiti. Beliau juga giat dalam pengajian Turath Islami secara Talaqqi Sanad bagi mengimbangi aspek duniawi dan ukhrawi. Beliau yang meminati topik Falsafah, Sejarah dan Politik merangka usaha kebangkitan ummah melalui Kalam & Qalam. Walaupun memiliki aliran pemikiran tersendiri, namun beliau terbuka untuk bertukar pandangan dengan mana-mana aliran pemikiran agar dapat memahami cara berfikir kelompok berlainan.

1 Comment

  1. Ir.miringila on

    Tuan, apakah ketamadunan masa lalu memplagiat kisah-kisah nabi. Apakah bukti yang saudara boleh kongsikan selain Al-Quran? Boleh atau tidak jika saya menyimpulkan bahawa kitab kitab agama orang semitik yang mencedok dan memplagiat kisah tersebut?

Leave A Reply