Ada Apa Pada Angka 5?

807

Ada apa dengan 5 atau ‘Lima’?

5 adalah sebuah nombor, angka, dan juga sebuah glif.

5 adalah nombor semulajadi selepas nombor 4 dan diikuti dengan nombor 6.

Manusia mempunyai 5 deria iaitu melihat, mendengar, merasa (lidah), bau, dan sentuhan untuk membentuk satu persepsi.

Manusia juga mempunyai 5 rasa asas, iaitu manis, masin, masam, pahit, dan umami.

Hampir ke semua amfibia, reptilia dan mamalia termasuklah manusia mempunyai 5 jari di setiap kaki dan tangan mereka.

Dalam konteks agama dan kepercayaan, konsep yang menggunakan angka 5 juga boleh ditemui merentasi hampir kesemua agama.

Di dalam agama Hindu, tuhan Hindu Shiva mempunyai 5 wajah dan mantra Shiva dipanggil mantra ‘Panchakshari’ yang bermaksud ‘5 perkataan.’

Manakala Dewi Saraswati, yang merupakan dewi pengetahuan dan kebijaksanaan dikaitkan dengan konsep ‘Panchami’ yang juga bermaksud angka 5.

Di dalam kisah agong Mahabharata pula, ia menceritakan mengenai pertempuran di antara Duryodhana dan 99 adik beradiknya dan juga 5 putera Pandava yang diberi nama Dharma, Arjuna, Bhima, Nakula and Sahadeva.

Dalam agama Kristian, angka 5 sering dikaitkan dengan 5 luka Jesus ketika beliau disalib, luka ditiang salib, luka dari mahkota duri, luka di tangan Jesus, luka di kaki Jesus, luka di sisi Jesus.

Dalam agama Yahudi, kitab Taurat mengandungi 5 buah kitab iaitu Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers, and Deuteronomy yang apabila digabungkan dipanggil 5 buah kitab Musa, dan bekas skrol untuk menyimpan kitab-kitab tersebut dipanggil sebagai ‘Pentateuch’ yang bermaksud ‘lima bekas’, atau dipanggil sebagai Humash (חומש, bahasa Hebrew untuk “Lima”).

Dalam agama Sikh, ada 5 dosa yang paling besar dan berbahaya, yakni,
– kam iaitu nafsu
– krodh iaitu marah
– moh iaitu kebergantungan,
– lobh iaitu tamak
– ankhar iaitu ego

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Dalam agama Islam pula,

Angka 5 biasanya dikaitkan dengan konsep 5 rukun Islam dan solat 5 waktu.
.

Angka 5 juga merupakan angka yang sering digunakan dalam menerangkan konsep elemen yang membentuk alam ini. Menurut ahli filisof Greek seperti Aristotle, alam ini terdiri daripada 5 elemen, air, tanah, udara, api dan ether.

Manakala dalam agama Hindu pula, terdapat 5 elemen di alam ini:

– Dharti yang bermaksud Tanah
– Agni yang bermaksud Api
– Jal yang bermaksud Air
– Vayu yang bermaksud Udara
– Akash bermaksud Angkasa

Berbeza sedikit dengan konsep 5 elemen di Timur Asia dan juga kepercayaan Taoisme yang mana dipanggil sebagai 五行 atau ‘Wuxing’ yang membawa maksud 5 Unsur, 5 Ejen, 5 Gerakan, 5 Fasa, 5 Planet, 5 Proses, 5 Langkah / Peringkat, atau 5 Cara, yang membahagikan alam ini kepada 5 elemen iaitu, air, api, tanah, kayu dan besi.

Di dalam kehidupan harian kita juga angka 5 ni sebenarnya ada disekeliling kita tanpa kita sedari,

– Kereta dengan 5 gear adalah jenis kereta yang digunakan dalam kereta manual di seluruh dunia.

– Dalam telekomunikasi radio “Five by five” menunjukkan kekuatan isyarat yang sempurna dan jelas.

– Pada hampir semua peranti dengan papan kekunci berangka seperti telefon, komputer, dan sebagainya, kekunci 5 mempunyai bar yang dinaikkan untuk memudahkan penguna membuat panggilan lebih cepat dan membantu orang yang mempunyai masalah penglihatan mendial telefon mereka.

“Give me 5”,
“5 second rule”,
“5 stars”,
“Hang Tuah 5 bersaudara”
“5 ha’ Maharaja Lawak,
“5 minit lagi aku sampai”, walaupun masih belum gerak pun lagi.

Sama ada kita perasan atau tidak saja sebenarnya angka 5 ni ada merata..

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.