Moving Forward As One

Adakah 2020 Merupakan Tahun Paling Buruk Dalam Sejarah?

1,093

Pandemik Covid-19 menjadikan tahun 2020-21 sebagai tahun yang amat menguji. Setakat rekod semasa, w.aba.k ini sudah pun menjangkiti lebih 189 juta manusia dengan angka k.orba.nnya mencecah sehingga 4 juta orang.

Bukan sahaja nyawa manusia yang dir.agu.t, ekonomi dunia juga malah ikut terj.eja.s. Dalam tempoh setahun singkat, seramai 114 juta orang telah kehilangan kerja di seluruh dunia dengan Malaysia sendiri mencatatkan jumlah sebanyak 99,696 orang untuk tempoh Mac sehingga November 2020.

Pelbagai industri ikut terjejas. Tahun lepas, industri pelancongan negara mengalami kerugian sebanyak RM100 bilion. Industri pembinaan pula rugi sebanyak RM11.6 bilion (untuk tempoh 18 Mac hingga 4 April 2020). Di peringkat global, untuk sektor pelancongan sahaja kerugiannya mencecah sehingga $4 trillion.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Berhadapan dengan kr.isi.s kesihatan dan kewangan secara sekali gus, keadaan semasa amat menekan. Sampaikan untuk tempoh lima bulan pertama bagi tahun ini sahaja, seramai 468 jiwa telah hilang harapan untuk meneruskan hidup sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak tahun lalu adalah sebanyak 1,099 kes.

Sebagai perbandingan, menurut laporan Palestinian Centre for Conflict Resolution, di Gaza untuk tempoh Januari-Julai 2020, seramai 30 orang telah men.ama.tkan nyawa sendiri sambil 600 yang lain pernah cuba melakukannya.

Apa yang memilukan, angka-angka ini bukanlah sekadar data statistik yang kaku. Setiap satunya mewakili insan yang ada nama, ada keluarga, dan ada cerita di sebaliknya.

Lagipula, ini baru cerita di Malaysia dan tahun 2020 bukanlah cuma dibintangi oleh w.aba.k Covid-19.

Di Australia, berlaku insiden keb.aka.ran hutan seluas 18.6 juta hektar (hampir menyamai saiz negara Syria). Ia mer.ana.pkan sehingga 5,900 buah bangunan dan meng.orba.nkan sebanyak 434 nyawa (34 orang daripadanya terk.orba.n secara langsung).

Di Indonesia pula, berlaku kejadian banjir kilat dan tanah runtuh pada Januari yang mer.agu.t sehingga 43 nyawa di seluruh Jakarta dan memaksa 400,000 yang lain untuk berpindah. Menurut Badan Nasional Penanggulangan B.enca.na (BNPB), kejadian tersebut cuma mewakili satu dari 2,925 ben.ca.na alam yang melanda negara seberang sepanjang tahun 2020.

Sementara itu di Afrika Timur yang sudah sedia mengalami k.risi.s ketidakjaminan makanan akibat kek.aca.uan politik, kemarau, dan banjir, mereka diuji dengan s.era.ngan belalang juta. Di utara Kenya sahaja, media tempatan melaporkan segerombolan belalang juta meny.era.ng kawasan seluas 2,400 km persegi sekali gus menj.eja.skan hasil tuaian dan memberi kesan pada kesihatan mental penduduk setempat.

Banyak lagi peristiwa lain yang boleh dimuatkan di sini. Namun, memadai rangkuman kecil ini menggambarkan betapa tahun 2020 merupakan tahun yang amat mencabar.

Sepanjang sejarah, memang banyak tempoh sukar yang pernah terlakar.

