Banyak pelajaran sebenarnya lagu Bangau Oh Bangau ni. Cuba kita tengok lirik dia seimbas lalu..

“Bangau kenapa kau kurus?
Macam mana aku tak kurus ikan tak mau timbul..”

“Ikan kenapa kau tak timbul?
Macam mana aku nak timbul rumput panjang sangat..”

“Rumput kenapa kau panjang?
Macam mana aku tak panjang kerbau tak makan aku..”

“Kerbau kenapa kau tak makan rumput?
Macam mana aku nak makan perut aku sakit..”

“Perut kenapa kau sakit?
Macam mana aku tak sakit makan nasi mentah..”

“Nasi kenapa kau mentah?
Macam mana aku tak mentah kayu api basah..”

“Kayu kenapa kau basah?
Macam mana aku tak basah hujan timpa aku..”

“Hujan kenapa kau timpa kayu?
Macam mana aku tak timpa katak panggil aku..”

“Katak kenapa kau panggil hujan?
Macam mana aku tak panggil ular nak makan aku..”

“Ular kenapa kau makan katak?
Macam mana aku tak makan memang makanan aku..”

Ini adalah lebih kurang lirik lagu Bangau Oh Bangau. Lagu yang sangat popular di tadika-tadika (dulu.. tak tau sekarang)..

Lagu ni dulu menjadi pilihan untuk diajar kepada anak-anak kecil kerana ia mudah untuk diajar.

Ia mempromosikan logic thinking anak-anak kecil dan sequence sesuatu perkara sambil diselang-seli dengan nasihat-nasihat contohnya jangan biarkan rumput panjang, jangan makan nasi mentah dan sebagainya.

Lagu ini memudahkan lagi anak-anak menghafalnya kerana ianya menggunakan karekter-karekter yang merupakan haiwan. Maka seronok lah adik-adik ini menggayakan aksi haiwan-haiwan tersebut.

Sebenarnya, selain dari belajar mengenai logic thinking dan sequence sesuatu perkara, Bangau Oh Bangau juga terdapat 3 pelajaran secara tak langsung yang dapat anak-anak pelajari.

Pertamanya, mengenai ekosistem dan teamwork.

Sebuah ekosistem yang lengkap memerlukan pelbagai jenis spesis yang melaksanakan tugas masing-masing untuk memastikan keseimbangan ekosistem tersebut.

Keduanya, mengenai cause and effect.

Setiap perkara yang kita lakukan ianya tidak hanya efek kepada diri kita sahaja. Ianya juga akan efek orang lain. Maka diajar anak-anak ini supaya memikirkan tentang apa yang bakal terjadi kepada orang lain jika kita melakukan sesuatu.

Dan yang ketiganya, reverse engineering atau finding the root cause.

Lagu ini juga mengajak anak-anak untuk belajar mencari punca sesuatu masalah ataupun isu. Secara tidak langsung memperkenalkan mereka kepada istilah kronologi dan kepentingan sejarah..

Dewasa ini, lagu dan cerita rakyat semakin hilang ditelan zaman. Saya tak pasti jika anak-anak di sekolah masih kenal Sang Kancil dan Pak Pandir, 2 contoh kisah yang digarap menarik penuh teladan..

Jika Bangau Oh Bangau dapat mengajar kita sebanyak ini, apatah lagi kisah lainnya..


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pengasas dan Presiden The Patriots. Man. Myth. Legend.

2 Comments

  1. Setuju..3 pengajaran bagi kanak2.namun lagu rakyat ini juga merupakan satu sindiran orang yang ‘menyoal’ (yang seolah2 berkuasa ). Mungkin sindiran halus utk pemerintah zaman dulu.,.ye lah…dah tau bangau Jeni’s burung yg kurus,..dah kenapa dia Tanya..

Leave A Reply