Saban hari sejak 70 tahun dahulu kita akan mendengar dan melihat isu konflik Palestine dan Israel sama ada di media massa mahupun media sosial, atas isu perlanggaran hak asasi manusia. Namun satu lagi perkara yang akan timbul apabila membincangkan isu ini adalah tentang konflik anti-semitik atau anti-Israel. Apakah sebenarnya yang boleh difahami berkenaan isu anti-semitik ini? Adakah ia satu perkara yang besar? Adakah isu ini ditimbulkan hanya untuk meminta dunia memberi simpati kepada pihak Israel dan Yahudi? Adakah apabila kita membincangkan dan membangkitkan isu ini bertentangan dengan hak asasi manusia?

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, Yahudi ditakrifkan sebagai ‘satu bangsa manusia yang berasal dari Israel (keturunan Yuda)’. Mengikut sejarah Islam, Israel itu adalah gelaran bagi Nabi Yaakub A.S. Jadi secara keseluruhannya, yahudi bermaksud anak cucu keturunan Nabi Yaakub A.S. Anti-semitik atau anti Yahudi bermaksud perasaan atau persepsi negatif dan bersikap prejudis terhadap segala yang berkait dengan Israel dan rakyat Yahudi. Sikap anti-semitik ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, contohnya seperti meluahkan kebencian atau diskriminasi terhadap mana-mana individu berketurunan Yahudi, terhadap sebarang aktiviti melibatkan rakyat Yahudi atau terhadap negara Israel itu sendiri.

SEJARAH ANTI-SEMITIK

Sejarah sikap anti-semitik ini dikatakan bermula seawal abad ke 3, iaitu bermula sejak tahun 270 BCE, iaitu sewaktu zaman kegemilangan empayar Greek Purba yang meliputi kawasan pemerintahan daripada Greece sehingga ke Mesir Purba. Ketika itu ditemui bahawa ramai penduduk kawasan Alexandria di Mesir adalah berketurunan Yahudia. Manuskrip lama yang dijumpai menunjukkan penulisan oleh Manetho, seorang Paderi Mesir Purba telah menyatakan bahawa bangsa Yahudi telah dilayang dengan ‘kejam & teruk’ oleh pemerintah dan raja Parsi pada waktu tersebut. Penduduk Yahudi ini juga telah dibunuh dengan kejam melalui penulisan oleh Philo of Alexandria, seorang tokoh sejarawan dan filasuf Yahudi purba.

Kemudian pada zaman moden dunia melihat berlaku penghijrahan besar-besaran bangsa Yahudi daripada Tanah Syam ke Eropah dan Amerika Syarikat. Penghijrahan ini tidak dapat lari daripada pelbagai kontroversi dan isu melibatkan bangsa Yahudi. Sebagai contoh, Russia sewaktu pemerintahan rejim Tsar telah melakukan pembunuhan besar-besaran terhadap penduduk berketurunan Yahudi. Di Perancis pula, kekalahan tentera Perancis dalam Franco-Prussian War (1870-1871) dikatakan berpunca daripada sikap sebahagian tentera Perancis berketurunan Yahudi yang selalu lemah semangat dan mempengaruhi askar lain. Di Jerman pula, kempen Holocaust yang dijalankan oleh pihak Nazi dan Adolf Hitler yang ingin membunuh semua Yahudi. Henry Ford pula melalui penulisan beliau telah menerbitkan buku bertajuk The International Jew yang menceritakan kesan buruk dan akibat negatif yang disebabkan oleh orang Yahudi terutama kepada corak sosial, ekonomi dan pembangunan Amerika Syarikat.

