Kanak – kanak sentiasa hidup dalam keadaan fantasi, dan mereka sentiasa membayangkan alangkah baiknya jika adiwira betul-betul wujud dalam kalangan masyarakat kita. Tetapi tahukah anda bahawa adiwira sebenarnya wujud dalam kalangan masyarakat kita suatu ketika dahulu?

Adiwira bermaksud perwatakan fiksional yang mempunyai kuasa luar biasa. Berdasarkan pemerhatian, adiwira boleh muncul dalam tiga situasi, iaitu:-

Genetik atau keturunan seperti Superman, Thor, Wonder Woman dan sebagainya. Kalau kita ikut dari sudut sejarah, adiwira yang memiliki darah keturunan ini biasanya memiliki kasta yang berbeza dengan orang yang cuba diselamatkannya. Cuba lihat golongan Brahmin dalam sistem kasta Tamadun Hindu. Mereka diberikan kepercayaan untuk mentafsir kitab dan sekaligus menjadi golongan tertingggi dalam kasta lantaran keturunan mereka yang dikatakan boleh menghilangkan kesengsaraan golongan kasta yang lain. Bukan itu sahaja malah kaum Israel dianggap kaum yang istimewa kerana kebanyakan nabi dan rasul adalah daripada keturunan mereka. Keturunan atau genetik ini penting bagi masyarakat atau tamadun sebelum ini kerana bagi mereka, baka keturunan mencerminkan rahmat atau sumpahan yang akan dikaruniakan kepada masyarakat setempat. Dan ianya masih lagi membawa kepentingan dalam system dunia sekarang dimana Nabi Isa A.S. @ Jesus yang lahir di Nazareth telah diimejkan sebagai warga berkulit putih sedangkan beliau bukan berketurunan Anglo Saxon.

Konsep ini hampir menyamai konsep genius dalam kehidupan manusia. Manusia lahir dalam pelbagai rupa, suara, warna kulit dan keupayaan aqli masing-masing. Mungkin anda pernah mengenali seseorang yang bijak dan cemerlang dalam peperiksaan tanpa perlu mentelaah lama-lama ataupun seseorang yang pandai bermain musik dengan hanya sedikit masa diperuntukkan untuk berlatih. Mereka diberikan anugerah oleh tuhan sebagai inspirasi kepada kita untuk menyedari tanggungjawab individu pada masyarakat.

Yang kedua melalui kesengsaraan seperti Batman dan Ironman. Mereka datang daripada golongan yang berada dan mempunyai kemampuan dari segi tubuh badan, intelek dan wang. Namun untuk menjadi adiwira, Bruce Wayne (Batman) perlu kehilangan ibu bapa dan belajar di bawah League of Assassins dan Tony Stark (Ironman) perlu ditangkap oleh pengganas dan membina baju besinya dengan tangan sendiri tanpa teknologi canggih. Derita yang ditanggung oleh mereka mendapat junjungan daripada rakyat bahawa orang seperti ini memahami penderitaan orang lain dan memiliki empati serta bertanggungjawab untuk mengeluarkan mereka dari neraka dunia. Bukan itu sahaja, malah mereka juga berpendapat optimis bahawa jika seorang manusia biasa boleh mengeluarkan mereka daripada kesengsaraan, kenapa rakyat lain tidak boleh? Jadi ini membangkitkan semangat individualisme untuk Berjaya dalam hidup dan menjadi inspirasi kepada kanak-kanak dan golongan pertengahan.

Cuba lihat contoh Nabi Muhammad SAW yang terpaksa menanggung derita kehilangan ahli keluarga, kerja makan gaji dan terpaksa menjauhi masyarakat Makkah ketika itu kerana tidak bersetuju dengan pemikiran mereka. Nabi Muhammad menjadi rasul ketika berumur 40 tahun dan wafat ketika berumur 63 tahun. Pelbagai derita dihadapi beliau dan kini beliau ialah manusia paling popular dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Melalui derita seseorang itu akan belajar melalui guru terbaik dalam dunia iaitu kebenaran dan pengalaman. Kita diajar sejak daripada zaman persekolahan untuk mengelak daripada melakukan kesilapan, padahal kesilapanlah yang mematangkan kita. Derita yang anda alami mungkin sebab sendiri ataupun orang lain, tetapi hakikatnya menjadikan diri kita lebih kuat menghadapi cabaran.

Dan yang ketiga melalui pilihan rawak seperti Captain America dan Spiderman. Adiwira sebegini dikatakan paling tidak boleh diramalkan dan bergantung pada nasib dan pilihan tuhan. Steve Rogers seorang tentera yang kurus dan lemah dipilih oleh tentera US sebagai bahan eksperimen menguji serum super soldier yang dicipta saintis, dan Peter Parker menjadi spiderman setelah digigit oleh labah-labah yang disuntik bahan kimia. Pada asalnya, mereka juga seperti rakyat biasa yang menanggung derita dan kesengsaraan namun dianggap dipilih oleh Tuhan untuk memimpin orang lain. Nabi Nuh A.S. sebelum menerima wahyu agar membina bahtera bagi menyelamatkan dunia daripada banjir besar dianggap gila kerana tiada sebarang tanda pun mengatakan akan berlakunya banjir besar ketika itu. Nabi Musa A.S. juga boleh dianggap sebagai ‘bertuah’ kerana walaupun Firaun mengimplimentasi undang-undang membunuh semua bayi lelaki hanya kerana ramalan kejatuhan kerajaannya, baginda tidak membunuh Nabi Musa A.S. malah membelanya sehingga dewasa.

Jika anak anda atau anda sendiri mengidolakan adiwira seperti contoh di atas, ketahuilah bahawa idola anda adalah terinspirasi daripada orang-orang mulia yang dicatat dalam sejarah. Pilihlah idola untuk anak anda bukan sahaja untuk menghiburkan mereka, malah mendidik mereka mencari diri mereka sendiri dan memikul tanggungjawab untuk membantu orang lain.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.