Baru-baru ini aku ada baca satu artikel mengenai sebuah filem Turki yang bertajuk Maroon Berets 2: Afrin. Ia mengisahkan tentang misi segerombolan tentera elit Turki mendapatkan peledak yang dimiliki oleh tentera Kurdish di Afrin, Syria.

Menariknya, waktu tayangan filem ini jatuh pada hari pengumuman kejayaan tentera Turki menawan Afrin, dan lebih menarik lagi filem ini dikatakan memulakan penggambarannya sebelum Operasi Olive Branch di Afrin bermula.

Benar, filem ini adalah satu propaganda yang menunggang semangat nasionalisme negara bangsa Turki tetapi daripada sudut komersial, filem seperti ini, pada ketika ini, boleh menjadi lubuk emas buat penerbit filem tersebut.

Filem ini mengingatkan aku tentang ‘tokoh’ propaganda yang amat terkenal pada zamannya, Paul Joseph Goebbels. Pada era kebangkitan Nazi German, penggunaan silent film (filem bisu) masih tidak menyeluruh tetapi Goebbels sudah menggunakan konsep gramophone record (rekod piring hitam) secara meluas dalam menyebar dakyah Nazisme di seluruh tanah German. Pelbagai ‘simbol’ juga digunakan sebagai sebahagian daripada kempen propaganda tersebut.

Propaganda kini bukan lagi sesuatu yang asing, sebagai contoh, lebih hampir kita pada PRU ke-14, semakin kerap kita akan dibuai dengan pelbagai mainan propaganda daripada semua pihak.

Harold Lasswell di dalam The American Political Science Review, Vol. 21 (1927) ada menulis sebuah artikel yang bertajuk The Theory Of Political Propaganda.

Menurut beliau; ‘Most of that which formerly could be done by violence or intimidation must now be done by argument and persuasion. Democracy has proclaimed the dictatorship of palaver, and the technique of dictating to the dictator is named PROPAGANDA’. Maksudnya, pada era demokrasi moden, kekerasan bukan lagi pilihan. Propaganda kini menjadi teknik untuk terus kekal berkuasa.

Menurut Lasswell lagi, propaganda berhasil memanipulasi minda masyarakat bukan kerana hebatnya ‘pesanan’ atau ‘simbol’ propaganda tersebut, tetapi keberkesanannya adalah disebabkan oleh kelemahan minda masyarakat yang mudah dimanipulasi. Sebagai contoh, jika masyarakat terkesan dengan faktor ekonomi dan politik yang tidak menentu, mereka amat mudah terpengaruh dengan propaganda yang menjanjikan kesejahteraan dan quick fix (penyelesaian pantas) kerana sudah menjadi naluri manusia memerlukan ‘jaminan’ yang dijanjikan oleh propaganda tersebut. Inilah bentuk manipulasi yang dinyatakan Lasswell. Maksudnya di sini, tak kiralah sama ada pro-establishment atau anti-establishment yang menabur janji, jika marhaen itu dalam keadaan yang terdesak, amat mudah mereka untuk mempercayainya walaupun pada hakikatnya ia adalah janji palsu semata-mata.

Edward S. Herman dan Noam Chomsky di dalam buku mereka yang bertajuk Manufacturing Consent: The Political Economy of Mass Media pula menyatakan bahawa minda marhaen ni sebenarnya mudah untuk dimanipulasi melalui kempen propaganda yang pelbagai (systemic biases). Ia seperti filem Inception lakonan Leonardo DiCaprio tu juga, cuma tak perlu masuk dalam mimpi subconscious (tanpa sedar) kalian untuk manipulasi apa yang patut. Biasa-biasa jer kita ni… tak payah susah-susah nak dimanipulasi.

Penulisan Herman dan Chomsky sebenarnya lebih kepada media biases (berat sebelah), dan mereka ada menggariskan 5 tatacara untuk mengenal propaganda media berat sebelah ini;

1. Siapakah tuan punya media tersebut? (Ownership)
2. Bagaimana media ini membiayai kegiatannya? (Funding)
3. Dari manakah media ini memperolehi beritanya? (Sourcing)
4. Apakah respons negatif media ini terima? (Flak)
5. Apakah isu yang digunakan oleh media untuk menakutkan masyarakat? (Fear Factor)

Selepas ini, jika kalian membaca apa-apa berita, cubalah perhalusi kelima-lima soalan ini, dan cubalah bertanya;

Apakah matlamat dan propaganda di sebalik artikel/video ini?

Janganlah kita mudah-mudah percaya akan segala berita yang kita lihat di media sosial. Perhalusi permainannya, kerap bertanya maksud di sebaliknya dan be open mind. Jangan terlalu taksub pada mana-mana pihak kerana ‘your emotion cloud your judgement’.

Ingatlah! Chomsky juga ada berkata;

“Masalah dengan media massa adalah komitmen ideologi dan doktrinal yang menjadi sebahagian daripada budaya intelek mereka yang punya ‘kuasa'”. Kuasa di sini adalah mereka yang punya media itu, bukan terhad pada mereka yang punya kuasa politik.

Dalam musim cantas-mencantas ini, berhati-hatilah dalam mempercayai apa yang disebar. Jadilah bangsa yang tidak mudah dimanipulasi dan ada kemahiran berfikir aras tinggi (kbat).

Mungkin juga hantu kebaya merah itu satu manipulasi propaganda yang tidak kita sedari…

Rujukan dan bacaan lanjut;

1. The Theory of Political Propaganda, Harold D. Lasswell, American Political Science Association, 1927

2. Manufacturing Consent: The Political Economy of Mass Media, Edward S. Herman & Noam Chomsky, Random House, 2002 Edition

3. Based On A True Story: Turkish Movie Celebrates Afrin Campaign ‘Heroism’,


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang pengembara warisan yang fokus kepada tinggalan sejarah dan budaya setempat. Gemar membaca dan menulis itu cara beliau mengekspresi diri dan dunia marcapada

Comments are closed.