Adakah Manusia Bakal Menjadi Mangsa Kepupusan Seterusnya?

1,895

https://bit.ky/kombowww

Lebih dari 3.5 bilion tahun, organisma hidupan (living organisms) telah berkembang dan membiak untuk memenuhi setiap ekosistem di Bumi. Di satu sisi banyaknya kelahiran spesis-spesis baru, kepupusan spesis juga telah menjadi sebahagian daripada kitaran evolusi hidupan spesis. Namun, kedua-dua peroses ini tidak selalunya seiring. Apabila kepupusan spesis berlaku lebih laju daripada pembentukan spesis baru, kejadian ini dipanggil sebagai “kepupusan besar-besaran” (mass extinction).

Kepupusan besar-besaran biasanya didefinisikan sebagai kehilangan spesis sekitar 1/3 daripada semua spesis yang wujud di seluruh dunia dalam tempoh masa geologi yang pendek. “Pendek” di sini bermaksud kurang daripada 2.8 juta tahun memandangkan hidupan pun telah pun wujud di bumi dalam tempoh yang sangat panjang iaitu sekurang-kurangnya 540 juta tahun yang lalu dikenali sebagai era Cambrian.

Pada era itu, pertama kalinya kepelbagaian hidupan mula “meletup” menjadi pelbagai bentuk dan hanya lima peristiwa sahaja yang mencukupi kriteria penghapusan besar-besaran. Lima peristiwa ini dikenali sebagai “Big Five” yang telah menjadi tanda aras (benchmark) oleh komuniti saintifik untuk menentukan sama ada manusia hari ini telah membentuk keadaan yang mampu membawa penghapusan besar-besaran ke atas spesisnya.

Mari kita berkenalan dulu dengan “Big Five” ini. Lima peristiwa ini telah berlau setiap 100 juta tahun secara puratanya sejak era Cambrian. Setiap peristiwa tersebut berlangsung antara 50 ribu hingga 2.76 juta tahun. Penghapusan besar-besaran pertama berlaku ketika pengakhiran era Ordovician sekitar 443 juta tahun yang lalu dan telah menghapusan 85% spesis. Peristiwa tersebut berlaku kelihatannya akibat daripada dua fenomena iklim. Pertamanya zaman ais besar-besaran, kemudian era pemanasan gelobal secara mendadak.

Penghapusan besar-besaran kedua berlaku ketika lewat era Denovian pada sekitar 374 juta tahun yang lalu dan telah menghapuskan 75% spesis. Kebanyakan spesis tersebut terdiri daripada spesis invertebrata di bawah lautan tropika pada ketika itu. Puncanya disebabkan oleh kenaikan paras air laut yang tidak menentu. Hal itu kemudiannya memberikan kesan kepada keadaan penyejukan dan pemanasan global secara mendadak. Pada ketika itu juga, tumbuhan mula tumbuh di darat dan kepekatan karbon dioksida meningkat.

Penghapusan besar-besaran ketiga adalah yang paling teruk antara lima peristiwa tersebut. Berlaku ketika pengakhiran era Permian pada sekitar 250 juta tahun yang lalu dan menghapuskan 95% spesis. Sebahagian saintis berpendapat ianya berlaku disebabkan oleh impak asteroid yang telah menyebabkan perubahan iklim yang tidak sesuai untuk banyak spesis. Impak itu juga mampu menghalang cahaya matahari sampai ke bumi dan menjana hujan asid.

Sebahagian saintis lain pula berpendapat penghapusan besar-besaran ketiga ini berlaku disebabkan oleh aktiviti volkano besar-besaran di kawasan yang kini dikenali sebagai Siberia. Aktiviti ini telah menyebabkan meningkatnya toksik di laut.

Penghapusan besar-besaran keempat berlaku 50 juta tahun kemudian yang telah menghapuskan 80% spesis ketika era Triassic. Penghapusan ini berlaku mungkin disebabkan oleh aktiviti geologi iaitu peningkatan kepekatan karbon dioksida, peningkatan suhu global dan laut berasid.

Peristiwa penghapusan besar-besaran yang terakhir berlaku ketika era Cretaceous, menghapuskan 76% spesis termasuk dinosaur. Penghapusan dinosaur telah memberikan peluang kepada mamalia peluang untuk berkembang dan membiak serta memenuhi habitat baru termasuklah manusia. Puncanya kuat disebabkan oleh peletusan gunung berapi besar-besaran.

Kini, bumi sedang mengalami krisis kepupusan. Puncanya disebabkan oleh eksploitasi planet oleh manusia. Tetapi sama ada keadaan ini bakal menjadi penghapusan besar-besaran keenam bergantung sama ada kadar kepupusan pada hari ini lebih besar daripada kadar biasa yang berlaku antara lima peristiwa tersebut sebelum ini. Namun, tanda-tanda dan bibit-bibitnya telah muncul sama seperti yang pernah berlaku pada masa lalu.

RUJUKAN:

  1. Raup, D. M., & Sepkoski, J. J. (1982). Mass extinctions in the marine fossil record. Science215(4539), 1501-1503.
  2. Alroy, J. (2008). Dynamics of origination and extinction in the marine fossil record. Proceedings of the National Academy of Sciences105(Supplement 1), 11536-11542.
  3. Congreve, C. R., Krug, A. Z., & Patzkowsky, M. E. (2019). Evolutionary and biogeographical shifts in response to the Late Ordovician mass extinction. Palaeontology62(2), 267-285.
  4. Bond, D. P., & Grasby, S. E. (2017). On the causes of mass extinctions. Palaeogeography, Palaeoclimatology, Palaeoecology478, 3-29.
  5. Ward, P. D., Haggart, J. W., Carter, E. S., Wilbur, D., Tipper, H. W., & Evans, T. (2001). Sudden productivity collapse associated with the Triassic-Jurassic boundary mass extinction. Science292(5519), 1148-1151.
  6. Are We Really in a 6th Mass Extinction? Here’s The Science. https://www.sciencealert.com/here-s-how-biodiversity-experts-recognise-that-we-re-midst-a-mass-extinction
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.