SIKAP YAHUDI TERHADAP PALESTINE

Pada tahun 1917, melalui perjanjian Balfour yang melibatkan pihak empayar British dengan kerjasama kerajaan Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah telah bersetuju untuk menubuhkan satu negara khas bagi bangsa Yahudi di tanah milik negara Palestine. Negara Palestine telah dipecahkan kepada dua, iaitu separuh milik bangsa Arab (Palestine) dan separuh lagi milik bangsa Yahudi (Israel). Perjanjian ini telah menyebabkan tanah sebuah negara bernama Palestine dibahagi dua kerana kekuasaan British ketika itu, ditambah pula dengan kejayaan pihak Barat menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Pada tahun 1948 pula, Ben Gurion pula telah mengumumkan penubuhan negara Israel secara rasminya. Sejak dari itu, telah berlaku pencerobohan demi pencerobohan ke atas penempatan penduduk Palestine, ditambah pula dengan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Palestine terutama di Tebing Barat Semenanjung Gaza atas alasan ‘membina semula negara di tanah yang sepatutnya milik bangsa Yahudi’ oleh rejim Zionist, iaitu satu kumpulan Yahudi yang menggunakan kekerasan untuk menaikkan nama bangsa Yahudi.

Rumah-rumah penduduk Palestine dirobohkan dengan jentolak, semua penduduk dipaksa berpindah atau patuh kepada arahan tentera Zionis dalam semua perkara, bahkan mereka melayan penduduk Palestine seperti ‘goyim’ (bukan manusia), lelaki, kanak-kanak, orang tua dan wanita akan dipukul dan ditembak jika dilihat melanggar arahan tentera Zionis ini. Namun bukan semua penduduk Yahudi menyokong tindakan rejim kejam ini, bahkan ada pertubuhan Yahudi yang mengecam rejim Zionis ini atas tindakan tidak berperikemanusiaan tersebut. Seluruh dunia juga bangkit menyatakan kekecewaan mereka terhadap tindakan rejim Zionis ini, tetapi pihak rejim Zionis pandai mengukuhkan pendirian mereka dengan menggunakan alasan pihak yang membenci mereka sebagai tindakan anti semitik, dan ia dianggap salah di sisi hak asasi manusia.

PEMAHAMAN HAK ASASI YANG SALAH

Apa yang boleh difahami daripada konsep penerimaan terhadap rejim Zionis ini adalah, mereka sedang menyebarkan pemahaman konsep hak asasi yang salah terhadap manusia lain. Bagi mereka, tidak salah untuk mereka ‘menyerang’ dan ‘membunuh’ penduduk Palestine, merobohkan penempatan penduduk tersebut demi hak mereka, namun pada masa yang sama tindakan manusia lain mengkritik dan menolak setiap tindakan ‘kejam’ mereka itu adalah satu kesalahan kerana melanggar hak asasi manusia. Pemahaman songsang sebegini apabila diulang banyak kali telah banyak mempengaruhi pemikiran penduduk dunia, sehingga ramai yang percaya dan melihat hak asasi yang diterbalikkan oleh mereka ini. Bahkan ada yang percaya bahawa penduduk Palestine adalah penjajah yang merampas tanah Israel hasil daripada penyebaran ideologi Zionis mereka tersebut, walaupun dibentangkan peta dunia dan kisah sejarah sekali pun.

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, manusia yang berfikiran waras dan berpendidikan, kita tidak seharusnya menyokong konsep hak asasi sebegini dan menghentam sekeras-kerasnya manusia yang menerima hak asasi sebegini. Harus diingat bahawa jika pemikiran hak asasi sebegini diterima, akan ada banyak lagi pemikiran hak asasi songsang yang akan mempengaruhi manusia termasuklah generasi baru.

RUJUKAN:

1) Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan Ed. ke-4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
2) Eylon Aslan-Levy. Why Europe Has Trouble Fighting Anti-Semitism. http://www.tabletmag.com/scroll/181021/whyeuropehastroublefightingantisemitism
3) Ronnie S. Landau (1992) The Nazi Holocaust. IB Tauris, London and New York: 72
4) Albert Lee. “Henry Ford and the Jews”. Stein and Day. 1980. p. 126.
5) https://en.oxforddictionaries.com/definition/anti-semitic
6) https://wapo.st/2POFunU
7) https://en.wikipedia.org/wiki/History_of_antisemitism


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Pengajian Islam (Usuluddin & Falsafah), Seorang penulis, pendidik dan peminat falsafah Muslim.

Comments are closed.