Adam Bridge Dalam Legenda Islam Dan Mitologi Hindu

14,828

https://bit.ky/kombowww

Baru-baru ini, Utusan Malaysia menerbitkan sebuah fakta berkenaan Jambatan Adam atau Jambatan Rama (nama panggilan bagi masyarakat Muslim dan Hindu di India dan Sri Lanka). Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, selepas menerima tekanan sesetengah pihak yang tidak bersetuju dengan fakta tersebut, pihak akhbar memohon maaf dan menarik balik fakta tersebut. Hakikatnya, kisah jambatan ini menarik perhatian ramai pengkaji sejak dahulu lagi.

Jambatan Adam ialah sebuah rantaian beting batu kapur yang menghubungkan Pulau Pamban di tenggara Tamil Nadu, India dengan Pulau Mannar yang bertempat di barat laut Sri Lanka. Jambatan ini berukuran 48 kilometer panjang merentasi teluk berkenaan.

Sesetengah bahagian jambatan masih kelihatan timbul dari pasar air laut setinggi satu meter. Dikatakan jambatan ini boleh dilintasi sesiapa saja sehingga abad ke-15 Masihi. Abad tersebut menyaksikan berlakunya ribut tropika kuat yang menenggelamkan jambatan ini pada tahun 1480 Masihi.

Angkatan p3r4ng Vanara membina Jambatan Rama seperti digambarkan dalam epik Ramayana.

Berdasarkan mitos epik Hindu Ramayana, Dewa Rama dan para t3nt3r4 Vanara (monyet berupa manusia) bertanggungjawab membina jambatan dari India ke Lanka (Sri Lanka) itu. Tujuannya ialah menyelamatkan isterinya Sita Dewi dari genggaman raja Rakshasa iaitu Ravana (Rawana dalam Hikayat Seri Rama).

Ravana, raja Rakshasa yang mempunyai sepuluh kepala mengumpan Sita dengan kehadiran rusa emas yang sakti. Termakan dengan umpan baginda, Ravana berjaya menangkapnya dan membawanya ke Lanka. Baginda berbuat demikian kerana murka dengan tindakan Rama mencederakan hidung adindanya, Shurpanakha. Dengan menculik Sita, ia dianggap satu deklarasi d3nd4mnya terhadap Rama.

Sedar tentang apa yang berlaku, Rama segera mengumpul kekuatan t3nt3r4 diperlukan untuk pergi ke Lanka. Dewa Brahma menyediakan bala tentera Vanara untuk membantunya. Dengan bantuan ketua Nila bersama dan seorang jurutera bernama Nala, tentera Vanara berjaya membina jambatan ke Lanka dalam tempoh lima hari.

Setibanya di Lanka, kedua-dua angkatan p3r4ng bertembung dan tercetuslah pert3mpvran sengit antara mereka. Rama bert3mpvr dengan Ravana selama beberapa hari sebelum akhirnya mvsvhnya itu tumbang terkena p4n4h yang dilepaskan Rama.

Sementara dunia Islam dan Barat mula mengenali Jambatan Adam menerusi Kitab al Masālik w’al Mamālik yang dikarang birokrat kerajaan Abbasiyyah dan ahli geografi Parsi terkenal, Ibnu Khordadbeh. Kitab al-Masalik w’al Mamalik atau Kitab Laluan dan Kerajaan menyentuh satu lokasi di Sri Lanka yang dipanggil Set Bandhai atau Bridge of the Sea.

Mengikut kepercayaan masyarakat Muslim India dan Sri Lanka yang direkodkan dalam kitab tersebut, mereka percaya jambatan inilah yang digunakan Nabi Adam a.s untuk menyeberang ke tanah besar Asia.

Selepas turun dari syurga di satu lokasi yang dipanggil Puncak Adam, baginda menggunakan jambatan tersebut untuk menyeberang dan meneruskan perjalanan mencari isterinya yang tercinta, Hawa. Lantas atas sebab itulah, jambatan itu diberi nama Jambatan Adam.

Terdapat kumpulan yang percaya bahawa cerita lagenda kitab Ramayana termasuk dalam garis masa sejarah dan percaya Jambatan Adam merupakan binaan Rama dan ketvmbvkan Varana. Kumpulan ini terdiri daripada kelompok nasionalis Tamil dan para konservatif Hindu.

Kumpulan penyelidikan professor S.M. Ramasamy dari Centre of Remote Sensing (CRS), Bharathidasan University mendakwa pentarikhan karbon pada kawasan pantai berdekatan Jambatan Adam sezaman dengan masa pembinaan jambatan yang direkodkan dalam kitab Ramayana iaitu sekitar 3,500 tahun lalu.

