Esok, Tun M akan memulakan lawatan kerja (working visit) ke Jepun dengan memberi ucaptama di 24th International Conference on the Future of Asia anjuran Nihon Keizai Shimbun (Nikkei), akhbar ekonomi Jepun tersohor. Sejak conference itu diadakan bermula tahun 1998, Tun tak pernah miss kecuali 4 kali (2005, 2007, 2008 dan 2011).

Selepas conference Tun akan berjumpa dengan Shinzo Abe. Kebetulan pula ayah Shinzo Abe (Shintaro Abe) merupakan Menteri Luar Jepun di zaman Tun dulu dari 1982-1986.

Dalam dunia diplomasi, destinasi pertama lawatan luar negara seseorang pemimpin selalu diberikan kepada negara yang dianggap paling penting dan paling rapat. Maka lawatan Tun ini ditafsirkan oleh sesetengah media Jepun dan China sebagai “shinnichi” (親日) atau pro-Jepun, media tempatan pun mula terikut-ikut dengan naratif yang sama.

Tapi pada pandangan den, Tun tidak pro-Jepun atau anti-China. Sebab kalau pro-Jepun maksudnya akan jadi pro-US, kerana Abe mengamalkan dasar luar yang agresif dengan mengadakan kerjasama “Quadrilateral Security Dialogue” atau “Quad” bersama US, Australia dan India untuk menyekat pengaruh China di Indo-Pasifik. Ini bukan satu pilihan yang bagus kerana ia akan “antagonize” China dan merumitkan lagi “balance of power” di Asia Pasifik.

Apa yang Tun mahu ialah menjadikan Jepun sebagai “hedge” kepada China. Maksudnya, secara keseluruhan Malaysia masih akan meneruskan perdagangan dan pelaburan dengan China, tapi melalui peningkatan perdagangan, pelaburan dan kerjasama ekonomi dengan Jepun, risiko kebergantungan (dependence) kepada China dapat dikurangkan. Dengan itu Malaysia menjadi lebih fleksible dan bebas dalam menghadapi China terutamanya isu-isu yang melibatkan kedaulatan seperti Kepulauan Spratly.

Dulu di era Dasar Pandang Ke Timur pun, Tun tidak 100% pro-Jepun. Hubungan ekonomi Malaysia-Jepun tidaklah sentiasa menguntungkan. Jepun ketika itu ialah sebuah negara maju sedangkan Malaysia masih berstatus negara membangun, jadi banyak kepentingan tak aligned (sejajar). Jepun anggap Malaysia sebagai pembekal bahan mentah murah tapi tidak mahu membeli barangan perindustrian Malaysia, dan itu menyebabkan Malaysia mengalami defisit perdagangan dengan Jepun. Sampai Tun membidas Jepun sebagai “colonial” dalam satu ucapan pada Ogos 1984.

Jepun juga terlalu menjaga kepentingan US daripada menjaga kepentingan rakan dagangnya di Asia. Akibat desakan US, Jepun telah menandatangani perjanjian Plaza Accord pada tahun 1985 untuk menaikkan nilai Yen dengan tujuan mengurangkan defisit US. Yang menerima kesan ialah Malaysia kerana banyak hutang dalam Yen jadi doubled nilainya.

Jadi, sebagai “hedge” kepada risiko Jepun, Tun memacukan hubungan ekonomi Malaysia-China. Berbanding Jepun, China dan Malaysia berkongsi lebih banyak kepentingan bersama sebagai negara membangun dan negara yang tidak mahu didominasi oleh hegemoni ekonomi-politik US.

Apabila Tun mencadangkan sebuah East Asian Economic Group (EAEG) pada tahun 1990 sebagai alternatif kepada Asia Pacific Economic Cooperation (APEC) dan minta Jepun untuk lead, Jepun menolak sebab takut menyinggung US. Ketika Krisis Kewangan Asia 1997, Tun minta Jepun untuk lead Asian Monetary Fund (AMF) sebagai alternatif kepada International Monetary Fund (IMF), sekali lagi Jepun tolak. Namun kedua-dua idea itu disambut balik oleh China dan China banyak membantu merealisasikan idea itu dalam bentuk kerjasama “ASEAN Plus Three”. Bayangkan betapa rugi kalau hanya bergantung pada Jepun semata-mata pada waktu itu.

Di era 1980-an, apabila Jepun terlalu dominan, maka China digunakan untuk hedge Jepun. Pada hari ini, apabila China terlalu dominan, maka Jepun digunakan untuk hedge China. Tak kira siapa yang jadi PM, pendekatan hedging inilah petua untuk memelihara kebebasan dan neutrality Malaysia.

Dalam gambar: Tun berkanpai dengan Yasuhiro Nakasone, PM Jepun ketika lawatan rasmi pertama beliau ke Jepun pada tahun 1983. Nakasone masih hidup dan kini berumur 100 tahun.

#哲人宰相マハティール
#ルックイースト


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, graduan dalam bidang Hubungan Antarabangsa Dan Pertahanan dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya.

Comments are closed.