Adakah Anda Perlu Lakukan Ujian Virus Korona?

432

Buat masa ini, terdapa dua faktor utama untuk seseorang itu perlu ambil ujian untuk virus korona iaitu ada simptom dan terdedah dengan orang yang berjangkit.

Simptom utama COVID-19 ialah demam, batuk dan sesak nafas. Simptom ini nampak seperti flu dan demam biasa. Jadi, ambil masa untuk doktor mengenalpasti sama ada ujian virus korona itu perlu.

Pada peringkat awal, Centers for Disease Control and Prevention (CDC) mencadangkan ujian dijalankan hanya pada orang yang ada simptom dan orang yang berpotensis terdedah kepada virus.

Namun, di komuniti kesihatan awam di Amerika Syarikat mendapat kejutan bahawa individu yang tidak terlalu terdedah pun disahkan positif virus.

Perkembangan ini menunjukkan bahawa virus itu mudah tersebar secara lokal, dari satu individu ke individu yang lain dengan mudah. Individu tersebut mungkin menyebarkan virus tanpa menunjukkan simptom terlebih dahulu.

Maka, CDC mencadangkan sesiapa saja boleh mengambil ujian virus korona selagi mana setelah mendapat pengesahan daripada doktor.

Buat masa ini, tiada rawatan spesifik yang boleh mengubati virus korona, tetapi ini bukanlah bermaksud ujian ini tidak penting. Individu yang disahkan positif boleh dikuarantinkan untuk elakkan sebarang jangkitan.

Proses ujian tersebut amat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana. Ia melibatkan pengambilan sel dari belakang hidung pesakit.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Sampel itu kemudiannya dihantar ke makmal untuk menguji sama ada sel itu dijangkiti virus ataupun tidak. Proses yang sama juga berlaku untuk pesakit yang ada flu.

Walaupun ambil sampelnya mudah, menganalisis sampel tersebut agak rumit. Kaedah terkini melihat RNA virus dalam sel pesakit.

Untuk mengesan RNA tersebut, makmal perlu melakukan ujian yang dipanggil reverse-transcription polymerase chain reaction. Kaedah ini akan menukarkan mana-mana virus RNA menjadi DNA.

Kemudian, DNA ini direplikasikan berjuta kali sehinggalah cukup untuk dikesan menggunakan PCR. Sekiranya genetik virus ditemui dalam sampel, maka pesakit itu dijangkiti virus.

Ia mengambil masa sekitar 24 – 72 jam untuk dapatkan hasil ujian. Ketika peringkat awal ujian, terdapat kebimbangan tentang ketepatan ujian tersebut setelah satu kajian mendapati 3% daripada hasil ujian di China menunjukkan kes negatif, tetapi rupanya positif.

Namun, ujian genetik seperit ini umumnya sangat tepat dan faedahnya memberati daripada risiko keralatan.

RUJUKAN:

  1. Artikel oleh Maureen Ferran, Profesor Madya Biologi dari Rochester Institute of Technology.
  2. https://www.sciencealert.com/how-does-the-coronavirus-test-work
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.