Moving Forward As One

Aeon: Tranformasi Kedai Kimono Kepada Pasar Raya Besar

1,212

Aeon merupakan sebuah rangkaian pasar raya besar yang agak terkenal di Malaysia. Boleh dikatakan di hampir setiap bandar besar di Malaysia pasti akan terlihat kelibat Aeon.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Pasar raya ini juga adalah tempat lepak yang agak elegant bagi anak mudah serta menjadi pilihan kaum ibu untuk mendapatkan barangan segar.

Persoalannya bagaimanakah Aeon boleh tertubuh sehingga menjadi besar seperti hari ini? Ayuh ikuti sorotan ini.

Semuanya bermula dengan syarikat Okadaya Co., Ltd. yang telah ditubuhkan pada tahun 1758 oleh Sozaemon Okada untuk menjual kimono. Perniagaan menjual kimono ini berjalan sehingga beberapa generasi sehinggalah pasca-Perang Dunia Kedua.

Takuya Okada iaitu pewaris kepada syarikat Okadaya telah bermula kembali bersama 5 orang pekerja di sebuah bangunan kecil.

Tak lama kemudian, syarikat itu berkembang dengan memiliki 14 premis. Ketika itu Takuya berpendapat, syarikatnya tidak boleh terlalu bergantung kepada produk kimono dan tekstil sahaja.

Dia mesti kembangkan perniagaannya keseluruh Jepun sebelum memasuki pasaran antarabangsa.

Bermula dari situ Takuya telah memberikan cadangkan kepada Kazuichi Futagi iaitu pemilik syarikat bundle Futagi Co., Ltd untuk bergabung.

Pergabungan ini disambut dengan baik oleh Kazuichi dan disertai dengan Jiro Inoue iaitu pemilik Shiro Co., Ltd. Lantas ketiga-tiga syarikat ini bersatu untuk menjadi gergasi yang besar.

Syarikat baru yang terhasil daripada penggabungan tersebut diberikan nama Japan United Stores Company yang disingkatkan menjadi JUSCO.

Syarikat baru ini mula meneroka pasaran baru apabila mula fokus kepada perniagaan runcit. Langkah itu berjaya tetapi dihalang oleh krisis ekonomi yang berlaku ketika 1970an.

Lebih memburukkan keadaan lagi, pengenalan Large-Scale Retail Law daripada Japanese National Assembly membuatkan Jusco semakin lemah.

Walau bagaimanapun segala masalah ini berjaya diatasi sehingga Jusco berjaya memiliki begitu banyak rangkaian kedai tempatan Jepun.

Jusco berjaya memasuki pasaran antarabangsa bermula ketika mereka berjaya membentuk Miwon Fishery Co., Ltd., di Korea Selatan hasil gabungan dengan syarikat tempatan pada 1973.

Tahun berikutnya, Jusco telah memperluaskan empayarnya ke Australia dan Brazil.

Menjelang 1980an, Jusco berusaha untuk membuka lebih banyak pasar raya walaupun dihalang oleh pihak pemerintah.

Jadi Jusco telah menubuhkah sebuah rangkaian kedai runcit bagi memanipulasi undang-undang seperti Nihon Direct, Big Barn, Blue Grass, Nishiki dan Mini Stop.

Tahun yang sama juga menyaksikan perniagaan Jusco di pasaran antarabangsa semakin berkembang.

Hal ini dapat dibuktikan apabila Jusco telah membuka pasar raya pertama mereka di Malaysia pada tahun 1985. Pasar raya ini dikendalikan oleh Jaya JUSCO Stores SDN. BHD. yang juga merupakan gabungan Jusco bersama 4 syarikat Malaysia lain.

Selepas itu, Jusco semakin perkasa sehingga mampu mengambil alih rangkaian butik dari Britain dan Amerika Syarikat.

Memasuki 1990an, Jusco telah menubuhkan anak syarikat AEON Forest Co. Ltd. sebagai francais bagi menggantikan The Body Shop.

Hal ini membuatkan Jusco secara perlahan mula berubah ke imej baru dengan menukar kesemuanya nama pasar rayanya menjadi Aeon tetapi Jusco masih digunakan sebagai nama syarikat.

Selepas itu semuanya menjadi sejarah apabila Aeon berjaya menjadi antara rangkaian kedai runcit dan pasar raya terbesar di dunia.

Malah Aeon masih lagi meneruskan pengambilalihan pasar raya lain menjadi milik mereka.

Salah satunya adalah dengan pengambilalihan Carrefour menjadi Aeon Big. Hari ini di Malaysia, Aeon boleh dikatakan sebagai sebuah pasar raya yang sangat besar sehingga dijadikan sebagai tempat membeli-belah pelbagai barangan oleh seisi keluarga.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Ianya boleh dilihat melalui Aeon yang terletak di Tebrau dan Nilai menjadi terbesar di Malaysia.

Apa-apapun, gabungan ataupun konsortium dalam perniagaan akan menjadi sangat berkesan jika kena dengan caranya.

Jadi jika anda mahu lebih global, anda boleh membentuk konsortium ke pasaran antarabangsa.

Ruangan komen telah ditutup.