Ada Apa Pada Kunjungan Menhan Baru Di Shangri-La Dialogue, Singapura?

695
views

YB Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertahanan Malaysia baru selesai kunjungan beliau ke IISS Shangri-La Dialogue di Singapura dari 1-3 Jun 2018.

Shangri-La Dialogue merupakan acara tahunan yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin negara Asia Pasifik terutamanya menteri-menteri pertahanan untuk membincangkan isu keselamatan serantau. Acara tahun ini turut diseri dengan kehadiran James Mattis, Setiausaha Pertahanan US dan Narendra Modi, Perdana Menteri India.

Apa yang saya perhatikan, cara media tempatan melaporkan acara ini terlampau “trivial”. Fokus lebih diberikan kepada plat nama “Mat Sabu” dan “celebrity treatment” yang diberikan kepada YB MenHan (pernah ke MenHan Malaysia tak dapat “celebrity treatment” di Shangri-La Dialogue sebelum ini?).

Manakala isi penting dialog sedikit pun tidak di-highlight-kan. Kata kunci yang paling banyak dibincangkan dalam acara ini ialah “Indo-Pasifik”. Mattis sebut tentangnya dalam ucapan. Modi pun sebut tentangnya dalam ucapan. Tapi bila saya search, berita-berita tentang Indo-Pasifik semua datang dari Brunei dan Indonesia.

Basically, Indo-Pasifik ialah strategi US dan sekutunya untuk mengimbangi kuasa China di Laut China Selatan dengan menggabungkan Lautan Pasifik dan Lautan Hindi sebagai satu “theater”. Jepun dan India bertindak sebagai “lead” dalam strategi ini. Satu jaga Pasifik, satu jaga Hindi.

Idea Indo-Pasifik ini dicetuskan oleh Shinzo Abe pada tahun 2007 semasa ucapannya kepada Parlimen India. Pada asalnya ia dikenali sebagai “Confluence of the Two Seas”. Idea itu “mati” sekejap sebelum dihidupkan balik oleh Abe dan Trump, dan kini Modi turut nak menjuarai idea tersebut.

Negara-negara ASEAN yang paling laju menyahut idea tersebut ialah Singapura dan Vietnam. Media Brunei pun membangkitkan idea tersebut. Di Indonesia, kunjungan Modi dibincangkan dalam kerangka strategi Indo-Pasifik. Masing-masing “brainstorm” bagaimana negara mereka boleh mainkan peranan dalam gagasan tersebut.

Tapi di Malaysia, bila Modi datang, semua duk mengarut pasal Zakir Naik lah bagai. Tengok pakaian lah, tengok jam lah. Tak ada sesiapa pun mengaitkan kunjungan Modi dengan Indo-Pasifik.

Media kita dan pengguna media kita masih suka perbincangan perkara-perkara yang trivia dan sensasi. Tengok perbincangan netizen kita pada 20 hari yang lepas, jelas kita masih belum lagi mampu untuk membincangkan isu “big picture” secara meluas seperti di negara-negara jiran kita.

Sekarang Tun M yang menakhodai negara, saya tak risau sangat. Yang saya risau, era pasca-Tun M nanti, adakah kerajaan dan orang awam “Malaysia Baharu” mampu membaca geopolitik serantau secara tepat dengan kerangka idealis mereka? Adakah rakyat kita cukup “fit” untuk menghadapi cabaran geopolitik masa depan dengan pemikiran yang bersifat “trivialis”?

Saya fikir sampai sini, saya dah mula pening. Mujur dah masuk waktu. Jom tarawih. Cerita geopolitik ini semua dunia saja, kita fikir bila ada masa kelapangan nanti.