Adakah Makhluk Asing Benar-benar Wujud?

0
1030
views

Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852. Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar.

Pada bulan September 2015, ahli astronomi telah mengkaji pancaran cahaya sebuah bintang bernama KIC 8462852.

Jetpack Langkawi

Dibandingkan dengan saiz KIC dan planet-planet sekitarnya, bintang tersebut mempunyai saiz yang jauh lebih besar.

Namun, saintis dapati gangguan cahaya yang berlaku pada KIC sangat tinggi iaitu sebanyak 22%. Perkara ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Perkara ini mendapat liputan meluas dalam kalangan media-media Barat kerana terdapat saintis yang berpendapat, kemerosotan melampau ini mungkin disebabkan suatu tamadun asing yang wujud di luar sistem solar kita.

Ya, pastinya terdapat alasan lain yang kurang sensasi dari alasan makhluk asing. Terdapat saintis yang menyanggah idea tersebut, sebaliknya ia disebabkan oleh lintasan komet di angkasa raya.

Namun, ia tidak dipersetujui oleh Bradley Schaefer daripada University of Louisana State. Setelah membentangkan data-data, beliau mendakwa penurunan tersebut bukannya perkara yang abru sahaja berlaku, sebaliknya telah berlarutan sejak 100 tahun yang lepas.

Menurut kiraannya, sebanyak 650,000 komet diperlukan pada waktu ini bagi menyebabkan penurunan sebanyak 22%.

Kajian berkenaan makhluk asing bukan perkara baru dalam tamadun manusia. Sejak tahun 1960 lagi seorang ahli astronomi bernama Frank Drake telah melakukan eksperimen pertama di Search for Extraterrestrial Intelligence bagi menjejaki makhluk asing yang mungkin wujud selain manusia.

Namun, sejak daripada tahun tersebut hinggalah kini, tidak ada sebarang penemuan yang berjaya di temui oleh saintis-saintis di SETI.

Usaha menjejaki makhluk asing kini bakal berubah apabila pada 2016, seorang jutawan Russia, Yuri Milner telah melabur sebanyak 100 juta USD bagi membiyai projek-projek memburu makhluk asing sekaligus menjadikan ia sebuah pelaburan terbesar pernah berlaku dalam sejarah manusia.

Projek tersebut bernama Breakthrough Listen dan akan dijalankan selama 10 tahun dan mendapat kerjasama daripada seorang ahli kosmologi terkenal bernama Stephen Hawking.

Projek ini akan menggunakan dua teleskop radio terbesar di bumi iaitu Green Bank Telescope di Amerika Syarikar dan Parkes Telescope di Australia.

Teleskop-teleskop ini akan menjadi 50 kali ganda lebih sensitif daripada sebelumnya dan bakal mengawasi berjuta-juta bintang dan 100 galaksi terdekat dari sistem suria.

Sebarang pergerakan pesawat-pesawat asing yang mungkin berterbangan di sekitar 1,000 bintang terdekat dari bumi pasti akan dikesan oleh teleskop-teleskop ini kelak.

Mengetahui betapa besarnya pelaburan yang di buat oleh Milner membuatkan kita sedar, betapa jauhnya manusia telah pergi bagi menjejaki kehidupan asing selain manusia di alam ini.

Ia bukan pelaburan yang sia-sia kerana saintis telah pun pastikan terdapat 2,000 buah planet di luar galaksi bima sakti yang mempunyai tamadun asing padanya.

Di dalam galaksi bima sakti sendiri, kemungkinan terdapat 60 bilion planet yang sesuai di duduki hidupan di mana mungkin terdapat hidupan asing di planet-planet tersebut.

Namun, sebuah pertanyaan perlu dijawab, jika manusia benar-benar menjumpai tamadun asing ini apakah langkah kita yang seterusnya? Persoalan ini perlu dilihat dari mula iaitu jika isyarat pertama berjaya dikesan. Apa perlu dibuat?

Jika isyarat pertama dikesan, pertama sekali menolak kemungkinan ia adalah isyarat daripada makhluk asing. Selepas itu, adakah isyarat tersebut boleh diulang? Jika isyarat tersebut hanya terima sekali sahaja, maka susah untuk justifikasi dengan sebarang hidupan makhluk asing.

Perkara ini mungkin boleh mengingatkan kita kepada signal “WOW!” yang diterima oleh saintis pada bulan Ogos tahun 1977. Pada tahun tersebut, saintis menerima ledakan gelombang radio yang berkekalan selama 72 saat.

Bahkan, isyarat tersebut sangat hampir dengan frekuensi yang dipercayai oleh penyelidik SETI akan digunakan oleh makhluk asing untuk berkomunikasi dengan manusia.

Apabila ahli astronomi bernama Jerry Ehman menerima versi cetakan daripada isyarat tersebut di Ohio, beliau menulis di tepinya perkataan “WOW!” menggunakan pen merah.

Namun, selepas daripada peristiwa tersebut, tidak ada lagi sebarang isyarat baru yang serupa diterima oleh ahli-ahli saintis. Sekali sahaja isyarat yang diterima tidak boleh dijadikan alasan ia datang daripada makhluk luar.

Justeru, isyarat tersebut boleh didedahkan kepada saintis lain untuk dianalisis. Namun, jika isyarat tersebut berulang dan berkemungkinan besar dihantar oleh hidupan asing, maka menurut SETI, maklumat tersebut perlu segera dilaporkan kepada Setiausaha Agung PBB.

Isyarat tersebut akan dilindungi dan sebarang respon balas daripada saintis adalah dilarang melainkan konsensus di peringkat antarabangsa telah dijalankan bagi membenarkan sebarang respon isyarat di buat semula bagi pihak bumi.

Perincian mengenai penemuan tersebut akan segera dihebahkan kepada media-media perdana dan individu yang menemui isyarat tersebut dikehendaki memaklumkan sendiri secara langsung kepada penduduk bumi.

Namun, sama ada manusia perlu memberikan respon atau tidak, ahli astronomi telah bercanggah pendapat mengenainya. Sebahagiannya bersetuju, manakala sebahagian yang lain mebantahnya.

Malah, Stephen Hawking sendiri merupakan antara ahli kosmologi yang menentang sebarang mesej dihantar ke mahluk asing jika manusia menerima isyarat mereka kelak.

Persoalan seterusnya ialah, jika isyarat diterima bagaimana manusia di bumi dapat membuat interpretasi kandungannya? Makhluk asing tidak bercakap menggunakan bahasa Inggeris atau mana-mana pun bahasa yang digunakan oleh manusia di bumi!

Yep, memang betul tidak munasabah makhluk di luar bumi boleh berkomunikasi menggunakan bahasa manusia di bumi. Oleh itu, simbol matematik mungkin adalah alternatif yang boleh dipakai untuk melakukan komunikasi di antara makhluk angkasa raya.