Contohnya pada abad lepas. Dalam tempoh tiga dekad sahaja, dunia mengharungi berbagai-bagai cerita:

Bermula dengan P.era.ng Dunia Pertama (1914-1918) yang meng.orba.nkan hampir 20 juta manusia dan menc.ede.rakan 20 juta yang lain; disusuli oleh Spanish Flu (1918-1920) yang mer.agu.t sebanyak 50 juta nyawa dari 500 juta yang dijangkiti; kemudian berlaku kr.isi.s kewangan terbesar  iaitu The Great D.epres.sion pada tahun 1929; dan seterusnya P.eran.g Dunia Kedua (1939-1945) yang mer.ampa.s hampir 75 juta nyawa, di mana kebanyakannya adalah orang awam.

Sementara itu di benua Amerika, tahun 1520 menandakan bermulanya ‘hari kia.mat’ buat penduduk asli di sana. Kehadiran penj.aja.h Sepanyol tidak hanya membuatkan mereka ter.usi.r dari tanah sendiri, malahan hampir 90% dari populasi mereka (atau 55 juta orang) l.enya.p akibat peny.aki.t yang dibawa dari Dunia Lama.

Dua ratus tahun sebelum itu, Eropah sendiri kehilangan 2/3 populasinya dalam w.aba.k Black D.e.ath (1347-1350) yang meragut 75-200 juta nyawa termasuk populasi di Asia dan Timur Tengah. Ini tidak termasuk kr.isi.s ekonomi dan keb.ulu.ran yang menyusul. Dahsyatnya penangan w.aba.k ini sampaikan P.era.ng Seratus Tahun (1337-1453) antara England dan Perancis terpaksa dihentikan buat seketika.

Namun, mengimbau kesemua tempoh sukar dalam sejarah ini menimbulkan satu tanda tanya; apakah tahun paling sukar yang pernah ditempuh manusia?

Walaupun memiliki maklumat yang masih terbatas, ilmuwan bersepakat menuding tahun 536 Masehi sebagai tahun paling mencabar (atau tempoh paling mencabar).

Pada tahun tersebut, bumi ‘kehilangan’ matahari selama 24 jam untuk tempoh 18 bulan. Eropah, Timur Tengah, dan Asia – masing-masing kekurangan cahaya matahari yang hanya bersinar seperti bulan, bak kata sejarawan Byzantine bernama Procopius (500-570 M).

Kesuraman ini diakibatkan oleh kabut tebal yang berpunca dari l.etu.san gunung berapi  di Iceland dan Amerika Tengah pada tahun 536 dan 540 M – kedua-duanya dikaitkan sebagai antara punca kejatuhan dua tamadun agung dunia, iaitu Rom dan Maya.

Kabut tebal yang terhasil membuatkan langit tertutup. Ia malah memantulkan sinaran matahari, menjadikan suhu bumi mengalami penyusutan kira-kira 1.5-2.5 darjah Celsius – lantas memulakan dekad paling sejuk dalam tempoh 2,300 tahun.

Di China, sejarawan mencatatkan berlaku penurunan salji walau pada musim panas – menandakan betapa sejuknya cuaca ketika itu.

Keadaan sejuk sebegini mengakibatkan hasil tanaman terj.eja.s baik di Ireland, Scandinavia, Mesopotamia, dan Timur Jauh. Kebuluran lantas menyusul, diiringi oleh keg.awa.tan ekonomi.

Namun setakat ini, tiada data yang merekodkan secara jelas tentang k.asu.alti yang dialami pada tahun 536 Masehi; berapa ramai yang keb.ulu.ran, berapa banyak kerugian, dan sebagainya.

Apapun, suasana ketika itu cukup membuatkan kebanyakan manusia menyangka yang dunia sedang menghadapi hari kia.mat sampaikan Eropah sendiri ketika itu diakui sedang mengalami Zaman Gelap (Dark Age): Langit ditutupi kabut tebal; cahaya matahari suram; salji turun walau musim panas; tanaman terj.eja.s; dan kebu.lu.ran menghinggap.

Pada dekad tersebut juga, berlaku banyak kon.flik politik di serata dunia.

