Abu Zayd al-Balkhi, nama yang disebut sebagai pakar psikologi silam umat Islam. Jauh sebelum psikologi menjadi popular, dan dibicarakan dalam kehidupan seharian, kita harus berterima kasih kepada Abu Zayd Al-Bakhi terkenal antara pelopor awal dalam bidang pskilogi melalui kitabnya Masalih al-Abdan wa al-Anfus.

Biografi

Abu Zayd Al-Bakhi atau nama penuhnya ialah Abu Zayd Ahmed ibn Sahl Balkhi dilahirkan pada 235 Hijrah atau 849 Masihi di Shamisitiyan, Balkh yang kini terletak di wilatah Afghanistan. Gambaran fizikal Abu Zayd Al-Bakhi ini ialah kurus, kulitnya berwarna coklat kehitaman, dan memiliki mata bulat yang menonjol. Selalu digambarkan memiliki perwatakkan pemalu dan juga pendiam.

Perjalanan hidup Abu Zayd membina nama yang hebat, bermula dengan ketika beliau mendapat pendidikan awal daripada bapanya. Ketika dia mencapai usia dewasa, Abu Zayd kemudian mengembara ke Baghdad dan berguru dengan pelbagai tokoh dalam pelbagai bidang, antaranya ialah ahli filsuf Muslim terkenal bernama Al-Kindi.

Ketika menetap di Baghdad, terdapat konflik teologi antara dua aliran mazhab iaitu Muktazilah dan Ahlul Sunnah Wal Jamaah. Ketika ini, golongan Muktazilah mendapat dukungan daripada para khalifah Abbasiyah, manakala dia pula dituduh sebagai pemegang fahaman Muktazilah, bahkan lebih teruk Syiah Zaidiyyah dan juga Syiah Imamiyah.

Namun, tuduhan itu berjaya dipatahkan melalui sebuah kitab karangan beliau berjudul Nazm al-Quran yang di mana dalam kitab tersebut, Abu Zayd begitu begitu bersungguh-sungguh mempertahankan prinsip yang berkaitan dengan kepercayaan Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Walaupun dikenali sebagai seorang pakar psikologi, beliau turut terlibat dalam pelbagai bidang ilmu yang lain sehinggakan dikenali sebagai sebagai seorang tabib, pakar bahasa, ahli teologi dan filsuf yang hebat. Dalam bidang bahasa, Abu Zayd selalu dibandingkan dengan pakar bahasa Arab seperti al-Jahiz dan Ali bin Ubaidah al-Rayhani.

Dalam bidang falsafah, Abu Zayd, banyak kata-kata hikmah yang pernah diukirkannya menjadi pegangan manusia. Antara yang paling diingati ialah “Agama itu ialah falsafah yang terhebat. Justeru, manusia tidak akan menjadi filsuf sehinggalah dia menjadi seorang abdi kepada Tuhannya.”

Sepanjang hidupnya, beliau pernah menjawat jawatan sebagai penulis/setiausaha untuk pemerintah Balkh ketika beliau kembali ke tanah airnya. Beliau juga pernah ditawarkan jawatan yang membolehkannya menjadi pembesar istana, tetapi beliau tidak berniat dengan jawatan tersebut.

Ini barangkali ada kaitan dengan Ahmad ibn Sahl ibn Hisham yang menawarkan gaji yang tinggi kepada Abu Zayd, untuk terus menjadi penulis dan penyelidik bagi pemerintah ini sehingga umurnya mencecah 88 tahun.

Masalih al-Abdan wa al-Anfus

Kitab psikologi ini antara kitab tulisan beliau yang paling popular kerana ia menjadikan  beliau sebagai orang pertama dalam sejarah yang mengaitkan soal kesihatan fizikal dengan mental manusia.

Pemerhatian beliau membawa kepada perkaitan reaksi emosi seperti kemurungan dan juga fobia boleh memberikan kesan negatif kepada tubuh manusia. Gangguan yang dicatat beliau bersifat seperti ulser, migrain, bahkan membawa kepada gangguan sistem imuniti dan kardiovaskular jantung.

Justeru, tak hairanlah kalau ada kes melibatkan mereka yang menerima gangguan emosi yang teruk yang melampau, membawa kepada sakit jantung.  Fenomena ini digelar sebagai interaksi pskiomatik. Kata beliau, sekiranya jiwa individu tersebut sihat, maka secara tak langsung, pancaindera dan anggota tubuhnya akan berfungsi dengan normal.

Kunci kepada kesihatan mental ini ialah ketenangan, dan kunci-kunci untuk menggapainya diceritakan dengan jelas oleh Abu Zayd seperti berikut:

  1. Mengelakkan sebarang bentuk sentimen atau provokasi yang boleh menimbulkan perasaan-perasaan negatif.
  2. Manusia seharusnya menyimpan fikiran dan perasaan positif dalam minda mereka untuk membantu mereka menangani ledakan emosi yang tidak dijangka. Beliau menyamakan fikiran positif ini seperti ubat-ubatan yang disimpan bagi merawat luka dan juga sakit.

Abu Zayd juga dikatakan sangat marah dengan pengamal perubatan pada zamannya yang mengabaikan aspek psikologi pesakit, apabila terlalu fokus pada simptom dan penyakit fizikal. Rawatan yang diberikan pula sekadar lahiriah, tanpa memikirkan aspek mental. Pada hari ini, kritikan ini diulang lagi mengkritik pada doktor zaman moden oleh Hebery Benson, dalam bukunya Timeless Healing.

Abu Zayd dalam kitabnya mengatakan bahawa jiwa manusia boleh dikuatkan dengan aktiviti seperti berada dalam persekitaran positif. Contoh persekitaran yang positif ialah mendengar muzik, malahan beliau mencadangkan bahawa muzik yang paling baik ialah bacaan Al-Quran yang bertaranum. Selain dapat menghayati merdu dari bacaan itu, kita juga dapat menghayati pengajaran daripada ayat-ayat ALLAH.

Hari ini di zaman moden, jelas bahawa rawatan terapi muzik banyak digunakan dalam merawat pelbagai sakit mental seperti kemurungan. Dalam beberapa kajian yang dibuat oleh sarjana psikologi moden, mereka mendapat terapi muzik dapat mengurangkan simptomp kemurungan dan anxiety yang melampau, sekaligus membenarkan apa yang ditulis oleh Abu Zayd kira-kira 1200 tahun yang lampau!

RUJUKAN:

Amber Haque (2004), “Psychology from Islamic Perspective: Contributions of Early Muslim Scholars and Challenges to Contemporary Muslim Psychologists”, Journal of Religion and Health 43 (4): 357–377 [362]

Nurdeen Deuraseh and Mansor Abu Talib (2005), “Mental health in Islamic medical tradition”, The International Medical Journal 4 (2), p. 76–79.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Leave A Reply