Ramai sebenarnya orang Malaysia ni pandai menulis, menulis apa-apa sahaja, menulis di post status pendek di Facebook pun dah dikira sebagai penulis. Nak menulis, anda kena ada idea. Malah anda menaip status FB pun anda perlu fikir.

Walaupun hanya menaip “.” Kerana ia keluar dari pemikiran anda. Pernahkan anda kena satu situasi dimana anda tiada apa-apa idea hendak menulis dan kadang-kadang anda akan rasa tertekan atau tak mahu menulis? Mengikut psikologi, ia dikenali sebagai writer’s block atau penulis kekurangan idea. Ini dari segi bahasa, namun apakah dari segi istilahnya?

Writer’s block ini ialah satu kondisi khususnya kepada penulis, dimana penukis akan kehilangan idea atau kreativiti untuk melakukan satu penulisan dalam tempoh tertentu. Kondisi ini selalunya bermula dari berberapa hari ke bertahun lamanya untuk penulis mendapat inspirasi dan kreativiti.

Writer’s block ini dikatakan salah satu masalah besar untuk penulis kerana apabila mereka tiada idea, mereka tidak mampu untuk meneruskan penulisan mereka dalam jangka masa tertentu, sama ada sekejap atau lama. Terma Writer’s Block ini pertama kali diperkenalkan oleh ahli Psikoanalisa Edmund Belger pada tahun 1947 di mana beliau membuat kajian tentang kondisi ini.

Boleh dikatakan, semua penulis mengalami masalah ini dan saya percaya anda juga. Saya juga percaya, apabila anda mula kena writer’s block ini, anda akan berhenti menulis dan membuat benda lain sehingga anda mendapat idea. Sebenarnya ia tidak terhenti di situ sahaja, ia ada banyak faktor mengapa penulis-penulis boleh kena kondisi ini contohnya

  1. Penulis akan mula hilang idea atau inspirasi apabila melakukan kerja penulisan seperti menulis buku novel. Kebanyakan penulis akan mula fikir pada awal-awal penulisan namun pada pertengahan atau klimaks serta plot twist, penulis dikatakan akan “lost” idea mereka pada ketika itu ataupun ketika mereka menulis, berlaku satu peristiwa besar yang membuatkan penulis terganggu dan terlupa dengan struktur jalan cerita.
  2. Penulis mengalami tekanan hidup seperti kemiskinan, kemurungan, masalah kewangan, putus hubungan atau bercerai. Ini boleh juga mengakibatkan kondisi writers block lebih besar dan mengurangkan pemikiran kreatif seorang penulis.
  3. Penulis cuba untuk memperbaharui satu formula penulisan baru yang akan menandingi penulisan terdahulunya yang berjaya. Contoh, anda berjaya menulis buku novel yang ramai pembaca minat dan memberi rating tinggi, anda nak menulis satu lagi kisah novel yang boleh menandingi malah lebih baik dari novel sebelumnya. Pengaruh serta obsesi atas kejayaan lepas juga boleh mengakibatkan writer’s block.

Ada juga ahli-ahli psikologi berpendapat, kondisi ini bukan perkara kecil. Ia juga sebenarnya boleh mengganggu taraf mental kita. Mereka berpendapat, apabila kita sedang menukis sambil memikir jalan cerita dan penulisan gaya bahasa terlalu lama, otak kita akan berada dalam tekanan stress, disebabkan itu akan ada reaksi di cerebral cortex ke sistem limbic yang memberitahu kepada anggota yang kita tengah stress, dengan stress ia boleh membuatkan kita menjadi emosi tidak stabil, marah dan lain-lain.

Terdapat banyak kes juga dimana penulis berhenti menulis bertahun lamanya kerana kondisi ini malah ada yang menjadi gila kerana terlalu banyak memikirkan kreativiti dan jalan cerita sehingga tekanan perasaan.

Ada juga pendapat, disebabkan peristiwa atau kawasan yang penulis itu berada, otak manusia akan memberi tindak balas mengikut peristiwa atau situasi penulis ketika dia sedang menulis juga menyebabkan pemikiran penulis “tersekat” kerana otak kita sudah bertindak balas kepada kawasan yang penulis itu berada.

Contoh, anda menulis di dalam rumah menghadap tingkap, anda melihat permandangan di luar hanya seketika, ia boleh membuatkan anda di “block” pemikiran anda untuk berapa ketika, hanya dengan pandangan sekeliling.

Ia sebenarnya adalah hukum alam manusia di mana kebanyakan manusia tidak boleh fokus satu benda dalam jangka masa yang lama kerana ini boleh memenatkan otak yang memberi maklumat dan fikiran. Semestinya manusia perku berehat seketika seperti melihat permandangan, membuat benda lain dan sebagainya.

Bagaimanakah nak menghilangkan kondisi ini? Berberapa pakar psikologi menyarankan penulis untuk membuat

  1. Perbincangan sesama kawan atau penulis lain
  2. Rajin membaca sumber-sumber berkaitan dengan apa yang penulis ingin tulis
  3. Sebelum menulis, buat carta menulis dan isikan isi-isi penting yang akan dimasukkan dalam menulis.
  4. Mengaitkan kehidupan harian ke dalam penulisan bukan sahaja kehidupan penulis, malah kehidupan orang lain yang penulis kenali
  5. Merehatkan badan anda dan relaks, kerana jika anda stress ia akan menambah lagi “block” untuk menulis.
  6. Solat dan mohon petunjuk dari Allah S.W.T.
  7. Mengkaji dan memahami apa yang hendak disampaikan dengan menulis.

Kesimpulannya, Writer’s block ini bukanlah penyakit. Tetapi jika ia tidak dikawal dengan baik, ia boleh mengganggu mental kita dan stress yang melampau, jadi jika anda terkena kondisi ini ketika menulis, ikut sahaja solusi ini dan Insyaallah anda akan lepas. Ingat, emosi adalah dari kawalan kita sendiri.

Ps: Saya menulis artikel ini sebenarnya saya sendiri kena Writer’s block. Sebab saya tak tahu nak tulis apa hari ini, tetapi disebabkan saya kena kondisi ini, saya gunakan kondisi saya kena ini menjadi satu idea baru untuk menulis artikel ini. *tutup sebelah mata*

#SelimThe3rd

RUJUKAN:

Clark, Irene. “Invention.” Concepts in Composition: Theory and Practice in the Teaching of Writing

Downey, Bill. Right Brain – Write ON!

Miller, John J. “Wordsmiths Without Words.” National Review 68.9 (2016)

Oliver Jr., Lawrence J. “Helping Students Overcome Writer’s Block.” Journal of Reading.

Akhtar, Salman (1 January 2009). Comprehensive dictionary of psychoanalysis


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.