Bermula tahun 535 Masehi, Empayar Byzantine sibuk berp.era.ng dengan Kerajaan Ostrogothic di Itali dalam P.era.ng Gothic 535-554 M. Dalam masa yang sama, mereka juga menangani Empayar Sassanid di sempadan barat (sejak 540 M) yang ketika itu diperintah oleh Khosrau I.

Sementara itu di China, mereka menghadapi Zaman Enam Dinasti (220-589 M) yang seakan-akan mengulangi episod perp.eca.han dan pep.era.ngan pada Zaman Negara-Negara Berp.era.ng (481-221 SM).

Di India pula, Empayar Gupta (320-550 M) meniti tahun-tahun terakhir selepas hampir sekurun dis.era.ng oleh suku Hun.

Bagaikan menyapu garam pada luka, Dunia Lama kemudiannya ditimpakan pula dengan W.aba.k Justinian (541-542 M) yang mer.agu.t kira-kira 30-50 juta manusia (termasuk 25% populasi Byzantine).

Hal ini sekali gus menjadikan tempoh 536-542 M sebagai salah satu tempoh paling mencabar dalam sejarah manusia, kalau bukan yang paling mencabar sebagaimana yang didakwa.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Apapun sebagai kesimpulan, tempoh yang sukar boleh datang dan pergi. Datangnya menghimpit dan perginya nanti akan diabadikan dalam sejarah. Apa yang kita lalui pada hari ini, nanti akan diingati oleh generasi kemudian hari. Ia akan dibaca, diratib, dan diambil ibrah sebagaimana kita pada hari ini mengulit sejarah.

Dua tahun kebelakangan ini mungkin antara tempoh yang terburuk dalam sejarah manusia, dan tentunya paling buruk dalam kehidupan kita.

Namun apa yang lebih penting dan perlu sentiasa diingati adalah, tempat terburuk yang kita boleh duduki ialah ruang dalam kepala kita sendiri. Jadi, hulurkan tangan. Suarakan keperluan.  Kesusahan takkan selamanya berkekalan.

RUJUKAN

Bressan, David. (16 November 2018). The Elusive Volcanic Eruptions That Plunged Europe into the Dark Ages. Forbes.

Hurt, Avery. (7 December 2020). The Worst Year in History: Is 2020 a Contender? Discover Magazine.

Idris, Rohaniza, Muzamir, Muhammad Yusri. (3 December 2020). 99,696 pekerja diberhentikan akibat COVID-19. Berita Harian Online.

Imran, Yousra Samir. (29 July 2020). Desperate and trapped, Gaza’s youth turn to suicide. The New Arab.

Liputan 6. (29 December 2020). BNPB: 2,925 Bencana Alam Terjadi Di Indonesia Pada 2020, 370 Jiwa Melayang.

Mark, Joshua J. (20 September 2019). Belisarius. World History Encyclopedia.

Nawawi, Muhaamad Hafis. (22 September 2020). Kerugian industri pembinaan turun RM6.9 bilion. Harian Metro.

Njagi, David. (7 August 2020). East Africa is seeing its worst swarms of locusts in many decades. How can these ravenous pests be stopped? BBC.

Razali, Safeek Affendy. (1 July 2021). 1,099 bunuh diri sejak 2020 hingga Mei 2021. Berita Harian Online.

RC, Dola. (30 October 2015). Gupta Empire. World History Encyclopedia

Richter, Felix. (4 February 2021). COVID-19 has caused a huge amount of lost working hours. World Economic Forum.

Roslan, Suraya. (14 December 2020). Industri pelancongan negara dijangka rugi RM100 bilion. Berita Harian Online.

Specktor, Brandon. (21 November 2018). 536 was a Garbage Year for Mankind (So Give 2018 a Break). Live Science.

UNCTAD. (30 June 2021). Global economy could lose over $4 trillion due to COVID-19 impact on tourism.

Writes, Sal. (31 December 2020). 2020 vs 536 AD – Comparing Two of the Worst Years in Human History. Medium.

Ruangan komen telah ditutup.