Dr. Shoaib Ahmed Malik, merupakan seorang Professor dalam bidang Sains Tulen di sebuah universiti di Dubai, UAE. Beliau antara sarjana-sarjana Islam yang cuba mengharmonikan Islam dan juga Teori Evolusi, terutama berkaitan dengan di manakah letaknya Adam dalam sejarah manusia.

Ayuh segera membeli di Shopee kami sementara jualan 2.2 ni masih berlangsung. Klik ke: shopee.com.my/thepatriotsasia

Baru-baru ini, dalam perkongsian beliau dengan sebuah laman siaran YouTube, yang sama nadanya dalam bukunya bertajuk Islam and Evolution: Al-Ghazālī and the Modern Evolutionary Paradigm, beliau berusaha nak mengharmonikan teori evolusi dengan agama Islam, menggunakan pemikiran Imam Ghazali.

Untuk yang tidak mengetahui, Dr. Shoaib Ahmed Malik membawa satu jawapan baru kepada persoalan yang membelenggu kita umat Islam. Beliau mencadangkan hipotesis Adam Exceptionalist bagi menjawab persoalan tentang kepelbagaian spesis manusia yang ditemui dalam sejarah. Tetapi sebelum hendak memahami konsep ini, kita berkenalan dulu dengan kerangka pemikiran beliau.

Beliau dalam pembentangannya mengenai Islam dan Evolusi bawakan satu konsep yang dipanggil Tawaquf. Menurut beliau, Tawaquf ni ialah “suspending judgment” di mana melibatkan sesuatu yang tak diceritakan dalam Al-Quran. Konsep Tawaquf ni hanya terpakai untuk sesuatu yang tak diceritakan dalam Al-Quran.

Contohnya dalam Al-Quran tak ceritakan tentang periodic table, setiap Muslim tak wajib untuk percaya pada periodic table, dan tak wajib untuk menolak kerana ini tak diceritakan dalam Al-Quran. Jadi, fahamkan konsep Tawaquf yang Dr Shoaib cuba bawa?

Sekarang, macam korang selalu baca kat TP, kami tulis artikel tentang pelbagai spesis manusia (Homo Habilis, Homo Erectus, Homo Neanthdreal, Homo Sapiens) yang korang semua cakap kami ni dah menyimpang jauh, kami ni dah kafir, murtad atau ada yang terlalu bodoh pergi cakap kami anut Scientology sedangkan Scientology dan Scientism ni adalah dua benda berbeza.

Dalam hal ni, kami kat TP, dan pelbagai admin lain ambil konsep Tawaquf. Spesis Homo ni semua tak diceritakan pun dalam Al-Quran. Al-Quran tak cerita pasal spesis manusia ni semua, jadi bagi kami, kami tak salah pun nak cerita. Tak menyalahi akidah, tak menyalahi kepercayaan kami sebagai Muslim, bahkan nanti kalau korang ikuti artikel kami, korang akan tahu bahawa spesis manusia ni menyumbang banyak kepada perkembangan peradaban manusia itu sendiri.

Kedua, Dr. Shoaib Ahmed Malik bawa satu konsep yang dikenali sebagai Adam Exceptionalist yang mengatakan bahawa Evolusi itu berlaku pada haiwan dan tumbuhan, evolusi itu berlaku kepada manusia yang definisinya menepati definisi biologi seperti mana spesis-spesis manusia yang disebutkan oleh aku awal tadi. Mereka yang memegang konsep Adam Exceptionalist percaya bahawa Adam ialah manusia paling sempurna dari segi biologi dan juga fitrah insani yang digariskan oleh Al-Quran. Adam dan anak-cucunya ini ialah setepat-setepatnya manusia yang memiliki definisi Insan dan Bashar yang digariskan oleh Al-Quran.

