Adab Dalam Mengkritik Ulama

661

https://bit.ky/kombowww

Para ulama menyebut: Kita dibenarkan untuk mengkritik atau memberikan komentar terhadap seseorang ulama jika kita memenuhi tiga syarat. Syarat-syaratnya ialah :

1) Ilmiyyah iaitu mempunyai keilmuan seumpama atau seakan-akan orang yang ingin kita kritik.

2) Ma’lumiyyah iaitu maklumat dan sumber yang tepat digunakan sebelum mengkritik.

3) Al-Maudhu’iyyah iaitu mengkritik bukanlah atas tujuan hawa nafsu tetapi atas dasar ilmu dan bukannya hasad serta mengambil peluang atas kebencian terhadap individu yg dikritik.

Jika tiga syarat ini tidak mampu dipenuhi maka DIAM lebih baik daripada bercakap.

Sikap manusia sekarang ialah suka mengkritik tetapi tidak sedar diri sebelum mengkritik.

Al-Imam Hujjatul Islam Muhammad al-Ghazali rahimahullah sendiri pernah menyebut :

“Antara jenis kebodohan yang tidak boleh diubati ialah sikap seseorang yang baru sedikit masanya dengan ilmu, maka dia dengan cepat ingin mengkritik seseorang yang kehidupannya dihabiskan dengan ilmu.

Orang itu menyangka semua masalah yang dia hadapi dan temui , itu juga adalah perkara yang perlu ulama menganggapnya sebagai masalah seperti yang dia sangka. Maka ini adalah salah satu kebodohan yang ada pada zaman sekarang yg sangat sukar diubati.”

Berapa ramai yang kita lihat sikapnya sebegini?

Dia menjumpai sesuatu yang menyebabkan dia berfikir itu adalah masalah dan dia meWAJIBkan para ulama besar juga menganggap bahawa masalah yang dia hadapi adalah juga masalah kepada para ulama. Sedangkan bagi ulama itu adalah perkara yang mudah bukan masalah.

MOHD NAZRUL ABD NASIR AL-AZHARI,
Mudir Zawiyah Nasiriyyah Pedu.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.