Permainan video Marvel: Future Fight memperkenalkan empat watak karakter adiwira baharu yang dikenali sebagai ‘Warriors of the Sky’ yang berasal daripada negara-negara Asia Tenggara, termasuk negara Malaysia, iaitu:

1. Sun Bird (Burung Matahari), Malaysia.

Penjaga Selatan dan merupakan seorang lanun dari tahun 1600 M yang dilahirkan semula. Mempunyai kuasa daya penyembuhan dan menggunakan senjata dua bilah keris. Merupakan pakar penyembuhan dalam kumpulan.

2. Blue Dragon (Naga Biru), Vietnam.

Penjaga Timur dan merupakan seorang anak daripada keluarga bangsawan dari Vietnam. Mempunyai kuasa mengubah segala senjata berunsur naga dan menggunakan senjata sebilah lembing.

3. War Tiger (Harimau Perang), Thailand.

Penjaga Barat dan merupakan salah seorang jeneral perang dari Siam/Thailand. Mempunyai kuasa tubuh badan yang kebal dan menggunakan senjata mistik Taring Harimau. Merupakan pakar dalam pertempuran jarak dekat.

4. Shadow Shell (Cangkerang Bayang), Taiwan.

Penjaga Utara dan diambil sebagai anak angkat dari keluarga yang menetap di Taiwan. Mempunyai kuasa melumpuhkan tubuh musuh dari jauh dan menggunakan senjata rifle yang berteknologi tinggi. Merupakan pakar strategi dalam kumpulan ini.

Kredit: Marvel Future Fight.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

'Creative. Celibate. Crybaby.'

Comments are closed.