Cumanya, tak seperti mana Human Exceptionalist yang menolak bahawa seluruh manusia mengalami proses evolusi, pemegang konsep Adam Exceptionalist ini percaya bahawa selain Adam yang sempurna dari lahiriah dan batiniah ini, bahawa sebenarnya wujud spesis-spesis manusia lain di luar sana. Spesis manusia selain Bani Adam inilah yang tidak menepati ciri-ciri Insan oleh Al-Quran, dan mereka inilah yang mengalami evolusi sehingga melahirkan pelbagai spesis manusia yang dikenali dalam sejarah.

Kewujudan Adam dan Hawa sebagai manusia yang sempurna itu memang wujud dalam Al-Quran, yang ni kita tak boleh tawaquf, dan kita sebagai Muslim WAJIB PERCAYA akannya. Pemegang konsep Adam Exceptionalist ini juga percaya Adam sebagai dicipta sempurna, tidak mengalami proses evolusi yang dialami oleh spesis Homo dan makhluk TUHAN yang lain. TETAPI… Al-Quran tak beritahu apakah ada makhluk lain yang hidup bersama dengan Adam dan anak-anak cucu-cucunya? Apakah ada spesis-spesis Homo lain yang bersama dengan Bani Adam?

 

Ya, hipotesis Bani Adam sebagai manusia sempurna yang menepati definisi Insan dalam Al-Quran ini hampir sama dengan hipotesis Insan yang Prof Naquib Al-Attas gariskan. Cuma persemendaan antara Banu Adam dan Homo Sapiens dan Homo yang lain ni masih baru.

Di sinilah segala kekusutan, belenggu yang kebanyakan umat Islam hadapi terjawab. Makanya di sini konsep Tawaquf boleh dipakai. Kita boleh sandingkan hipotesis ni dengan penemuan-penemuan sains. Dr Shoaib Ahmed Malik percaya bahawa kemungkinan besar persemendaan Bani Adam dengan Homo Sapiens, atau Homo yang lain berlaku dalam sejarah.

Kenapa? Pertama pada variasi genetik DNA manusia yang kita ada tak mungkin boleh tercetus kalau perkahwinan antara adik-beradik berlaku antara anak-anak Adam, dan juga hanya datang daripada dua pasangan sahaja. Variasi genetik, kepelbagaian yang dilihat pada manusia memberitahu sebaliknya.

Kedua, sejarah membuktikan bagaimana perkahwinan sesama sepupu pun boleh berakhir dengan kecatatan genetik, apatah lagi kalau perkahwinan sesama adik-beradik. Ini dapat dibuktikan apa yang jadi pada keluarga diraja Hasburg dan juga Firaun, di mana mereka pupus, dan hampir pupus kerana penyakit genetik. Ikut logiknya, umat manusia tak akan mampu berkembang sehingga berbillion seperti hari ini dan akhir berakhir pupus seperti dua keluarga diraja yang amalkan perkahwinan sepupu dan adik-beradik.

Jadi, Dr. Shoaib Ahmed Malik mencadangkan satu peristiwa di mana Banu Adam, anak-anak Adam ni akhirnya akan bertembung dengan Homo Sapiens yang wujud, dan persemendaan berlaku antara anak-anak Adam ni dan Homo Sapiens. Maka jadilah manusia moden seperti mana yang kita kenali hari ini, yakni kita masih lagi anak-anak Adam meski dalam DNA kita ada kesan Homo Erectus, Homo Neanderthal etc.

Dan wajib untuk kita percaya bahawa keturunan-keturunan manusia yang tidak bersemanda dengan Bani Adam ini akan tenggelam dalam kepupusan, dan yang tinggal sebagai manusia moden kelak nanti adalah keturunan Banu Adam sama ada campuran atau keturunan tulen. Setakat ni,  hipotesis Dr Shoaib paling ngam dengan penemuan-penemuan tamadun yang berusia jutaan tahun, penemuan tengkorak manusia-manusia yang hidup jutaan tahun ini, kena dengan penemuan berupa kapak batu, ritual pengebumian etc.