S. Badrinarayanan, bekas pengarah organisasi Geological Survey of India turut menegaskan mustahil Jambatan Adam adalah sebahagian dari aktiviti geologi kerana kehadiran lapisan tanah yang longgar di bawah batu karang di sepanjang laluan jambatan. Batu karang biasanya tumbuh di atas batu tetapi kehadiran lapisan tanah ini mencurigakan kerana mustahil batu karang tumbuh di kawasan tidak berbatu.

Rajah 2: Imej Jambatan Adam yang diambil dari satelit NASA.

Bagaimanapun, dakwaan Jambatan Adam dibina oleh Rama yang dipelopori golongan nasionalis Tamil dan konservatif Hindu memakan diri dan dipatahkan oleh para ahli geologi. Mereka mengkaji pembentukannya melalui pemerhatian dari foto yang diambil oleh satelit NASA. Tambahan pula, laporan dari Archaeological Survey of India turut menunjukkan bahawa tiada bukti kukuh berkenaan aktiviti pembinaan jambatan tersebut.

Bagi memperoleh bukti Jambatan Adam terhasil daripada pembentukan aktiviti geologi, ia agak sukar dilaksanakan ketika ini. Ini kerana ekspedisi sebegini memerlukan sejumlah dana yang besar dari badan berkaitan seperti Indian Council of Historical Research (ICHR). Selain itu, pasukan yang dihantar harus berwaspada dengan 4nc4m4n kesihatan ketika ini seperti pandemik Covid-19.

Satu-satunya bukti yang mematahkan hujah Jambatan Adam merupakan binaan Rama ialah gambar satelit yang telah dikumpul. Berdasarkan data satelit mereka, organisasi Marine and Water Resource Group of the Space Application Centre (SAC) dari Indian Space Research Organisation (ISRO) memutuskan Jambatan Adam terdiri daripada 103 buah beting kecil, sesetengah daripadanya ialah beting batu karang yang mati dan beting pasir.

Pemerhatian ini sudah cukup sebagai bukti kewujudan sebenar Jambatan Adam. 100,000 tahun dulu, ketika paras air laut masih rendah berbanding hari ini, terdapat tombolo iaitu jambatan pasir semula jadi yang menghubungkan India dan Sri Lanka sebelum tenggelam akibat kenaikan paras air laut. Yang tinggal hanyalah beting pasir dan terumbu karang yang terhasil daripada aktiviti hakisan air laut terhadap tombolo berkenaan.

Sebagai penulis dan pencinta sejarah, apa yang dilakukan Utusan Malaysia merupakan satu kesilapan. Pihak akhbar seharusnya tidak tunduk dengan tekanan kelompok tertentu yang berusaha mengetengahkan naratif palsu mereka dan berpegang teguh dengan apa yang dilaporkan. Sudah jelas kelompok ini yang dikenali sebagai geng Chola tidak senang apabila media arus perdana pula membongkar pembohongan yang dibawa mereka selepas The Patriots melakukannya.

Justeru, nasihat penulis kepada barisan editor, penulis dan wartawan Utusan Malaysia, berani kerana benar, takut kerana salah. Teruskan mengetengahkan fakta sebagai santapan minda kepada para pembaca biarpun pahit ditelan oleh kelompok tertentu.

Dan paling penting, jangan tunduk dengan tekanan orang sebegini. Orang sebegini bila diberi betis, nakkan peha. Jangan risau, kami bersama anda mendepani naratif palsu yang dijaja geng Chola!

RUJUKAN:

Sophia Bardi, Ariel. (2017). God or Geology? The Genesis of Ram’s Bridge. Hakai Magazine. https://www.hakaimagazine.com/news/god-or-geology-genesis-rams-bridge/

Bahuguna, Anjali et al. (2003). IRS views the Adams bridge (bridging India and Sri Lanka). Journal of the Indian Society of Remote Sensing. 31(4): 237–239.

C.P. Rajendran. (2018). A Post-Truth Take on the Ram Setu. The Wire. https://thewire.in/media/post-truth-take-ram-setu

Suckling, Horatio John (1876). Ceylon: A General Description of the Island, Historical, Physical, Statistical. Containing the Most Recent Information. Chapman & Hall. Muka surat 58.

Tennent, James Emerson (1859). Ceylon: An Account of the Island Physical, Historical and Topographical. London: Longman, Green, Longman, and Roberts. Muka surat 13.

Louise, Rita. (2013). Rama’s Bridge: Where Modern Science And Ancient Myths Collide. Ancient-Origins. https://www.ancient-origins.net/human-origins-opinion-guest-authors/ramas-bridge-where-modern-science-and-ancient-myths-collide

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.