Filem Joker 2019 akan ditayangkan pada minggu hadapan. Ramai yang ternanti – nanti filem ini. Namun penulis kali ini ingin berkongsi pandangan mengenai filem ini dan apa yang diharapkan. Bebas Spoiler.

1. Nama sebenar The Joker dalam filem ini adalah Arthur Fleck. Nama ini merupakan nama yang baru bagi karakter Joker kerana mengikut komik, Joker tidak memiliki sebarang origin yang sahih. Tidak ada nama asal rasmi bagi karakter Joker sepanjang penulisan komik dan kalau ada pun hanya Jack Napier, nama asal Joker dalam Batman (1989) lakonan Jack Nicholson.

2. Kajian karakter The Joker. Asal usul Joker telah menjadi perdebatan fandom sejak bertahun lamanya, malah sebelum kemunculan Dark Knight Trilogy lagi. Namun apa yang kita boleh pasti ialah Joker seorang yang mengalami masalah mental. Mungkin filem ini hanyalah menjelaskan sebahagian daripada asal usul joker, kerana dalam Dark Knight pun Joker (Heath Ledger) memiliki variasi cerita yang berbeza mengenai parutnya.

Sebagai takeaway dalam tulisan ini, penulis ingin tekankan ketelitian penulis filem ini (Todd Phillips & Scott Silver) dalam menjelaskan asal usul pesakit jiwa dan penjenayah paling berbahaya di Gotham. Filem ini merupakan satu kajian karakter terhadap watak Arthur Fleck, dan bagaimana beliau menjadi The Joker. Antara perincian yang boleh dilihat melalui treler filem ialah tulisan Joker dalam notanya.

Perhatikan corak tulisan beliau sedikit sebanyak menggambarkan diagnosis mental illness yang dihadapi oleh watak ini. Tulisannya kelihatan tidak teratur. Mengikut kajian daripada (Gawda, 2016) , pesakit schizophrenia akan develop kesan sampingan ‘extrapyramidal’ yang mengakibatkan dysfluent handwriting movement.

3. Jika anda perhatikan dengan halus treler filem tersebut, anda akan dapati timbunan sampah sarap di bandar Gotham. Jika anda fikir dengan logik, mengapa bandar metropolitian seperti Gotham yang rata-rata penduduknya berstatus jutawan seperti keluarga Wayne dan keluarga Kane (pewaris Batwoman) bertaburan sampah sarap? Takkan majlis bandaraya mereka tak buat kerja? Di sini penulis cuba kaitkan teori tentang kemunculan joker dengan sampah sarap tersebut.

Penulis cuba pakai teori daripada Joseph Corburn, seorang professor of city and regional planning di University of California. Beliau mengkaji tentang hubungan antara kehidupan bandar dengan kesihatan umum (public health). Dalam kajian beliau mendapati kesihatan mental berkait rapat dengan kesan kehidupan hiruk pikuk kota yang terlalu ramai penduduk dengan kerja yang tidak stabil dan pengurusan hidup yang serabut.

Corburn lihat masalah kesihatan seperti ini sebagai indikasi kegagalan dasar urban dan perancangan bandar, bukannya permasalahan individu, silap pilihan dan sebagainya (Corburn, 2004). Beliau juga menyatakan dengan menggabungkan urban scholarship dan isu public health secara community based, isu masalah mental mungkin boleh dikurangkan.

Teori yang kedua mencadangkan bahawa masalah yang melanda kota-kota besar terutamanya kes rusuhan, kemiskinan dan jenayah ialah kemuflisan ideology sehingga tidak dapat mengenal pasti akar umbi yang sebenar permasalahan ini (Harvey, 1973).

Dalam buku Manuel Castell The City and The Grassroots, tujuan utama kota seperti Gotham ialah bagi menyediakan konsumpsi kolektif agar dapat menghasilkan tenaga kerja. Jadi , kehadiran kes rusuhan, kemiskinan dan jenayah merupakan satu sintesis untuk merayu kepada perubahan dan penambahbaikan kepada kemudahan tersebut.

Maka manusia seperti Joker ini muncul atas dasar layanan kota terhadap mereka. Pendek kata, duduk di kota pun kalau tidak ada kerja dan tidak boleh membeli akan menghilangkan fungsi kota terhadap manusia, sekaligus menghilangkan fungsi manusia terhadap komuniti di sana. Jadi krisis identity boleh berlaku pabila hilangnya fungsi manusia terhadap komuniti .

Adakah magis persis Dark Knight Trilogy akan berjaya dicapai? Atau kesilapan Batman vs Superman akan memberi badi terhadap filem ini? Ataupun adakah filem ini berjaya mencipta sejarahnya sendiri? Kerana Todd Phillips, direktor filem ini sendiri menegaskan bahawa beliau tidak mengikut langsung daripada komik (Krol, 2019).  Jadi, kita sama-sama lihat pabila ditayangkan nanti.

RUJUKAN

Corburn, J. (2004). Confronting the Challenges in Reconnecting Urban Planning & Public Health. American Journal of Public Health 94(4), 541-546.

Gawda, B. (2016). Dysfluent handwriting in schizophrenic outpatients. Perceptual and Motor Skills.

Harvey, D. (1973). Social Justice & The City. London: Arnold Press.

Krol, C. (2019, July 8). ‘Joker’ director says viewers will be “mad” because film strays completely from comic book. Retrieved from nme.com: https://www.nme.com/news/film/joker-director-says-viewers-will-mad-new-film-strays-completely-comic-book-2525698


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.