Apa perlunya kita mempelajari sejarah? Mengapa tidak kita lupakan saja?

Sejarah membantu kita faham bagaimana sesebuah tamadun itu bisa bangun atau jatuh.

Syed Naquib al-Attas mengungkapkan bahawa kelemahan ummat masakini ialah the loss of adab (kekurangan adab).

Jika secara teknikalnya pula, tamadun kota bermula apabila sesebuah komuniti mempunyai surplus (lebihan pengeluaran makanan) lalu membolehkan mereka mengusahakan peningkatan pada seni bina, sains, seni dan sebagainya.

Melihat secara material kelemahan ekonomi kita kini, kita boleh katakan bahawa kita ketinggalan dalam era perindustrian jika dibandingkan dengan barat. Ya, barat ada kelebihan dari colonialization apabila mereka dapat memonopoli sumber. Akan tetapi umat Islam ketika itu juga punya kelebihan iaitu Khilafah. Bukankah Khilafah juga memiliki sumber yang banyak merujuk kepada keluasan empire.

Boleh jadi kekurangan ketika itu yang sebenarnya ialah kekurangan ilmu kemahiran. Masalah inilah yang dijawab oleh Bediuzamn Said Nursi; “Kita terbelakang dari barat oleh kerana kita ketinggalan dari ilmu sains, oleh itu Sains dalam dunia Islam harus kita majukan”. Sains tidaklah pula antonim kepada agama.

Dialog antara Said Nursi dengan Kamal Attaturk merupakan suatu pertembungan idealism:

MUSTOFA KAMAL: Saya kagum terhadap ucapan Hodja. Kata-kata Hodja yang menyentuh kepentingan Sains dan Ilmu pengetahuan menarik perhatian saya.

SAID NURSI: Pasha, Minda merasa puas dengan Sains, manakala jiwa merasa puas dengan Agama. Apabila dua perkara ini menyatu, akan kita temui kebenaran. Kekuatan mental dan material sangat penting sekarang. Kerana kini Eropah menindas kita dengan kekuatan mereka pada Sains dan Industri. Sebab itulah harus kita melawan mereka melalui Sains dan Seni dengan memperbaiki diri kita dari masalah kejahilan, kemiskinan dan konflik dimana masalah-masalah ini ialah musuh kepada manifestasi penyatuan terhadap tuntutan Allah.

MUSTOFA KAMAL: Hodja, saya kagumi perjuangan, akhlak dan kejujuran kamu. Kita akan lakukan reformasi dan kami perlukan sokongan bantuan kamu. Misalnya kami akan mengubahsuai kebiasaan pada arak (dibolehkan minum arak) dan etika pemakaian (serban dan tudung dilarang pemakaiannya).

*merenung tajam pada Kamal.
SAID NURSI: Hak mahupun janji Allah tidak pernah berubah. Surahnya ialah kebahagiaan terbesar.

MUSTOFA KAMAL: Tuhan memberikan bumi ini kepada pengelolaan kita. Untuk kita berjalan di atasnya dengan keadilan dan makan makanan yang Allah berikan.

*bediuzzaman berdiri dan meninggikan suara.

SAID NURSI: Pasha! Pasha! Lakukanlah reformasi terhadap sains dan seni. Tapi ingat jangan ringankan hukum Quran!

MUSTOFA KAMAL: Kami sentiasa perlukan Hodja yang berani seperti kamu. Kami menjemput kamu ke sini untuk mendapat maslahah dari pemikiran tinggi kamu.

*Said Nursi membelakangi Kamal kemudian berjalan ke pintu keluar.

MUSTOFA KAMAL: Hodja! Hodja! Saya kagumi kamu sejak hari kamu berucap di Thessalonica. Jangan halang reformasi kami. Hiduplah bebas

*Said Nursi terus keluar pergi.

Mungkinkah Kamal Attaturk tidak mempelajari sejarah? Atau mempelajarinya tetapi gagal memahami?

Sejarah tradisi Islam berbeza dengan tradisi Barat. Kemajuan dalam Sains mengikut tamadun Islam bersendikan agama. Seruan Iqra’ dan semangat pencerahan dalam menyingkap rahsia sunnatullah sentiasa menyuluh abad keilmuan islam. Tidakkah Kamal mempelajari sejarah kemuncak agama dan sains abad Andalusia dan Abbasiah?

Bagi tradisi barat, memanglah agama dilihat sebagai hijab kepada Ilmu dan Sains. Saintis seperti Bruno dan Campanella diseksa oleh gereja apabila mempertahankan Copernicus dalam dakwaan matahari ialah center of the solar system. Meskipun gereja ketika itu menguasai 30% hak tanah di negara eropah dan menyumbang kepada penjagaan balu, anak yatim serta faqir miskin, pengabaian terhadap ilmu pengetahuan berserta sains telah merugikan umat barat ketika itu.

Memahami sejarah membantu kita mengenalpasti nilai apakah yang harus diangkat dan nilai apakah yang harus disisihkan menerusi pengalaman ketamadunan yang kita lalui.

Memahami sejarah dan tamadun ialah langkah pertama Ibnu Khaldun dalam menyusun prakata bagi ensiklopedia al-Ibar, dimana alMuqaddimah itu lebih popular dari ensiklopedia itu sendiri. Faktor yang menyebabkan ia begitu tekenal ialah kerana ia mendakwa bisa menjangka jatuh bangun sesebuah tamadun, sepertimana dalam sains kita boleh menjangka hipotesis melalui pembolehubah.

Dakwaan ini begitu radikal ketika itu kerana ia mengiyakan satu dakwaan bahawa tiada suatu tamadun pun yang akan selama-lamanya di atas. Melalui penawar yang didiskripsi oleh Ibn Khaldun, dapat kita membina Tamadun yang lebih baik, bercerminkan ibrah sejarah tamadun lampau.

Memahami sejarah membantu kita meramal masa hadapan (tanpa menafikan masa hadapan itu dalam tangan Allah). Dan bagaimana kita menjangka masa hadapan menunjukkan bagaimana keadaan masakini. Seperkara lagi tentang sejarah ialah kita sedang mencoraknya. Bahawa sejarah tidak semestinya dicorak oleh tokoh-tokoh besar tetapi kita juga punya signifikan nan tersendiri.

“The past is not really the past. We are living it today”.
Apa saja yang kita alami kini, adalah kesan peristiwa di masa lampau.

*Pasha ialah gelaran tuan biasanya bagi yang berjawatan tinggi. *Hodja ialah gelaran tuan yang biasanya merujuk kepada ilmuwan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Penceramah Bebas dan Guru Al-Quran Tauliah Khas. Aktif memenuhi jemputan kuliah agama di 10 buah masjid dan surau dalam sebulan. Bertugas mengajar kelas tahfiz di Pondok At-Tanzil serta mengajarkan al-Quran kepada orang ramai dalam Kelas Al-Quran Dewasa Kg Kelantan dan Kelas Al-Quran Dewasa TIC Kota Tinggi. Diijazahkan sanad 10 Qiraat Al-Quran termasuklah Riwayat Hafs an Asim dari Mesir. Graduan Diploma Qiraat & Tahfiz Al-Quran, Darul Quran JAKIM. Mahasiswa Sarjana Muda Usuluddin & Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Comments are closed.