Ada Sesuatu Sedang Terjadi Pada Bekalan Gandum Negara? – Siri 1

788
views
OLYMPUS DIGITAL CAMERA

Sekali baca tajuk sahaja, kita mungkin memikirkan bahawa “Negara” yang dimaksudkan merujuk kepada Amerika Syarikat atau India yang makanan ruji mereka adalah gandum. Apabila sebut sahaja Malaysia, terus melintas dalam minda kita ialah makanan rujinya ialah nasi. Tetapi persepsi ini kena diubah dengan segera memandangkan kita semua tahu bahawa pada zaman di mana kedai mamak ialah tempat ritual berkumpulnya rakyat Malaysia, maka penggunaan gandum semakin meningkat.

Jadi, pengenalan awal sebelum kita mahu membahaskan isu ini dengan lebih lanjut ialah mengenali apa itu gandum. Definisi ringkasnya ialah gandum merupakan komponen yang diguna untuk memproses tepung. KTepung adalah bahan utama dalam roti canai, mi dan roti. Kebetulan, makanan ini pula adalah menu utama di kedai mamak.

Kita bermain dengan statistik pula kali ini. Sekurang-kurangnya untuk pengimportan gandum sahaja pada tahun 2017 adalah pada tahap 1.7 juta tan metrik (MT) berbanding beras iaitu pada 1.15 juta tan metrik. Tetapi nanti dulu, bukanlah bermaksud rakyat Malaysia sudah meninggalkan nasi terus dalam kehidupan mereka.

Statistik menunjukkan bahawa penggunaan beras domestik adalah sebanyak 1.6 juta tan metrik manakala pengunaan beras import pula ialah 1.15 juta tan metrik. Keseluruhannya kalau dicampur tolak, pengunaan beras oleh rakyat Malaysia sebanyak 2.75 juta MT. Masih lagi pada mendahului pengunaan gandum.

Tetapi nanti dulu (untuk kali kedua), kerana sesungguhnya statistik yang lain pula menunjukkan bahawa peningkatan penggunaan komoditi ini adalah sebanyak 60 peratus dari tahun 2008 ke 2017. Ini adalah berbeza berbanding dengan peningkatan penggunaan beras pada tahap 10 peratus pada tempoh yang sama. Permintaan untuk gandum dianggarkan akan meningkat pada 6.5 juta MT untuk tahun 2050.

Dan tiba-tiba, anda bertanyakan, mengapakah kami membangkitkan isu bekalan gandum di Malaysia sebagai rencah utama artikel kali ini. Secara ringkasnya, masalah utama yang membelenggu bekalan komoditi gandum ini adalah tentang beberapa isu. Akan ada artikel bersiri menyusul dalam waktu terdekat. Tetapi cukuplah untuk dalam siri pertama pengenalan “gandum” ini, ia adalah tentang permainan harga di pasaran.

Rekod dari pasaran mengatakan bahawa di pasaran dunia didapati harga komoditi bahan tersebut semakin menurun. Tetapi malangnya di negara kita, ia tidak berlaku. Harga di pasaran semakin meningkat. Dan ia sekaligus memberi kesan kepada golongan B40 dan M40 di negara kita. Jadi, kekal bersama kami untuk mendapatkan kupasan dan analisis jitu mengenai situasai ini. Ada rahsia yang mahu dikupas dan dibongkarkan untuk tatapan kita. Semoga pengenalan ini membuka mata kepentingan gandum pada negara kita.

Previous articleAfrin: Antara Erdogan Dan Assad
Next articlePerang Dua Empayar Teragung Dunia: Perang Rom-Parsi 602-628
Graduan Diploma dalam bidang Mass Com ini meminati bidang sejarah sejak bangku sekolah lagi. Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 12 buah buku (setakat April 2017). Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!
SHARE