Adakah Makhluk Asing Wujud?

1,043

Adakah makhluk asing itu wujud? Jika tidak wujud, kita teruskan kehidupan seperti biasa, tetapi jika wujud maka timbul soalan kedua.

Adakah mereka pernah menghubungi kita?

Untuk soalan yang kedua ini, ia telah di jawab oleh ahli astronomi yang telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852 dan menemui terdapat gangguan cahaya yang sangat tinggi pada bintang tersebut iaitu sebanyak 22%.

Lalu saintis Barat berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan oleh satu gelombang daripada makhluk asing yang wujud di luar sistem solar kita.

Tapi bukan semua saintis Barat bersetuju dengan idea wujudnya makhluk asing di luar sana, lalu menyanggah idea tersebut dan yakin bahawa gangguan cahaya itu disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.

Lantas Bradley Schaefer, seorang pengkaji angkasa dari University of Louisana State membuktikan dengan data bahawa gangguan itu bukanlah pertama kali dalam sejarah angkasa raya, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas yang mana jika benar gangguan itu daripada komet, maka ianya memerlukan sebanyak 650,000 komet untuk mendapat gangguan cahaya sebanyak 22%.

Tapi kajian masih diteruskan bermula dari tahun 1960 oleh seorang ahli astronomi bernama Frank Drake yang telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia dan hingga kini tiada bukti bahawa mahkuk asing itu wujud.

Pada tahun 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi projek-projek memburu makhluk asing.  Projek ini bernama “Breakthrough Listen” dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal, iaitu Stephen Hawking.

Dua teleskop radio terbesar di dunia akan digunakan iaitu Green Bank Telescope di Amerika Syarikat dan Parkes Telescope di Australia yang mana teleskop-teleskop ini akan beraksi 50 kali ganda lebih sensitif dan bakal mengawasi berjuta-juta bintang serta 100 galaksi terdekat dari sistem bima sakti kita.

Dengan teknologi ini, sebarang pergerakan UFO yang mungkin berterbangan di sekitar 1000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop ini. Thanos pun tak dapat nak lari.

Dan katakanlah, mereka menjumpai wujudnya mahkluk asing, maka timbul soalan ketiga;

Kenapa mereka pernah tidak pernah menghubungi kita?

Panjang nak cerita, dan jika mereka ada hubungi kita, maka ada undang undang dari PBB, iaitu kita tak boleh jawab bagi pihak bumi sewenang-wenangnya, tapi kita kena rujuk saintis peringkat dunia, kena mensyuarat dulu dan kena cari the best way untuk balas balik, bukan boleh buat ikut suka, malahan Stephen Hawking sendiri yang memberi dana jejak Alien melarang sebarang mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak. Bukan sewenang-wenangnya boleh lantik diri menjadi duta makhluk asing!

Lepas tu ada pula kajian yang mana jika alien hubungi kita, maka kita kena guna simbol matematik sebagai alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk asing sebab mereka dah tentu tak bercakap bahasa kita.

Okey, jauh sangat kita bincang isu ni, tajuk page ini kereta mayat, kenapa jauh sangat kereta mayat bercerita sampai hujung angkasa, kembali ke bumi, maka dari tiga soalan saintis di atas:

(1) Adakah Makhluk asing itu wujud?

(2) Adakah mereka pernah menghubungi kita?

(3) Kenapa mereka tidak menghubungi kita?

Dari tiga soalan ini tadi telah menarik minat saintis dan pelabur jutawan untuk mengkaji dan menyumbang dana, maka boleh tak kita pinjam tiga soalan ini bukan untuk bertanya tentang Alien, tapi untuk bertanya tentang Tuhan, iaitu:

(1) Adakah Tuhan itu wujud?

(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?

(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita?

Maka untuk menjawab soalan ini, pertama kita pasti yakin bahawa Tuhan itu wujud sebab jika alam ini tidak berawal dan berakhir maka tak logik, alam ini pasti bermula oleh satu kuasa yang di namakan Tuhan dan Tuhanlah selayaknya untuk kedudukan tidak berawal dan berakhir.

Note: Saintis setuju alam ini bermula dengan letupan Big Bang dan akan berkahir suatu hari nanti.

Jadi dengan yakin bahawa Tuhan itu wujud, maka kita pergi kepada soalan kedua.

(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita?

Daripada sejarah lampau, terdapat banyak agama yang mengaku Tuhan menghubungi bangsa mereka, namun daripada semua dakwaan, ada empat agama yang mempunyai ramai pengikut dan bijak pandai iaitu;

-Christian 2.0 billion

-Islam 1.2 billion

-Hindu 811 million

-Buddha 360 million.

Semua agama ini mendakwa agama mereka paling betul, tapi panjang nak cerita sebab agama yang betul kena bersifat adil iaitu tak perlu kita jadi saintis untuk mengkaji, cukup jika kita jawab soalan ini:

Siapakah orang yang Tuhan hubungi? Sudah tentu orang itu adalah sebaik-baik manusia, sehebat-hebat manusia, paling berpengaruh, bijaksana, akhlak terpuji, tidak pernah bercakap bohong dan tiada seorang pun yang mampu setanding dengannya dulu, kini dan akan datang.

Panjang nak cerita saya pendekkan, Nabi Muhammad SAW ialah manusia paling berpengaruh dalam dunia dan beliau tidak pernah bercakap bohong, dalam masa yang singkat Baginda telah berjaya membawa perubahan kepada dunia dan perubahan itu kekal sehingga sekarang. Kemudian Kitab al-Quran yang diwahyukan Allah kepada Baginda merupakan kitab yang paling banyak common sense berbanding kitab agama lain.

Maka menjawablah soalan;

(1) Adakah Tuhan itu wujud? Ya, dengan kewujudan kita dan alam, maka Tuhan itu ada.

(2) Adakah Tuhan pernah menghubungi kita? Ya, Tuhan hubungi manusia terpilih (Nabi) sebagai wakil untuk memberitahu tentang kehendak Tuhan.

(3) Kenapa Tuhan tidak menghubungi kita (lagi)? Kerana agama sudah sempurna dan agama yang sempurna tidak lagi memerlukan Nabi baru atau wahyu baru.

Sebelum korang nak bantah, mungkin ada yang bertanya, siapa yang kaji Nabi Muhammad manusia paling hebat dan al-Quran kitab paling masuk akal?

Jawapannya, orang yang kaji dan setuju Nabi Muhammad orang paling berpengaruh ialah seorang astrophysicist, pakar sejarah yang bernama  Michael H. Hart, beliau juga seorang yang mengaku dirinya white separatism, orang yang anggap bangsa kulit putih perlu diasingkan daripada semua bangsa. Tetapi berdasarkan data dan bukti, mengikut kajiannya, Nabi Muhammad SAW daripada bangsa arab, merupakan orang yang paling berpengaruh di dunia.

Siapa yang kaji al-Quran dan mengatakannya sebagai kitab paling masuk akal?  Seorang pakar perbandingan semua agama, hafal al-Quran dan juga kitab-kitab lain, selalu berdebat dengan pakar agama lain, tak lain tak bukan ialah Dr Zakir Naik.

Jadi kepada semua saintis yang sedang mencari Alien di luar sana, jangan lupa mencari Tuhan dan lebih mudah Tuhan telah hubungi manusia (Nabi) dan bukti (al-Quran) ada depan mata. Jangan lupa kaji sebab mati itu pasti, jangan lambat sangat respond takut mati masuk neraka sebab kebenaran dah ada depan mata tapi disia-siakan dengan menghabiskan masa mencari Alien, buat apa?

Woha!

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.