Dan sekarang, di mana Adam diturunkan? Dan kalau korang lihat pada gambar dibawah ini, ada banyak possibilities timeline Adam boleh diletakkan. Al-Attas berdasarkan kiraannya, menetapkan kira-kira 8000 tahun lalu Adam diturunkan.

Perlu diingati bahawa hanya Kristian sahaja menetapkan angka turunnya Adam, dan kita umat Islam terutama Ahlul Sunnah tidak ada angka yang khusus, semuanya hanyalah pengiraan manusia. Jadi, ada beberapa period dalam sejarah boleh kita letaknya turunnya Adam, manusia yang kena dengan fitrah insani seperti mana yang diceritakan Al-Quran perlu perbahasan lebih lanjut.

Sebenarnya sudah lama kami para penulis Patriots berusaha untuk mencadangkan timeline sejarah di mana Adam turun, dikalangan manusia-manusia spesis Homo ini. Selepas lama berbincang, kami rasakan bahawa period Revolusi Pertanian itu adalah period paling sesuai turunnya Adam. Sebab anak-anak Adam dah ada pengetahuan tentang pertanian dan perladangan sesuai dengan Kisah Habil dan Qabil.

Kebetulan, Revolusi Pertanian berlaku kira-kira 10, 000 SM yang lalu. Sejarah sangat mementingkan Revolusi Pertanian ini adalah kerana pada ketika ini, manusia mula tinggalkan kehidupan nomad mereka, mula menetap di satu kawasan dan mula bertani. Hasil surplas pertanian tu menyebabkan kota terbentuk sebab manusia boleh membiak dengan lebih ramai, dan ini membuatkan sistem manusia menjadi lebih kompleks dan terciptanya ketamadunan yang lebih kompleks.

Jadi, tak salah kita nak cakap bahawa anak-anak Adam mengajarkan ilmu pertanian kepada manusia-manusia Homo Sapiens yang lain pada zaman itu, sehinggakan akhirnya mengubah ketamadunan dunia seperti mana yang kita kenali hari ini? Benda yang aku ceritakan tak diceritakan dalam Al-Quran, jadi korang boleh Tawaquf pada info-info yang aku ceritakan. Yang wajib korang percayalah bahawa Adam dan Hawa ialah ibu dan bapa korang, diturunkan ke bumi.

Ayuh segera membeli di Shopee kami sementara jualan 2.2 ni masih berlangsung. Klik ke: shopee.com.my/thepatriotsasia

Cumanya, info ini setakat ni yang dikira kena betul dengan timeline penemuan-penemuan dalam sejarah, dan  bila jumpa hipotesis ini, ianya sedikit membawa kelegaan sebab segala info-info yang terkandung dalam sejarah, dah nampak dengan jelas. Dr Shoaib Ahmed Malik hanya sekadar menawar jawapan alternatif untuk kita umat Islam.

Sains pulak macam selalu kami cakap sentiasa berevolusi dari semasa ke semasa, sama juga dengan penemuan sejarah yang akan mengubah maklumat yang korang percaya hari ini. Wahyu itu mutlak, tetapi tidak sains dan sejarah. Dan kalau nak tonton tangkap layar dari gambar yang dikongsikan di atas, boleh lah ke:


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

1 Comment

  1. Salam, saya harap pihak TP sunting dahulu artikel yang ditulis, kerana banyak artikel penuh dengan bahasa pasar, bukankah pihak TP ingin gemilangkan semula Tamadun Melayu? Saya tidak melihat bangsa laub rosakkan penulisan mereka dengan bahasa pasar melainkan orang Melayu sendiri sehingga kini mengulangi tatabahasa yang salah seperti penggunaan ianya, setengah, dll. Kekalkan “standard” jangan nak ribut apabila generasi sekarang semakin tidak menghormati bahasa sendiri. Jangan pula melatah kalau orang lain kata Melayu ini tidak bertamadun.

Leave A Reply